Monday, December 29, 2008

KULLU AM WENTUM BIKHAIR...1430H Dan 2009M

Satu kehidupan mempunyai liku hidup yang panjang.Ia bergantung kepada individu untuk melakarkannya dan satu kenangan yang manis,pahit dan sebagainya akan tercalit di sepanjang perjalanan itu hanya masa dan keadaan yang akan mengubati segala kelukaan dan menghiasi segala kegembiraan.

Salam Ukhuwah tahun baru untuk semua.Semoga dgn kehadiran tahun baru ni kita diberikan azam,semangat dan kekuatan yang baru dalam proses membentuk keperibadian Syakhsiah Islamiah.Yaredd....Ya Rabb.

Friday, December 26, 2008

Tanggal 27.Desember........



"Selamat Hari Lahir"..."Happy Birthday"..."Sanah Helwa Enta Ya Gamil"..Itulah diantara ucapan-ucapan yg selalu digunakan utk menghargai sesorang yg menyambut hari yg paling bermakna buat dirinya.Umur adalah nikmat yg tak terhingga yg mana telah 'dipinjamkan' oleh Allah kepada hamba-hambanya."Kau mana tahu??Aku dulu makan garam dari kau!".Seseorang yg dianggap lama dalam hidupnya sentiasa berbangga dengan tahap pencapaian umurnya.Si Anak patuhkan kedua ibubapanya..murid-murid patuhkan guru-gurunya..manakala pelajar-pelajar senior sentiasa dianggap betul dan berkuasa oleh pelajar-pelajar junior.Semuanye itu menunjukkan betapa tinggi nilainya sebuah pengalaman,dugaan dan cubaan hidup yg dapat dikongsi bersama.
Hidup ini merupakan satu perjalanan yg kita tidak tahu dimanakah akhirnya.Entahkan esok ataupun lusa namun manusia sering mengharapkan ianya satu perjalanan yg agak lama kerana ingin puas menikmati kemanisan-kemanisan hidup.Pelbagai onak dan duri yg kita terpaksa laluinya samada ianya ada manis dan pahit.Seringkali ketika kita sedih, kita merasakan menjadi seorang yang paling malang di dunia ini. Kita lupa begitu banyak kebahagiaan-kebahagiaan yang akan kita miliki hanya karena tidak mendapatkan apa yang kita harapkan.Kita merasa seolah-olah semua pintu harapan tertutup, dan hanya ada kesedihan yg mengiringi air mata.Tetapi kita lupa, bahwa sesungguhnya ramai orang di sekeliling kita yang dapat membuat hidup menjadi lebih bermakna dari sekadar meratapi kesedihan.
Tahun 2008 banyak meninggalkan pada ku seribu satu kesedihan dari kegembiraan.Namun aku tetap bersyukur kerana berjaya sampai ke tahap ini.Aku tidak pernah sesekali kecewa dan menyesal dgn nasib ku ini.Aku percaya ada hikmah disebaliknya selain untuk menguji tahap keimanan dan kesabaran seorang hamba.Aku berdoa semoga tahun hadapan merupakan cahaya dan sinar hidupku untuk mengubati kesedihan yg pernah aku lalui seperti mentari yg menyinari kembali alam ini setelah diselubungi kegelapan dan keheningan malam."Ya Allah Panjang kan Umur ku dan umur kedua ibu bapaku agar mereka sempat utk melihat kejayaanku..berikanlah mereka kebahagian didunia dan akhirat sebagai balasan kerana bersusah payah membesarkan aku hingga ke hari ini....Kepadamu sahaja tempat aku meminta,bermohon dan tempat mengadu...Ya Rabbal A'lamien"...SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN...since 1980

Sunday, June 8, 2008

Kekanda Di Dapur (Kejap je)


Ayam ni kekanda nak masak..dah sembelih..hensem kan?



"Apasal ko tak masak hari ni?kan jadual masak dah buat?".."tak sempat arr..aku nak pikse!"."Orang lain pikse gak badol!!!..jangan bergaduh,masaalah anda boleh diatasi.Mudah..cepat..sedap dan menarik..ini lah tema yang kekanda bawa utk resepi bulan ini.AYAM KORKOUM (KUNYIT)


BAHAN-BAHAN:

1.Beberapa ketul ayam
2.Sedikit serbuk kunyit
3.Bawang putih
4.Bawang besar
5.Garam

CARA:

1.Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan bawang putih yang telah ditumbuk.
2.Panaskan sedikit minyak masak,setelah itu masukkan ayam yang telah digaul tadi.kecik kan api dan tutup kuali anda.Biarkan seketika sehingga ayam benar-benar masak.
3.Kemudian masukkan hirisan bawang besar dan garam secukup rasa.Kita akan dapat saksikan masakkan kita berkuah hasil dari gorengan ayam yang kita tutup.
4.Cepat..Sedap..Mantap..Ringkas..Jangan malas masak yer adinda...jumpa lagi..n.

Wednesday, June 4, 2008

WHEN THE FUEL PRICE INCREASED




ARE WE READY TO FACE THIS SITUATION? WHILE MALAYSIA (OUR LOVELY COUNTRY) IS MORE PROGRESSIVE AND SUCCESSFUL THAN THE OTHER COUNTRIES,THAT THEIR FUEL PRICES ARE CHEAPER THAN US...THINK ABOUT IT!!!


Tuesday, June 3, 2008

WHEN U MISS SOMEONE


وانا بين أديك تهت في مكاني ونسيت معاك عمري وزماني والوقت فات وياك ثواني قربني ليك سبني أعيش أحساسي بيك

بتحدى العالم كله وانا وياك وبقول للدنيا بحالها ان انا بهواك وانت حبيبي وقلبي وروحي معاك قربني ليك سبني اعيش احساس هواك

انا عشقي ليك عشق القمرللنجمة والليل والسهر وشوقي ليك فوق الخيال فوق احتمال كل البشر من يوم لقائك حلوة الحياة

بتحدى العالم كله وانا وياك وبقول للدنيا بحالها ان انا بهواك وانت حبيبي وقلبي وروحي معاك قربني ليك سبني اعيش احساس هواك

اتحدى بيك كل الوجودوياك اكون او لا اكون انا مش حعيش من غير هواك انا قلبي عاشق للجنون من يوم لقائك حلوة الحياة


بتحدى العالم كله وانا وياك وبقول للدنيا بحالها ان انا بهواك وانت حبيبي وقلبي وروحي معاك قربني ليك سبني اعيش احساس هواك

Monday, June 2, 2008

20 makna yang tersirat di sebalik 'Kentut '


  1. Tidak jujur - orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.
  2. Bengap - orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.
  3. Berwawasan - orang yang tahu masa yang terbaik untuk kentut.
  4. Sengsara - orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.
  5. Misterius - orang yang mencari mana datangnya kentut itu.
  6. Gugup - orang yang tiba-tiba terkentut bila disergah.
  7. Percaya diri sendiri - orang yang melepaskan kentutnya dengan bunyi yang amat lantang.
  8. Sadis - orang yang kentut dalam saratoga dan terus dikibaskan baunya.
  9. Pemalu - orang yang kentut tidak berbunyi tetapi risau orang lain terbau kentutnya.
  10. Startegik - orang yang menyembunyikan bunyi kentutnya dengan ketawa terbahak-bahak agar orang lain tidak dapat mendengar bunyi kentutnya.
  11. Bodoh - orang yang kalau abis bau kentutnya tetapi masih mencari-cari bau kentutnya.
  12. Pelik - orang yang boleh mengeluarkan kentut apabila disuruh.
  13. Bongkak - orang yang sering mencium kentutnya sendiri dan bercerita akan keharuman kentutnya.
  14. Ramah - orang yang tidak kisah mencium kentut orang lain.
  15. Mengambil kesempatan - orang yang suka kentut bila berkumpul dengan rakan-rakan.
  16. Jujur - orang yang mengaku kalau abis kentut.
  17. Pintar - orang yang menghuraikan kandungan bau kentut orang lain.
  18. Kelakar - orang yang bila ketawa sambil terkentut.
  19. Romantik - orang yang kentut bunyinya mendayu,berirama merdu dan membuatkan orang lain jatuh cinta padanya.
  20. Panas baran - orang yang mudah marah bila terbau kentut walaupun kentutnya sendiri.

Sunday, June 1, 2008

المصطلاحات المعاصرة

  1. Boikot المقاطعة
  2. Egoisme الأنانية
  3. Maksimum الأقصى
  4. Minimum الأدنى
  5. M.O.U المعادلة
  6. Optimis التفاؤل
  7. Praktikal التطبيق
  8. Propaganda الدعابة
  9. Tragedi المأساة
  10. Vasimistik التشاؤم
ُ

Thursday, May 22, 2008

Sedarkah Kita



بسم الله الرحمن االرحيم



'Akal' merupakan satu ciptaan Allah yang terlalu tinggi nilainya.Dengan akal,manusia dianggap lebih tinggi darjat dan martabatnya sekiranya ia digunakan dengan waras dan berpaksikan Islam manakala tanpa akal manusia akan lebih hina dari seekor haiwan.Itulah perbezaan yg jelas yang tidak boleh tidak kita nafikan.Bola sepak merupakan satu permainan yang di gilai oleh kaum lelaki.Namun pun begitu masih ada segelintir pihak HAWA turut meminatinya.Lihat saja di Malaysia sekarang,kedai-kedai sukan turut jua menjual kelengkapan bola sepak untuk perempuan.Pada pandangan penulis,ianya bukan lah satu kesalahan yang besar untuk kaum-kaum hawa bermain asalkan tempatnya tertutup dan tiada percampuran di antara lelaki dan perempuan.Akal yang sehat bermulanya dari tubuh badan yang sihat.

Semalam,penulis baru sahaja menonton pertandingan akhir bola sepak liga-liga juara Eropah bersama rakan-rakan yang lain.Alhamdulillah kemenangan berpihak pada kelab Manchester United.Tiada kejadian-kejadian yang buruk berlaku semalam.Tingkap-tingkap dan pintu-pintu ditutup dengan rapinya kerana takut-takut jeritan suara kegembiraan mengganggu jiran-jiran tetangga arab yang lain.Pernah dulu penulis dan rakan-rakan yang lain 'mengamuk' kerana Tuan Rumah mencabut siaran bola sepak dari rumahnya disebabkan keganasan-keganasan yang tidak boleh dibendung lagi.Jeritan suara-suara akan kedengaran sehingga akhir perlawanan.Penulis sengaja menceritakan kisah ini kerana ada segelintir pihak yang mudah hilang kewarasan akalnya ketika menyaksikan bola sepak.Menjerit Golllllllll..tari menari dihadapan rakan-rakan yang lain tanpa segan dan silu.Ada antara 'kita' sanggup mencemuh memaki dengan bahasa-bahasa kasar untuk menunjukkan rasa ketidak puas hatian.Apa yang lebih menyedihkan sehinggakan berlaku insiden-insiden 'membakar-membakar'sesama sendiri yang akhirnya boleh menyebabkan pergaduhan.Cuba kita renung-renungkan semula dengan akal yang waras..Apakah kita dapat sekiranya mereka menang?.Mereka memperolehi berjuta-juta dollar...kita dapat apa?.Sanggup kah kita lihat mereka sedang bergembira meraikan kemenangan besar sedangkan kita sesama sendiri..bergaduh..berdendam sehinggakan ada perasaan benci-membenci sesama kita!Siapa mereka itu..Islam ke?..dan siapa pula rakan-rakan kita..Kafir ke?.Waktu kita susah siapa lagi yang kita harapkan melainkan rakan-rakan..bolehkah kita mengharapkan Chelsea?ataupun Manchester United?jika kita sakit ataupun berhadapan dengan masaalah keewangan?.Lihat saja berapa ramai umat-umat islam yang leka,menangguhkan solat semata-mata untuk kepentingan hawa dan nafsu.Tergamakkah kita melihat musuh-musuh islam ketawa dengan bangganya diatas kejayaan mereka melalaikan umat-umat islam dengan hanya kerana 'sebijik bola' dihiasi dengan arak,judi dan wanita.Penulis benar-benar terpanggil untuk menulis coretan ini kerana bimbang satu hari ini perkara yang kecil ini akan menjadi satu permasalahan yang besar sehinggakan boleh merumitkan lagi keadaan.Pertimbangkanlah..nescaya kita akan merasakan sesuatu kerugian yang amat besar nilainya.Jadikan lah bola sepak tu sebagai satu 'hiburan' sahaja untuk mengisi ruang-ruang yang ada disamping kita mengutamakan tujuan kita sebenar berada disini kerana selagi hayat dikandung badan..tiada yang lebih penting melainkan tuntutan ilmu Allah dan perjuangan Islam yang kita bawa bersama.Hargailah nilai persahabatan islam kerana ianya lebih mendatangkan manfaat kepada kita.

Dikesempatan ini penulis ingin memohon maaf sekiranya ada salah dan silap,keterlanjuran ataupun terkasar bahasa pada rakan-rakan yang lain.Setiap manusia tidak akan dapat lari dari melakukan kesilapan.Coretan ini bukannya menunjukkan diri penulis ini yang terbaik tetapi untuk tatapan penulis sendiri dalam membentuk keperibadian syakhsiah islam.Rakan-rakan disini sudah kenal kan sapa diri penulis ini sebenarnya.Semoga kita dapat maanfaatkan bersama. Yang baik itu datang dari Allah dan yang lemah itu berpunca dari diri penulis ini sendiri.


تبنا الى الله ورجعنا الى الله وندمنا على ما فعلنا

Monday, May 19, 2008

Uniknya Peperiksaan Di Sini

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.



Setiap manusia tidak akan terlepas dari ujian dan cabaran dalam meniti hidup sebagai hamba kepada Allah s.w.t.Sebagai seorang yg bergelar Muslim wajib menerima apa jua Qada' dan Qadar yang telah ditentukan kerana setiap ujian tu untuk menilai tahap ketaqwaan peribadi seseorang dan ada hikmat disebaliknya.Rasullullah s.a.w sendiri tidak putus-putus diuji ketika mana baginda mengembangkan ajaran islam bersaing dengan pembesar-pembesar Quraisy yang senantiasa menghalang dalam menyebarkan agama Allah.Namun,Rasullullah tidak pernah gentar,takut dan tidak penah mundur walau setapak sekali pun demi untuk memastikan nikmat Islam untuk sama-sama dirasai oleh umat-umatnya hingga ke hari ini.

Firman Allah Ta'ala dalam Surah Al-Mulk :

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

"Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun"

Ujian ataupun peperiksaan merupakan gelanggang pertarungan pelajar-pelajar.Di Mesir,bukan kata peperiksaan sahaja malah kehidupan seharian juga merupakan ujian yang terpaksa ditempuhi.Suasana peperiksaan di universiti al-azhar memang mempunyai satu keunikan yang aku rasakan tidak akan dapat dirasai oleh universiti-universiti lain.Belum masuk peperiksaan lagi,kita akan diuji dengan pelbagai rintangan yang mencabar.Dihari pertama,kebiasaanya pelajar-pelajar akan berasak-asak di tembok kuliah berebut dgn arab melihat kertas yang ditampal untuk memastikan tempat peperiksaan.Masa ini sesiapa yang berbadan besar agak bernasib baik utk masuk bertarung!manakala yang berbadan kecil hanya mampu menunggu dibelakang terkebil-kebil mata meminta pertolongan.Syukur Alhamdulillah,Allah kurniakan ku berbadan besar.Setelah mengenal pasti lokasi perperiksaan,pelajar-pelajar akan bergegas pula mencari.Masa ini kita akan dapat saksikan masing-masing sibuk naik tangga,turun tangga,kehulu kehilir kerana kadang-kadang berlaku kesilapan dalam susunan angka giliran dan tempat peperiksan.."Enta Lajnah Kam?La' La' Musy Hina!!" masa tu naik berpeluh-peluh walaupun musim sejuk kerana masa peperiksaan sedang dijalankan.Setelah puas mencari akhir aku jumpa..."Ya Allah kat sini ke tempat aku???"sambil tangan mengepit hidung...meja ku disebelah BANK..pernah dulu pengalaman yg tidak akan ku lupakan,pada masa tu tempat terlalu padat sehingga kan pihak universiti terpaksa memasang khemah-khemah diluar.Ketika peperiksaan sedang dijalankan hujan turun dengan lebat sehinggakan kain atap kemah tidak mampu untuk menampung air hujan,lalu....kedebusss!!...mangsa-mangsa selamat dipindahkan.

Senyap merupakan sesuatu yg agak ganjil ketika peperiksaan sedang dijalankan.Ini amat berbeza dengan suasana di malaysia dan dinegara-negara yg lain." Ta'ala Syai..Min Li Aizz Syai..Baskawit.."..arab-arab yang bekerja di Kafeteria sibuk mempromosikan jualan mereka.Dari sudut negatifnye..perkara ini memang tidak sepatutnya berlaku kerana kita memerlukan suasana yg tenang untuk memerah otak..tetapi disitu ada jugak positifnya kerana bila kita makan dan minum sedikit sebanyak boleh menyumbangkan satu inspirasi untuk kita mengarang jawapan.selamat mencuba!.Pemerhati-pemerhati yang bertugas ketika peperiksaan bukan dikalangan pensyarah-pensyarah universiti dan kebanyakkan dari mereka merupakan guru-guru yang mengajar disekolah-sekolah rendah dan menengah yang lain.Mereka ini agak peramah dan sentiasa cuba mencari waktu untuk bersembang-sembang...Kadang-kadang sengaja je ambil kotak pensil ke..pembaris ke..sambil bertanya.." Min Nin Dah?..Misr Wala Eh??..Tibb..Induku Hagat Dih Fi Malizia??..wajib kita melayan kerana disitu melambangkan rakyat-rakyat malaysia tidak kurang hebat peramahnya dan tidak sombong.

Tiba-tiba pensyarah masuk dalam dewan peperiksan....." Maliziaaaaaaaa...Ahlan Wasahlan..Kaifa Imtihan??? Kuwaiss??? Kullu Tamam??...Tib..Maas Salamah Yabni.."lalu terus keluar.Ketika itu pelajar-pelajar terpingga-pingga..hairan..apakah yang sedang berlaku dan yang akan berlaku?Rupa-rupanya pensyarah hanya sekadar masuk bertanya khabar bukan untuk masuk memberi 'clue' jawapan.Masa peperiksaan kebiasaannya diberi selama 3 jam.Tetapi luar biasanya orang arab mampu menjawab hanya dengan setengah jam.Setelah berlalu lebih kurang 2 jam..kita akan dapat saksikan dewan-dewan peperiksaan lengang..kosong..kecuali dewan peperiksaan pelajar-pelajar asing seperti Malaysia khasnya.Disini satu lagi kelebihan yg dapat kita banggakan,bahawa rakyat-rakyat Malaysia sangat berhati-hati menjawab peperiksaan dan menggunakan waktu yang ada sebaik-baiknya.Ketika inilah ujian yang terakhir yang bakal kita akan hadapi dimana pemerhati-pemerhati yang bertugas sibuk memberitahu masa akan tamat.."Yalla Ya Malizia....Matkhallas Yabni..Ya Am..Haram Alaikk..."dan ada juga dikalangan mereka yang menjadikan alasan utk balik kerumah lebih awal kerana ada pertandingan bola sepak diantara kelab Al-Ahly (Kelab Yang Cukup Tersohor Di Mesir).

Apa-apa pun segala ujian yang kita hadapi,kita harus menerimanya dengan hati yang ikhlas dan terbuka.Jangan kita salahkan kegagalan dalam peperiksaan kita di Mesir disebabkan oleh faktor-faktor diatas kerana diantara kita,ada juga yang berjaya dengan cemerlangnya.Tepuk dada tanya persiapan kita.Jangan disebabkan seekor pijat habis semua bantal-bantal,tilam dan katil dibakar.Hanya fikiran yang waras dan bijak hanya dapat mampu menyesuaikan diri kita walaupun dimana jua kita berada.Sepotong ayat Al-Quran yang boleh kita kongsi bersama dalam Surah Muhammad bagi mengakhiri kalam ku ini :

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ

"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu menolong Allah nescaya Allah akan menolong kamu dan meneguhkan kamu"

Benarlah Kata-kata Allah Yang Maha Agung.

Saturday, May 17, 2008

المصطلاحات المعاصرة

  1. Analisa التحليل
  2. Deligasi الوفد
  3. Dokumentari الوثيقة
  4. Eksklusif الحصري
  5. Konspirasi الموأمرة
  6. Krisis الأزمة
  7. Orientalis التبشير
  8. Revolusi الثورة
  9. Sekularisme العلمانية
  10. Skandal الفضيحة

Thursday, May 15, 2008

HADIAH BUAT SANG PENDIDIK

Segala pengorbanan yang kau curahkan
Mengajar mendidik jiwa bangsa
Menjadi memori yang tidak akan aku lupakan

Engkau umpama pelita di malam gelita
Memancarkan sinar disegenap ruang
Hatimu cekal jiwamu tabah
Semangatmu senantisa berkobar-kobar
Tanpa meminta puji dan puja

Engkau jujur ikhlas dalam berbakti
Di kota di desa dan di hujung negeri
Membakar diri menerangi kegelapan
Demi mendidik anak bangsa dari zaman ke zaman
Membentuk kami bergelar insan

Amanah yang kau beri tidak akan aku sia-siakan
Hanya secebis doa yang aku mampu panjatkan
Agar engkau bahagia didunia dan diakhirat
Dan Hari ini kudakap wajah mu dalam kenangan

TERIMA KASIH GURUKU....


Pakcik Uda
Kota Tinggi
1987-1999

Wednesday, May 14, 2008

Kekanda Di Dapur lagi..

Gambar sekadar hiasan


Salam..bersua kembali..Maaf yerk kekanda agak sibuk kebelakangan ni,tapi insya Allah dikesempitan yg terhad ini kekanda keudara lagi bukan utk terbang tapi berkongsi resepi..Kali ini KERABU MUSYAKKAL.


BAHAN-BAHAN :

01. 3 Ketul ayam yg telah direbus dan diambil isinya
02. Rubu' Kilo Daging Lembu yg telah direbus dan diracik
03. Sekeping Telur Dadar yg telah dipotong
04. 2 biji Tomato
05. Sebatang Serai Boby
06. 1 biji Bawang Besar
07. Beberapa Batang Kancang Panjang
08. Lada Merah Basah
09. Cuka
10. Garam secukup rasa
11. Sedikit Kerisik
12. Limau


CARA :

1.Mudah je buat resepi ni,mula-mula korang hiris bawang,tomato,serai,lada,kacang dan sayur-sayuran utk tambahan.letak didalam satu bekas yg berasingan.

2.Racik ayam dan daging mengikut saiz yg korang hendak ikut ar 4 segi ke segitiga bermuda ke panjang2 ke dan setelah itu potong telur dadar.Setelah itu campurkan ke dalam ramuan yg telah dihiris diatas (1.)

3.Gaul kesemua kedua-dua ramuan diatas didalam bekas yg sama sehingga sebati dan campurkan sedikit cuka,kerisik dan garam secukup rasa.Untuk menambahkan lagi kesedapan kerabu anda perahkan sedikit limau.Biarkan seketika.

4.Kerabu sudah tersedia utk dimakan bersama-sama nasik yg panas.Mudah,cepat dan berkhasiat utk seisi keluarga.Bertemu lagi bersama kekanda dibulan hadapan dgn resepi yg lain..Selamat Mencuba!

Tuesday, May 13, 2008

Mengimbau Sejenak Bersama Manchester United

GAMBAR BUKAN SEKADAR HIASAN TETAPI KENYATAAN


Kelab Manchester United merupakan satu kelab gergasi yang cukup tersohor didunia.Berpusat di Stadium Old Traffor di Trafford, Greater Manchester berjaya menarik lebih 50 juta peminat di seluruh dunia.Dengan membawa gelaran 'Red Devil' kelab ini berjaya memukau peminat-peminat bola sepak didunia dengan aksi-aksi menarik dan luar jangkaan hasil dari didikan Sir Alex Ferguson.Dalam sepanjang 79 musim MUFC belum lagi berada pada tangga lebih daripada KETIGA.Zaman Kegemilangan MUFC bermula pada tahun 1999 apabila menjadi sejarah kelab bola sepak Inggeris selepas mereka berjaya menjadi pasukan Inggeris yang pertama dan satu-satunya untuk memenangi "Treble" - memenangi Premiership, Piala FA dan Liga Juara-Juara UEFA dalam pada musim yang sama berjaya merangkul 3 kejuaraan berganda-ganda.MUFC juga banyak mengeluarkan pemain-pemain yang hebat dan mengharumkan nama di persada bola sepak dunia diantaranya Sir Bobby Charlton,Steve Bruce,Bryan Robson,Steve Coppell,Eric Cantona,Roy Keane,David Beckham dan ramai lagi.Kini 2008 Manchester United mengukir satu lagi memori yang indah apabila ditabalkan juara liga untuk kali ke 17 biarpun di saat-saat akhir diekori rapat oleh pencabar terdekat Chelsea.Chelsea hanya mampu mengutip 85 mata apabila terikat 1-1 di tempat sendiri ketika menentang bolton hasil dari rembatan 'lemah' M.Taylor pada minit ke-90.Biar apa sekalipun alasan ataupun kebanggaan Chelsea mampu mempertahankan rekod tanpa kalah ditempat sendiri,itu bukan persoalannya yang harus kita bangga-banggakan kerana setiap perlawanan kejuaraan merupakan misi sesebuah pasukan yang bersaing.Walaubagaimanapun Chelsea mempunyai satu lagi peluang untuk merangkul Juara Liga-liga Eropah pada 21 Mei ini jika berjaya menundukkan Red Devil di Moscow.Ini merupakan satu sejarah buat Chelsea apabila buat kali 'Pertama'berjaya sampai ke final dalam Kejuaraan Liga-liga Eropah.Pengalaman mengajar kita akan erti pengorbanan,kepahitan dan kejayaan.Itu lah antara ucapan Sir alex Ferguson apabila ditanya tentang kejayaan-kejayaan pasukannya hingga ketahap ini."Saya bangga masih berada di sini selepas sekian lama tetapi agak mudah bagi saya berbanding yang lain kerana saya berada di kelab yang hebat" tambahan beliau.Malcolm Glazer pemilik kelab Manchester United bersetuju untuk memberi habuan kepada setiap pemain sebanyak 250,000,00 Pounds Sterling (RM 1.56 juta = 2.6 juta Pounds Egypt) jika berjaya membawa kedua-kedua piala pada tahun ini.Sama-sama ketika menunggu untuk menyaksikan perlawanan akhir Kejohanan Liga-liga Eropah 2008.Sekalung Tahniah dan Syabas saya ucapkan untuk Manchester United Amnya dan kepada penyokong-penyokong yang berada di serata dunia khasnya di Mesir kerana tidak putus-putus memberi sokongan.Andai Kata Kami Gugur..Taburkan Bunga Diatas Pusara..Bangun!!!Berikan Tepukan Gemuruh Untuk Manchester United..Gory-Glory Manchester United..

Wednesday, April 23, 2008

"A Sincere Acknowledgement"

Sometimes...We still can't describe how precious someone for us even we've million words with us...
Sometimes...We still can't own a loyal relationship even we've million dollars with us...
Sometimes
...We still can't get back home even if we've million hands to guide us...
Sometimes
...We still can't melt a piece of heart even we've million strengths with us...
But...Just with you by my side...Its enough to make me feel alive and ready to do anything and face everything even if its beyond human's thinking...

Thanxx..Happy Birthday "A.K.A.R"...May Allah fulfil all your wishes and bless your entire life and our holy relationship...

Tuesday, April 22, 2008

3 KEGEMBIRAAN LUAR BIASA PELAJAR-PELAJAR AL-AZHAR

1) Najah (Lulus) Dalam Peperiksaan.

Peperiksaan di Universiti Al-azhar adalah satu medan peperangan yang amat mengerikan,menghantui dan mencabar kelakian sesorang itu.Sesuatu yang luar jangkaan kebiasaan akan berlaku.Tidak mustahil apa yg kita baca dah hafaz tidak keluar dalam kertas soalan.Kita tidak boleh terlalu mengharap pada muqarar (kebiasaan masuk dalam periksa) kerana kadang-kadang ianya merupakan jerat yang berbisa.Jika kita dah terkena jerat..mula lah kita menghabiskan masa dalam peperiksaan dengan termenung jauh..berkhayal..fikir-fikir bila nak tempah tarikh balik malaysia..apa alasan yang sewajarnya diberikan pada keluarga jika tidak najah tahun ini..bola sepak PMHK (Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan) nak main dengan Negeri ke BAKAN..berkira-kira berapa dah madah (subjek) yang senasib dengannya..segala-galanye akan bermain di fikiran kita.Apa-apa alasan sekali pun persedian awal amat penting sekali untuk menghadapinya jangan diharapkan keputusan yg baik jika usha tiada."Natijah dah keluar...kau tak pegi tgk ke?".Dada mula tak tenteram..Si Jantung berdegup tanpa lagu dan lirik..fikiran mula meracau..kaki seumpama tidak berpijak ditanah..terbang tanpa berpakain SUPERMAN..Tengok-tengok je..Alhamdulillah aku najah..rasa nak menjerit kat kuliah..YAHOOOOO..!!!

2) Dapat Zakat ataupun bantuan selain FAMA (Father And Mother).

Duit merupakan segala-galanya.Jika kita ada duit macam-macam kita boleh buat.Boleh upgrade komputer,beli kitab-kitab,Hanset baru,pergi UKAY atau umrah dan macam-macam lagi.Kalau kita kira-kira duit bulanan tolak umah sewa,makan,kitab-kitab kuliah,bil air,elektrik,internet dan asob (Air Tebu) berapa je lah yang masih kita boleh simpan??cepat-cepatlah kita sedar bahawa keluarga hantar kita kat sini utk belajar dan menimba ilmu sebanyak-banyak mana yg mungkin bukan untuk bersuka ria.Kadang-kadang bila kita tengok sahabat-sahabat yang agak mewah,teringin di hati kecil jadi sepertinya.Pantang jumpa je x-co BAKAN,bukan nak tanye "enta sehat??" tapi soalan yang pertama sekali.."Zakat ape cite ekk..bile nak dapat??".Kesian korang buat kat X-co cam tu..tak baik..berdosa tau..sayangilah dan jagailah perasaan X-co kita..belailah dia dengan penuh kasih sayang.Bila dapat je msg "Sila ambil Zakat anda Di Safarah (Kedutaan) pada hari urusan pelajar" YAHOOO...!!!sepantas kilat kita akan pergi.Rasa macam nak tidur je kat safarah esok kita org pertama yang ambil zakat.Ketika ini lah kalau kita berjalan-jalan kita akan dapat saksikan pelajar-pelajar malaysia akan membanjiri di kedai-kedai makan (Open Table),Suk-suk (Pasaraya) komputer,kedai-kedai Hanset dan tempat-tempat membeli-belah.Apa-apa cara sekali pun gunakan lah duit ZAKAT dengan cara yang haq dan sebaik-baiknya.


3) Nama Muqayyad (Diterima).

Bait Muslim adalah satu organisasi yang ditubuhkan oleh golongan-golangan Mutazawwijin (berkeluarga) dan salah satu dari tugas-tugas Bait Muslim ini adalah sebagai "Orang Tengah" dalam proses mencari pasangan.Bila kita berbaik je dengan Pak Dam (Ustaz yang sudah berkahwin)mula ar nanti org lain sangkakan kita ni kemaruk hendak mencari pasangan..tak baik,FITNAH tu..padahal ustaz tu sama-sama membesar dan kawan rapat kita sejak dalam perut ibu masing-masing lagi.OK berbalik kita pada Bait Muslim tu tadi,setelah kita sudah melakukan proses-proses pentakdiman @ merisik (Sila Rujuk AJK BAit Muslim) kita akan ternanti-nanti dan tertungu-tunggu apakah jawapan si dia? Mula-mula dapat msg "Ustaz beri ana tempoh".Kita akan rasakan Sehari bagaikan setahun lamanya,ketika itu makan pun tak selera,lupa dah mandi ke belom,duduk termenung di balakoni dan di atas katil sambil tangan memegang handset sambil memikirkan nasib yang bakal menimpa..dinasihatkan banyak-banyak berdoa dan jangan mudah putus asa!!Bunga bukan sekuntum...ehehehe.Okay nak cerita gembira ni jika sebaliknya..dapat je msg "Ustazku Yg dihormati dan disegani Ana terima Ustaz seadanya"waaaaaaa..bukan YAHOOO lagi...LULULULULUWEIIIIIIIII..kegembiraan tidak terkata lagi seolah-olah bunga-bunga cantik yg mekar mengembang memenuhi seluas mata memandang,terukir senyuman dimana-mana sahaja walaupun didalam tandas...sambil berkata.."hensem jugak aku ni rupanya" membelek2 janggut dan misai.Lepas ni boleh dah memikirkan apa tindakaan susulan di Mesir atau pun di Malaysia.Mesir murah tau...


S@ei mengucapkan syabas dan tahniah jika anda pernah mengalami ketiga-tiga kegembiraan diatas atau pun salah satu daripadanya..semoga berjumpa lagi..

Thursday, April 17, 2008

Kekanda Di Dapur

GAMBAR sekadar hiasan



Assalamualaikum..Izayyuku? bertemu kita diruangan "Dapur Bujang".Hari ni Kekanda akan tunjukkan pada korang semua satu menu yg agak mudah utk dipelajari dan dimasak.Menu kali ini ASAM PEDAS ASYIR BAWABAT.


BAHAN-BAHAN :

01. Ayam @ Daging @ Ikan (Secukup Nafsu Korang)
02. 2 Biji Bawang Besar (Basol)
03. 4 Biji Bawang Putih (Tum)
04. 5-10 Lada Basah Merah (Falafil Ahmar)
05. Lada Kering Yg Sudah Dikisar (Falafil Mujaffaf)
06. Tomato Puri (Solsoh)
07. Belacan (Tiada dalam Kamus)
08. Asam Keping
09. Cuka
10. Daun Kusybarah (Subs Daun Kesum)


CARA :

01.Panaskan minyak masak utk ditumis,masukan sedikit belacan kemudian bawang putih yg telah diketuk diikuti bawang besar yg telah dikisar.Tumis sehingga kedua-dua bawang betul masak dan wangi (Jgn Letak M.Wangi).

02.Masukkan lada kering yg mengikut kehendak kepedasan korang semua,tumis sehingga betul-betul masak untuk mengelakkan kesesakkan lalu lintas ke bilik air.Selepas itu masukkan lada basah merah yg telah di kisar.Biarkan seketika.

03.Masukkan beberapa sudu Tomato Puri,kacau sehingga sebati.Masukkan sedikit cuka dan asam keping dan masukkan air.Tutup periuk korang,kecikkan api dan biarkan bebarapa minit sehingga kuah mendidih.Sambil menunggu,anda boleh hidupkan YM anda.

04.Setelah mendidih masukkan Ayam @ Daging @ Ikan yang telah dibersihkan diikuti Daun Kusybarah.Anda juga boleh masukkan sayur-sayuran seperti bendir atau terung ketika ini.masukkan garam dan Ammil Hag (Ajinomoto) jika perlu secukup rasa.Biarkan Haiwan yg anda masukkan masak secukupnya dalam keadaan api dapur yg kecik.Sekarang anda boleh sambung chatting ataupun basuh segala peralatan masakan yang telah anda gunakan (Qaul Rajih).

05.Tutup api dapur anda dan Asam Pedas Asyir Bawabat sedia untuk dihidangkan.Mudahkan?sambil masak boleh chatting dan dapur anda bersih.Selamat mencuba yer!!


PERINGATAN:Jika anda menggunakan ikan keli,Sila perap ikan anda dengan asam jawa atau limau kasturi terlebih dahulu utk mengurangkan bau hanyir ikan.

Saturday, April 12, 2008

Denmark..Belanda..???

Baru-baru ini seluruh umat Islam telah digemparkan dengan tayangan filem 'Fitna'oleh segilintir pihak kafir yg senantiasa mahukan tanggapan yg negatif dan buruk terhadap islam.Tidak cukup dengan lakaran kartun yg secara terang-terangan bertujuan menghina islam dan kini islam di hina lagi.Adakah islam kini dijadikan bahan kutukan,hinaan dan mudah dipermain-mainkan?manakala kita sebagai penganutnya sekadar hanya mampu menonton dan menyaksikan episod seterusnya.Ini bukannya Samarinda yang membuatkan kita tertunggu-tunggu di Torrent Malaya!!Kemana sensitiviti umat-umat islam yang memonopoli pelbagai agama diseluruh dunia ini?.Usah kita menuding jari menyalahkan mengapa bangsa-bangsa Arab tidak bersatu untuk bangkit menentang musuh-musuh islam.Takkan lah kalau ada org tunjal-tunjal kepala kita dan kita hanya cakap "takpe-takpe main lah kepala kita puas-puas nanti balik kita bitahu abg kita!!"sedangkan kita tak pasti abg kita tu berani ke tak dan lagi menyedihkan lagi penakut dari kita kan awak.Islam itu milik kita..hak kita..kita sewajarnya menjaga dan mempertahankannya.

Boikot dan terus boikot!Inilah slogan yang telah dilancarkan dikebanyakkan blog-blog sahabat kita dimesir.Ini adalah satu cara diantara cara-cara yg terbaik untuk kita bangkit bersama-sama "menggembling kekuatan"kerana ekonomi mampu mempengaruhi naik dan turun sesebuah negara itu.Janganlah kita sesekali fikirkan kalau kita nak boikot semua barang-barang tu kita nak guna ape??..Dah kalau cam tu tak yah guna ape-ape duk senyap-senyap kat rumah ngapal Al-Quran pikse kan 'just around the corner' tak pun masak nasi ayam bagi kawan-kawan makan..sedekah tu.Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,setiap hari jika kita mengikuti perkembangan berita mengenai
Iraq,Palestin,lubnan,Pakistan,Shishan dan negara-negara islam yang lain ada sahaja pertumpahan darah.Umat Islam dibunuh,dirogol,dibakar,disepak,disiksa sehingga mati.Nilai nyawa tak ubah seperti binatang yg boleh diperlakukan sewenang-wenangnya.Ibu meratapi anaknye yang mati terbujur dalam dakapannya,si ayah hanya mampu melinangkan air mata menyaksikan kekejaman manakala anak-anak kecil putus kaki dan tangan menangis teresak-esak seperti tidak tahu ape yg terjadi.Jeritan kesakitan dan kesengsaraan kedengaran disana sini.Berbondong-bondong(bukan mee bandung)manusia lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri.Adakah definisi ini yang kita mahukan dinegara kita sehinggakan baru kita mula sedar islam dizalimi?.Sedarlah diriku dan sahabat-sahabat ku yang lain.Hentikan dan Cukuplah dengan kezaliaman hari ini jangan dihunus dan dirobek luka yg baru sedangkan luka parah yang sedia ada kian terasa hari demi hari.Haiyyana Bil Jihad!!!

Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung,alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan,jangan putih mata,tulang dan jangan kuning gigi.Gunalah akal pemberian Allah sebaik-baiknya jangan dibiarkan Yang berkuasa dengan kezaliman terus berkuasa.Pangkah jangan tak pangkah.Masing-masing kena fikirkan sekarang apa yang wajib dibuat bagi menyahut saranan menentang musuh-musuh islam.Apa yang kita harapkan semoga diri kita khasnya dan umat-umat islam diseluruh dunia amnya mulai sedar dan bangkit berjuang hingga ke titisan darah terakhir.Setiap permulaan ada akhirnya dan terpulang kepada individu itu sendiri utk mencorak dan menamatkan senario ciptaanya.Sesungguhnya Allah Ta'ala tidak akan mengubah sesebuah kaum itu sehinggakan kaum itu sendiri yg mengubahnya.Benarlah kata-kata Allah itu yang Maha Agung.Untuk akhirnya renung-renungkan,fikir-fikirkan dan BERTINDAKLAH!Sesungguhnya Allah Ta'ala itu telah memuliakan hamba-hambanya dengan Islam.Janganlah kita belot,cuai dan tidak bertanggung jawab diatas anugerah Islam yang Allah telah Berikan.

Monday, April 7, 2008

الاذكار

قال الا مام الشافعى رحمه الله تعالى
اصبر على مر الجفا من معلم فاءن رسوب العلم في نفراته

Kiamat

Mati ialah kiamat kecil sebelum semua orang dihimpunkan dalam kiamat besar bila semua orang sudah mati. Perkembangan pengetahuan sains menunjukkan bahawa dunia semua bergerak kepada kemusnahan, proses dan pergerakan bumi dibuktikan sedang menuju ke arah kehancuran, hanya jangka masa sahaja tidak dapat ditentukan bilakah kemusnahan sebenar akan berlaku.
Orang bercakap soal paras suhu yang semakin meningkat, Panas dunia semakin bertambah, Eropah dan Belanda akan ditenggelami air berikutan pencairan besar-besaran salji di kutub Utara dan Selatan. Sekarang ini, sudah mengubah kebiasaan suhu dunia. Salji didapati berlaku di kawasan yang tak pernah ada salji, begitu juga sebaliknya panas melampaui batas biasa di satu-satu tempat. Semua ini petunjuk kepada manusia yang hendak mengambil pengajaran daripada kejadian-kejadian yang berlaku supaya menginsafi diri.
Manusia akan menemui keadilan sebenarnya. Dalam konteks kehidupan dunia sebenar tidak ada keadilan yang mutlak. Terdapat kes di mana orang ramai merasakan unsur kezaliman sudah berlaku tetapi ianya terlepas daripada pengadilan. Namun keadilan di hari akhirat tidak akan terlepas walaupun sebesar biji zarah. Keadilan yang berbentuk "absolute justice" hanya merupakan milik Allah.
Dalam kesibukan bekerja dan disibukkan lagi dengan banyak aktiviti hidup sehingga terlupa untuk memikirkan perkara-perkara asasi.Melihat dalam diri, suluh dalam minda debu-debu yang pada mulanya nipis menjadi tebal, kelabu dan hitam. Bila sudah menjadi hitam cahaya tidak boleh menembusinya lagi. Konsep ini dipanggil zikrullah. Sentiasa mengingati Allah dan tidak terputus hubungan dengan Allah walau sedetik sekalipun. Walaupun mungkin kita putuskan hubungan tetapi Allah tidak pernah memutuskan hubungan. Kerana itu zikrullah ini boleh membawa manusia kepada proses tazkiyah.
Satu istilah lain ialah refleksi; melihat ke belakang, melihat persekitaran dan boleh juga melihat ke hadapan. Namun proses ini dinamakan Fikrullah. Adunan zikrullah dan fikrullah membolehkan kita melihat ke dalam, ke belakang melalui liku-liku hidup. Pada dasarnya Al-Falah atau kemenangan itu mestilah didasari kepada kualiti dalaman yang melibatkan aqidah dan menghidupkan hati, jiwa dan memotivasikan kendiri dan sebaliknya tidak hanya bergantung kepada intelektual sahaja. Moga-moga kita dapat meningkatkan kesedaran diri kerana sebenarnya kejayaan dan keuntungan adalah berpaksi kepada kualiti diri manusia dan kejiwaannya.

Sunday, April 6, 2008

Di Alam Fantasi...



Sukar untuk ditafsir, walau tidak pernah bersua muka, cukup hanya berkenalan di alam maya, perasaan kasih dan sayang ada kalanya melebihi mereka yang berada di hadapan mata..mungkin inikah sekadar mainan lena..Adakah ini yg dinamakan "CInTA"sedangkan cinta yg hakiki hanya pada yg Esa..Ya ALLAH! Berikan daku kekuatan utk menghadapinya agar aku terus terjaga dari buaian lena dan tidak terlalu mengharap padanya....