Monday, December 21, 2009

CORETAN MEMORI KU DISINI




Blue Lagoon Resort,Teluk Kemang Port Dickson.

9-11 Desember 2009.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan yang maha kuasa pentadbir seluruh alam dan isinya.Selawat serta salam buat junjungan mulia Rasullullah s.a.w serta sahabat-sahabatnya.
Alhamdulillah akhirnya aku sekeluarga dapat menjejakkan kaki buat kali kedua bersama-sama disini.Satu tempat yang penuh dengan memori manis dan penuh pengharapan ianya akan berulang kembali.Namun kuasa Allah membatasi segalanya.Segala kenangan yang pernah tertulis disini tidak akan berulang lagi dan meninggalkan satu impak yang cukup besar.Disini segala-galanya tercipta.

Tibanya kami disini seperti biasa budak-budak kecik ni sibuk menempah bilik."baby nak tido sini dengan mama"..."Aku ngan abg tido bilik ni..satu lagi bilik kasi mak dan ayah"...Aku??? tido mane??.."cam biasalah ko bujang lagi..tido ruang tamu sambil-sambil tu jadi guard tengok-tengokkan umah ni..."..Hai beginilah nasib,diriku yang malang oh Tuhan..heheheh..tapi aku percaya tido malamku meriah sebab anak-anak saudaraku pasti menemanku.Emak tengah sibuk mengemas dan bersiap-siap didapur untuk menyediakan santapan tengah hari.Hatiku tersentak melihat emak sambil melenangkan air mata didapur kerana teringatkan abang sewaktu dahulu pernah bersama-sama.Rasanya semuanya berlalu terlalu pantas.Aku terus masuk kedapur untuk memecahkan suasana sedih sambil-sambil menyapa emak."Mak nak masak ape hari ni??Kalau pekena asam pedas ni ngan sambal petai mesti wangi je bilik air" emak tersenyum sambil mengeringkan air mata.

Satu ketika dulu,pantai ini menjadi kenangan.Kami berkumpul sekeluarga.Gelak dan tawa bersama-sama.berlari-lari ditepian pantai,bermain bola bersama,bergambar,usik mengusik,bergurau senda dan hampir kesemuanya aktiviti-aktiviti kami habiskan bersama-sama.Emak dan kakak-kakak bergotong royong masak didapur bersama,ayah dan 'ABANG'-abang sibuk ke pasar mencari juadah untuk kami bersama dan aku sibuk melayan karenah-karenah anak-anak saudara.Sekarang,tetap kami melakukan benda yang sama,tapi tanpa ABANG,kami merasakan bagaikan ada yang tak kena seperti ada sahaja yang memperhatikan tetapi tidak dapat dilihat dengan kaca mata.

Menginap disini memang cukup best sekali.Mana taknya semua kemudahan-kemudahan telah disediakan dengan cukup sekali.Bagaikan Raja yang sedang mengabiskan cuti.Tempat dikawal rapi oleh si penjaga resort.Rumah mewah bagaikan muzium ni pun lengkap dengan penghawa dingin,air panas,tempat barbecue dan paling seronok tu ada astro! boleh layan cerita-cerita arab..Wa Hisytini Ya Masr..almaklum la kat umah kota tinggi tak pasang astro sebab siaran tv penuh dengan rangkaian Malaysia,Singapura dan Indonesia..Waduh2 Gratis semuanya buk!!.Pagi-pagi je Pak Uda!!!..jom lah gi mandi...Agenda pagi melayan anak-anak saudara yang pompuannya mandi swimming pool..Tengah hari sikit air laut plak pasang..melayan yang hero-hero plak mandi laut sampai ke Zohor.Agak-agak perut dan terasa lapar naik..balik umah makanan tengah hari telah siap dihidangkan oleh pelayan-pelayan yang berkelas ANTARABANGSA..heheheh..Abis..tidak ku sanggkakan kulitku telah bertukar menjadi Warga Bangladesh..tidak..tidak..

Setelah selesai je solat asar,waktu bersama sekeluarga ditepi pantai.Si kecil sibuk membuat istana pasir.Hero-hero sibuk bergurau senda bersama pelampung-pelampung yang disewa manakala mak dan ayah hanya tersenyum melihat gelagat-gelagat cucu-cucu bermain.Menjelang malam pula kami dihidangkan dengan makanan-makanan 'barbecue'.Mujurlah tepi pantai ni angin kuat..jadi tak payahlah sangat nak berkipas.Hanya pastikan makanan-makanan di panggang dan dibakar sebaiknya.Well Done!

Begitulah rutin harian ku selama 3 hari disini.Tambahan lagi kami didatangi oleh tetamu yang istimewa dari kampung..Mak itam dan anak-anaknya.Semakin meriah dan menghiburkan sehinggakan kadang kala kami dapat melupakan sedikit demi sedikit kenangan-kenangan yang manis dahulunye pernah kami lalui bersama 'ABANG'namun kenangan bersama mu tetap kami ingat sampai bila-bila kerana pergimu tiada pengganti.Semoga coretanku kali ini menjadi satu sinar dan harapan ianya akan berulang lagi disini..mungkin aku akan datang lagi dengan "Keluarga ku Sendiri"..heheheh..dan aku yakin keluarga ini akan tetap bersama lagi disini walaupun yang datang dan pergi silih berganti...Love U All So Much...MUahhh!

Thursday, December 3, 2009

MAKA BERMULALAH EPISOD-EPISOD KEHIDUPAN

Lumrahnya tatkala kaki di bumi malaysia,pelbagai rancangan yang telah disusun untuk menentukan hala hidup dimasa akan datang.Dengan berbekalkan segulung ijazah dan pengalaman yang masih muda,kita perlu mencari satu kekuatan untuk bergerak saing dengan yang lain.Usia semakin meningkat,masa berlalu begitu pantas.Sekiranya lambat bergerak dan bertindak kita akan terus terleka.

KERJAYA.
Tidak dinafikan setiap manusia mempunyai angan-angan dan cita-cita dalam hidup.Tiada manusia yang tidak inginkan keselesaan dan kebahagian disamping mengecapi matlamat hidup serta membahagiakan kedua orang tuanya.Mustahil sekiranya kita menjadikan alasan tiada peluang pekerjaan yang serasi sedangkan jika kita lihat berduyun-duyun pekerja asing yang masuk ke negara kita mencari pekerjaan dengan bebasnya.Pada pendapat penulis pilihlah apa jua bidang pekerjaan sekalipun asalkan ianya halal dan dapat memanfaatkan segala ilmu yang kita telah pelajari.Usahlah terlalu memikirkan kata orang lain yang senantiasa menuding jari.Jadilah seorang manusia yang seperti hujan..membasahi tanah yang gersang..menghidupkan pepohon yang mati dan membekalkan air sungai-sungai yang jernih.Usahlah hanya mementingkan dunia semata-mata sehinggakan maruah digadai dan agama boleh dijual beli seperti hujan yang yang tidak putus-putus turun,bisa merosakkan dan mengorbankan isi alam sepenuhya.Nauzubillah Min Zalik..
KEBAHAGIAN ORANG TUA.
Mereka telah banyak berkorban demi membesarkan anak-anak sehingga berjaya didalam hidup.Anak adalah segala-galanya dimata mereka.Tanpa seorang anak,manusia itu masih dilabelkan fakir dan miskin walaupun hartanya berjuta-juta ringgit!.Sekiranya Mati seorang anak Adam tu,tinggallah segala harta-harta yang dikumpulkannya melainkan tiga perkara dan salah satu darinya anak yang soleh yang mendoakannya.Kita harus bijak untuk mengatur masa depan kita tanpa mengguriskan hati perasaan ibu bapa kita.Setitik air susu yang kita minum,tidak menyamai nilai dengan kita mendukung ibu selama 3 tahun mengelilingi ka'bah di Baitullah.Usahlah kita membiarkan air mata mereka menitis kerana sedih dan kecewa tetapi menitis kerana gembira dan bangga terhadap anaknya.Ibu dan Ayah..kaulah segala-galanya.
KAHWIN.
Penulis sangat berbesar hati ketika berhimpun bersama-sama sanak saudara di Hari Raya AidilAdha,dikalangan mereka tak putus-putus meng 'rekemen'kan calon-calon untuk dijadikan teman hidup."Alah..ko kawan-kawan je dulu..kenal hati budi"...ada yang "makcik kenal budak ni..penah datang sini..tak sombong,baik dan hormat orang tua"..hehehehe..kadang-kadang tak boleh tahan,tergelak gak kat situ.Yang lagi kelakar tu.."budak ni kan walaupun anak orang kaya..baik sangat-sangat..mak teh buat sambal belacan tumbuk pun di makan tau!!!..."mungkin dia lapar sangat kot"..sahut aku.Semua tergelak besar.Apa-apa pun aku mengucapkan jutaan terima kasih diatas keperihatinan makcik-makcik.Uhibbukum Hubban Jamman!!!

Kawin ni bukan main pondok-pondok.Sampai je waktu tengah hari.."Helmi!!! sudah lah tu main..balik umah makan tengah hari!!!...masa kecik-kecik dulu.Banyak lagi hadaf yang perlu dicari dan kejar sebelum bersiap sedia ke arah itu.Kalau dah jodoh tak kemana kan?.Cumanya persiap dan perkemaskan diri sebelum kearah tu untuk membentuk satu institusi kekeluargaan yang berpaksikan islam bagi menjamin kebahagian didunia dan akhirat kelak.Amin Ya Rabb!

Sekian dahulu nukilan pada hari ini,coretan ini semata-mata untuk diri penulis ini sendiri supaya tidak terus alpa dengan ranjau kehidupan di hari-hari mendatang.Doakan si penulis terus berjaya dalam mengejar cita-cita.Wassalam.

Monday, November 30, 2009

Antara Secebis Senyuman Dan Linangan Airmata.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh




Terlebih dahulu si penulis ingin memohon maaf kerana sudah lama tidak bersua didalam blog ini..dek kerana PERTAMA kesibukan menghadapi peperiksaan tasfiah thn 4..KEDUA menunggu natijah peperiksaan yang mampu meragut nyawa..hehehehe..KETIGA berjalan dan bersiar dikota kaherah dan beberapa kawasan furu' untuk kali terakhirnya..KEEMPAT bersukan dan bergurau senda bersama teman-teman sebelum pulang ke tanah air yang tercinta.Alhamdulillah segala yang dirancang berjalan dengan baik dan akhirnya aku pulang ke tanah air dengan segulung Syahadah Muakatah..(Asliah thn depan) untuk ku hadiahkan kepada Ayah Bonda dan Keluarga.Segala penat lelahku,kritikan yg ku terima dan peringkat kesabaran yang maksimum dapat ku pertahankan.Untuk sahabat-sahabat yang masih berada disana..tingkatkan usaha,teluskan niat dihati,pertahankan kesabaran..insyaAllah kejayaan bakal menjemput dan mengiringi mu kelak.

Apa yang penulis ingin ungkapkan diruangan kali ini adalah apa yang dirasakan tatkala ingin mengangkat kaki meninggalkan bumi yang penuh barakah dan bumi yang banyak mengajar akan erti realiti kehidupan disamping mengejar mencari ilmu pengetahuan.Di dalam hati yang merasakan kepuasan dengan penuh kegembiraan setelah berjaya menamatkan pengajian di mesir,namun tidak dapat dinafikan kesedihan untuk meninggalakan Al-Azhar.Disebalik linangan air mata tersembunyi DUA maksud yang sangat berbeza.Seolah-olah jasadku tidak sabar ingin terbang melayang pulang ke tanah air manakala hati dan perasaan sekeras-kerasnya ingin terus menetap di mesir.Mungkin tidak semua yang merasakan perasaan ini,tetapi percayalah ianya datang dengan tidak diduga dan kuat sekali.

Mesir adakah aku akan datang lagi?? menyingkap kembali segala memori..yang pastinya senantiasa berlegar-legar..Antara bingkisan senyuman dan linangan airmata perpisahan..tidak termampu untuk dijawab sehingga kehari ini..sekiranya aku tidak akan lagi ke sana..Hati ini menjadi saksi yang namamu tetap terpahat disanubari.

"Ketika tiba saat perpisahan,usahlah kita berduka dan bersedih kerana ianya akan lebih nampak bermakna bila berjauhan seperti gunung-ganang yang lebih nampak cantik dan anggun jika terlihat dari padang mahupun dataran."
Segala ilmu dan pengalaman hidup yang telah ku kecapi selama ini tidak akan ku sia-siakan...Insya Allah Ya Rabb!!!



Thursday, August 6, 2009

Terciptanya Bubur Asyura 1998.


"Suhairi...ana mahu enta ngan geng-geng enta buat bubur asyura untuk sama-sama kita makan satu asrama..ana tak dapat tolong sebab ana ada hal"...(Pesan Warden yang kami cintai).Mataku terkebil-kebil..biar betul ustaz ni..mane lah aku reti buat?? kalau makan tu boleh ar..Aduss serabut dalam kepala otak ku ini memikirkan bagaimanakah rupa bubur yang aku ciptakan nanti??..kalau jadi bubur lagi kira Alhamdulillah ar..kalau jadi kek ke,kueh bulan ke ape plak aku nak menjawab..kalau budak-budak asrama ni tak kisah lagi tolak kayu,papan dengan besi katil pun jalan...siap terbayang-bayang kalau ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah yang bakal menikmati bubur ini ada yang termuntah sehingga keluar dari hidung dan telinga,ada yg dikejarkan ke hospital dengan menggunakan bas dan yang paling memalukan pelajar-pelajar pompuan mencemuh serta menjijikkan bubur ku ni.."bubur ke sampah sarap ni??.Tidak!!Aku tidak sanggup untuk berhadapan dengannya.

Satu perjumpaan tergempar di adakan setelah selesai sahaja aku berkhayal..beberapa rakan yang boleh diharapkan dapat aku kumpulkan."Ko tahu tak nak buat bubur asyura?".Masing-masing terkebil-kebil bagai memikirkan bubur asyura ni bukan dari spesis makanan."Aku tahu!"sahut seorang rakan yang bersemangat.Aku mula tersenyum dan gembira sambil menantikan respon darinya."Alah dia macam bubur putih tu tapi kaler je coklat sikit.Aku suka gile bubur tu.kat kampung aku tiap-tiap tahun tak penah miss buat..tapi aku tak tahu ar cane plak nak buat bubur tu".Rasa bagaikan ringan je kaki dan tangan untuk dihayunkan.Mujurlah sudah berakhir minggu orentasi pelajar."Gini je lah bie,mula-mula kita buat bubur putih,pastu kita bubuh ar anasir-anasir lain yang boleh membuatkan dia rasa cam bubur asyura",Sahut salah seorang daripada mereka."okay..baik..aku nak ape-ape yang akan terjadi nanti,kita sama-sama tanggungjawab..jangan sorang pun nak melarikan diri eh!".Tiba-tiba.."Bie nanti kalau dah siap kita main tukar-tukar nak ngan budak pompuan??".Abis bergema satu bilik tu dengan teriakan sorak gembira dan ketawa terbahak-bahak.

Bermulalah satu episod yang mengerikan selepas sahaja selesai solat zohor.Masing-masing bersemangat saling tolong-menolong,bantu-membantu sesama sendiri.Pelajar-pelajar di asrama punyalah ramai yang turut serta memeriahkan lagi episod tu.Rasa macam ada salah seorang daripadanya bekerja dalam syarikat penyiaran menyaksi dan merekodkan untuk siaran dikaca tv menjelang ramadhan nanti.Walaubagaimanapun,hanya orang-orang yang tertentu je yang diberi kuasa untuk pegang senduk besar dan bahan-bahan masakan itu sahaja.Pantang je salah seorang dari chef-chef yang terlantik menyuarakan.."wei..nak bubuh ni tak??"..Kami sebulat suara bersepakat..."BUBUH!!!"..sambil ketawa.Selesai sahaja solat asar,satu bubur telah selamat dengan jayanya dicipta.Tapi malangnya warna tidak melambangkan ianya bubur asyura dan agak pudar."Rasa ada,tapi rupa macam bubur nasi je bie?".Kata pakar perasa.Aku dengan selambanya.."Amin..ko pegi beli kicap!"Setelah sebotol besar kicap abis dituangkan kedalam bubur sambil ketawa terbahak-bahak yang tidak ada noktahnya dari awal lagi,Alhamdulillah,akhirnya tercipta lah 'Bubur Asyura'.Kami semua bersepakat tidak ada salah seorang dari kami yang tidak mengatakan itulah Bubur Asyura yang paling enak dan lazat diatas muka bumi ini.Sekarang tibalah masanya,Saat yang kami tunggukan,berdebar-debar rasanya untuk mengetahui apakah reaksi dari warden setelah menikmati satu mangkuk bubur kami.Pada masa itu,hanya tinggal kami sepasukan sahaja yang berada.Pelajar-pelajar lain sudah melarikan diri masing-masing."Mmmmmm..Sedap!!Boleh tahan gak bubur enta".Kami menarik nafas dengan lega.Bagaikan si pesalah terlepas dari hukuman pancung.Tatkala pada waktu malamnya,kami dan rakan-rakan yang lain sibuk mencuci periuk belanga sambil terhibur dengan persembahan yang telah kami cipta pada siangnya..datang seorang budak.."bie budak pompuan mintak resepi bubur kita!!.Hairan,pelik dan ajaib bagaimana bubur yang tidak mempunyai kaki boleh sampai kesana?.Sekali lagi kami ketawa terbahak-bahak yang cukup maksimum menyedari kemantapan sentuhan kami yang sangat cukup berbisa.Permintaan itu tidak kami hampakan.

Begitulah satu kisah penulis yang ingin dikongsi bersama sempena Nisfu Sya'ban pada hari ini.Satu kisah yang pada mulanya penuh dengan mimpi seram dan ngeri tetapi Alhamdulillah pada akhirnya terukir satu memori indah yang tidak dapat dilupakan.Terima kasih segalanya diucapkan kepada rakan-rakan yang terlibat dalam mengukir kenangan manis ini dan tidak lupa juga kepada Warden yang percaya sepenuhnya kepada kami tanpa menyoal siasat terlebih dahulu latar belakang kami.hehehehehe.Kesimpulannya,Tiada perkara yang mustahil boleh berlaku sekiranya ada kerjasama dari semua pihak serta percaya pada diri sendiri.Jumpa lagi.

Thursday, July 30, 2009

DAMBA CINTA MU

Dikeheningan pagi jumaat ini selain meraikan kemegahan Saiyidul Ayyam,amat bersesuaian sekali jika kita menghayati sebenar-benarnya lirik lagu ini.Si penulis pada mulanya menganggap lagu ini hanya lah sekadar halawa telingga semata-mata,tetapi setelah merenungi bahkan menghayati maksud pada lirik yang tersurat dan tersirat ini,merasakan betapa goyah dan lemahnya iman manusia terutamanya pada diri sendiri.Si penulis mengucapkan jutaan terima kasih kepada "Teman Lama" kerana pernah menghadiahkan lirik ini sewaktu Si penulis dibangku sekolah lagi.Walau di mana sekali pun "Teman Lama" sekarang berada,Si penulis tetap mendoakan kebahagiannya di dunia dan akhirat,Yareed Ya Rabb.Terimalah,sebuah lirik yang penuh syahdu,mendambakan pengabdian seorang hamba kepada ALLAH SWT.


Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu
Ku sering melanggar laranganMu Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu Walau sedar aku milikMu

Bilakah diri ini 'kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi kuingat petang kualpa
Begitulah silih berganti
Oh Tuhanku,
Kau pimpinlah diri iniYang mendamba CintaMu
Aku lemah aku jahilTanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji di depan Mu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Kau pengasih
Kau penyayang
Kau pengampun
Kepada hamba-hambaMu
Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau padaku

Tuhan,
Diri ini tidak layak ke surgaMu
Tapi tidak pula aku sanggup ke nerakaMu
Kutakut kepadaMu
Ku mengharap jua padaMu
Mogaku 'kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat

Seperti rasul dan sahabat
Damba cinta Mu
Munsyid : Raihan
Album : Syukur

Tuesday, July 28, 2009

المشهد الفلسطيني

ربما كان نزار قباني محقا عندما اختار عنوانا كهذا لآخر قصائده.. ولكن لا جناح على الأمة فربما تنتظر20 عاماً آخرى ليحين على الإحتلال الإسرائيلي 91 عام كي يفكروا ماذا سيفعلون بشأن القضية الفلسطينية ويكونوا بذلك قد أعادوا التاريخ كرة.. حيث إن صلاح الدين عندما حرر القدس من الصليبيين كان قد مر على احتلالها 91 على سقوطها بأيديهم والأمة يا أحبائي وفية لتاريخها وتتفائل بأرقامه.. لذا لا عتب عليكم يا أبناء يعرب فالجيل القادم سيتكفل بالتحرير أما أنتم يا قرة عيني وبهجة فؤادي فضعوا أيديكم وأرجلكم بمياه عذبة باردة مثلكم وإن استطعتم اغمروا أجسامكم بأكملها ولتستمتعوا جيداً بالمياه الباردة النقية فهناك مياه كالمهل تشوي الوجوه تنتظركم.

Monday, July 27, 2009

HIKMAH-HIKMAH BERPUASA

Berpuasa merupakan salah satu daripada lima rukun Islam. Ia juga merupakanibadah yang juga tidak sedikit ganjaran dan kelebihan yang diganjarkan untuknya.Tidak sampai sebulan sahaja lagi kita akan disambut oleh bulan yang penuh barakah yang ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam didunia untuk melipat gandakan amalan kita dengan penuh pengharapan supaya menjadi bekalan yang kekal abadi ketika kita berhijrah di alam barzakh.Tatkala itu segala harta,pangkat dan nama kita tinggalkan,hanya mengharapkan segala amalan yang kita kerjakan didunia.Puasa ini sering disalah ertikan oleh segelintir pihak yang menganggap ianya satu ibadah yang membebankan sehingga ada yang menjadikan alasan..gastrik,nak pengsan dan bermacam-macam lagi alasan yang tidak munasabah.Islam benar-benar memberi kelonggaran kepada umatnya untuk tidak berpuasa asalkan alasan itu kukuh dan munasabah tetapi wajib untuk menggantikannya pada hari yang lain.

Perbincangan yang akan diungkapkan didalam blog ini hanyalah sekadar berlandaskan akal yang logik dan bukannya satu perkara yang perlu dibahaskan oleh golongan falsafah,pakar ahli bahasa atau pengasas ideologi-ideologi manusia.Ianya adalah semata-mata kebenarannya oleh Allah S.A.W lalu akal mendapat hidayah serta ketetapan iman dengannya.
Puasa mula difardhukan pada bulan Syaaban tahun kedua Hijrah. Hikmah kefardhuannya terbahagi kepada beberapa bahagian:
Pertama:
Kefardhuannya berbentuk ibadah. Ibadah merupakan salah satu bentuk amalan kesyukuran hamba kepada Tuhannya. Seperti yang telah diterangkan sebelum ini bahawa nikmat yang diberikan oleh Allah Subhanahu wa ta‘ala tidak terhingga.
FirmanNya yang bermaksud:

“Jika kamu hitung nikmat Allah, tiadalah sanggup menghitungnya,”[Ibrahim : 34]

Kedua:
Mengajar manusia agar dapat menjaga dan menunaikan amanah serta tidak mengkhianatinya. Amanah yang diberikan ini memerlukan kekuatan dan keyakinan yang tinggi untuk dilaksanakan. Ini teruji apabila ia berada dalam keseorangan yang memungkinkan ia makan dan minum tanpa sesiapa yang mengetahui. afsu Ammarah(menyuruh ke arah kejahatan) sentiasa berbisik lantas menggoda agar ia mengkhianatinya. Ia tewas lantas mengikut kehendak nafsunya. Dalam sedar atau tidak ia telah mengkhianati amanah Tuhannya. Orang yang khianat pasti akan di azab setimpal dengan perbuatan mungkar itu.

Ketiga:
Sifat kebinatangan tidak mempunyai tujuan tertentu melainkan hanya melampiaskan nafsu makan, minum dan hubungan jenis (seks). Apabila manusia mampu mengawal nafsunya dari kegemaran ini dia berjaya membersihkan hati dan rohnya dari kebuasan kebinatangan yang maha gila. Lalu dia terlebih hampir kepada martabat para tentera nur Ilahi iaitu para Malaikat. Faktor ini menjadi sebagai pemangkin minat dan gemar seseorang untuk melaksanakan amanah dengan seikhlas mungkin demi mencapai darjat yang dijanjikan.Jika dikaji dan diteliti sejarah hidup ulamak, ahli zuhud, para abid, pemikir, ahlifalsafah, pencipta ideologi dan selain mereka pasti didapati bahawa kejayaan mereka terhasil dari ikatan tali perut mereka dari kelazatan makanan dan minuman yang mencantas pemikiran tajam.

Keempat:
Hasil dari kajian doktor, makanan dan minuman yang banyak diambil boleh mencetuskan pelbagai penyakit urat saraf. Terdapat hadith yang diriwayatkan yang bermaksud:

“Perut merupakan tempat (lahir) penyakit, pantang larang merupakan asas kesembuhan (ubat).”

Juga dikatakan jika seseorang makan banyak, minum juga terpaksa dilebihkan.Makan banyak juga menyebabkan tidur yang berlebihan. Sesiapa yang melazimi perbuatan demikian dia telah mensia-siakan kehidupannya.Jika engkau melihat doktor ketika hendak melakukan pemeriksaan kepada pesakitnya dia akan menyuruh pesakitnya mengosongkan perutnya daripada sebarang makanan untuk menghindarkan sebarang penyakit. Ini semua untuk kesihatan. Begitujuga puasa yang disyariatkan mempunyai hikmah kesihatan yang tinggi terkandung.

Kelima:
Melemahkan syahwat seks kebinatangan yang menyamakan taraf manusia dengan binatang. Untuk mengawal nafsu kebinatangan ia memerlukan kesungguhandan keyakinan yang tinggi. Jika seorang miskin tidak mampu untuk berkahwin sedangkan nafsunya memuncak maka disunatkan baginya untuk berpuasa. Puasadapat menahan atau mengurangkan nafsu yang bergolak.Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:

“Wahai pemuda! Barangsiapa yang mampu (menyediakan) perbelanjaanperkahwinan berkahwinlah, dan barangsiapa tidak mampu berpuasalah,sesungguhnya puasa itu padanya ada pendinding.”[Hadith Sahih, Riwayat Muslim di dalam Kitab Nikah]

Keenam:
Ketika seorang manusia berkeadaan lapar dan dahaga maka perasaannya terkenang pada kehidupan si miskin yang serba kekurangan untuk menahan lapar dan dahaga. Perasaan ini mengajak dirinya untuk menghulurkan sedikit bantuan bagi menggembirakan kehidupan si miskin itu.
Sesungguhnya hikmah bagi segala pensyariatan ini tidak terhingga lantas tidak mampu dinilai dan dihisab. Sesuatu yang tidak dilakukan semuanya maka janganlahia ditinggalkan kesemuanya.semoga hikmah-hikmah ini dapat kita manfaatkan bersama dalam proses kita tercari-cari untuk mendalami ibadah puasa dan nilai yang murni yang tersirat diatas pengorbanan kita menahan lapar dan dahaga di bulan Ramadhan.
Luqman Al-Hakim pernah berkata kepada anaknya bermaksud:

“Wahai anakku!Apabila perut dipenuhi, lemahlah pemikiran, bisulah segala hikmah, diamlah segalaanggota untuk melakukan ibadah.” WALLAH HU A'LAM MINNI.

Tuesday, July 7, 2009

KENDERAAN DI MESIR MENJELANG 2020

1.Dikenali sebagai Arabiah Ugroh.2.Kebiasaannya dinaiki untuk perjalanan jauh,disewa untuk bersiar-siar dan untuk pulang ke tanah air(sampai Airport je..tak dibenarkan masuk kedalam pesawat)3.Muatan penumpang 13 orang termasuk pemandu dan pengutip tambang.4.Dikenakan bayaran tambahan jika lebihan barang(pandai adjust bleh free)5.Waktu tidur anda cuma seketika sahaja.6.Laju,pantas dan kadang-kadang anda akan rasakan beterbangan di atas jalan raya.7.Markah : 4 BINTANG



1.Dikenali sebagai Arabiah Bijo.2.Dinaiki untuk ke distinasi yang tidak terlalu jauh.3.Muatan 8 orang termasuk pemandu(Tiada pengutip tambang).4.Kebiasaanya tidak dikenakan bayaran tambahan jika bagasi berlebihan asalkan mampu untuk bergerak.5.Agak bosan kerana sempit sedikit dan tidak selesa untuk tidur.6.Agak laju dan cepat bergantung kepada muatan.7.Markah : 3.5 BINTANG




1.Dikenali sebagai Trenko.2.Digunakan untuk kedistinasi yang dekat dan sibuk.3.Tiada had muatan penumpang asalkan boleh sampai ke tempat yang dituju.4.Boleh terdapat dimana-mana sahaja dengan tambang berpatutan.5.Lambat,pening kepala dan hilang ingatan seketika akibat bau-bauan badan penumpang.6.Penumpang yang pengsan dan bermasaalah besar sahaja mampu berdengkur didalam kenderaan ini.7.Markah : 3.5 MARKAH



1.Seperti ditempat-tempat yang lain Taksi juga turut terlibat secara langsung.2.Distinasi dihadkan mengikut warna dan nombor pendaftaran taksi itu sendiri jika pemandu itu sedarkan diri.3.Muatan penumpang 5-6 orang atau lebih bergantung pada sekatan jalanraya oleh Bolis.4.Dinasihatkan untuk menetapkan bayaran terlebih dahulu bagi mengelakan debat ketika sampai.5.Pemandunya mampu mencari jalan yang singkat dan juga sangat panjang supaya tambang dikenakan berlipat ganda untuk sampai ke distinasi.6.Sampai je kasi duit terus blah je dari taksi untuk menjamin kesabaran dan keimanan anda.7.Markah : 4.5 MARKAH




1.Di kenali sebagai Tut tut2.Distinasi yang terhad kerana pergarakan terbatas3.Muatan 4-6 orang termasuk pemandu.4.Bayaran berpandukan hala tujuan.5.Laju dan pantas seperti anda menaiki motosikal.6.Antara kenderaan yang dijadikan perempit-perempit untuk merempit diwaktu siang dan malam.7.Markah : 4 BINTANG








1.Dikenali sebagai kereta sewa pendalaman.2.Reka cipta dan bentuk yang sangat menawan bersesuaian dengan permintaan penumpang.3.Hanya terdapat di kawasan-kawasan pendalaman kerana kebiasaannya nombor pendaftaran malas untuk didaftarkan.4.Muatan penumpang 9 orang dan lebih termasuk pemandu.5.Agak lambat kerana kebiasaannya pemandu dari kalangan warga emas.6.Tambang mengikut distinasi yang hendak di tuju.7.Markah : 2.5 BINTANG



1.Dikenali sebagai Arabiah Naql.2.Boleh digunakan untuk membawa penumpang,barang dan binatang atau ketiga-tiganya sekali.3.Terdapat di kawasan-kawasan hentian haram yang tertentu.4.Pemandu kenderaan ini merangkap pengutip tambang perjalanan.5.Laju dan pantas untuk sampai kedistinasi anda sehinggakan anda tidak perasan berada diaatas kenderaan itu.6.Markah : 4 BINTANG


1.Perebet sapu yang telah diubahsuai dari Arabiah Naql.2.Tiada had penumpang kerana tabiatnya menyapu sekalian orang ramai yang berada dibahu jalan.3.Tambang yang tetap dikenakan tetap.4.Mempunyai loceng dibahagian belakang untuk penumpang-penumpang turun.5.Tangga bukan sekadar memudahkan penumpang naik bahkan sering kali diguna untuk penumpang-penumpang berdiri menikmati keindahan dan angin sepoi-sepoi bahasa.6.Agak lambat sedikit kerana tiada tempat yang khas untuk menurunkan penumpang.7.Markah : 3.5 BINTANG


1.Kereta himar mudah alih.2.Hanya digunakan untuk mengangkut barang-barang baru dan terpakai sahaja.Ada juga digunakan untuk bersiar-siar bagi golongan yang kurang berkemampuan.3.Tambang dianggap sebagai tips sahaja.4.Sesuai untuk warga emas dan mereka-mereka yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.5.Tiada akta yang boleh menyebabkan si pemandu dikenakan denda jika berkeliaran di jalan raya.6.Markah : 3 BINTANG.




1.Kereta kuda atau baghal klasik.2.Muatan 3-4 penumpang sahaja mengikut kemampuan kuda.3.Digunakan untuk bersiar-siar ditempat peranginan dan bersejarah.4.Untuk menjamin keselamatan anda sila ikuti langkah-langkah yang sama seperti menaiki taksi diatas.5.Laju dan puas hati seperti pergi berperang dizaman dahulu kala.6.Markah : 4 BINTANG.





1.Gamal merupakan kenderaan yang menguasai di padang pasir.2.Digunakan untuk pelancong-pelancong menikmati keindahan persekitaran dan tempat-tempat melancong.3.Seseorang tu dianggap hebat jika mampun menunggang unta dengan jayanya.4.Tetapi anda harus berhati-hati kerana setiap keperluan yang anda perlukan dari unta dikenankan bayaran yang berbeza.5.Sehingga ke hari ini unta-unta tidak mengetahui bahawa dirinya diperdagangkan untuk kepentingan peribadi tuannya.6.Markah : 4 BINTANG






1.Digunakan oleh SuperHero Mesir sahaja.2.Mudah didapati dimana-mana sahaja tanpa nombor pendaftaran dan tidak disekat penggunaanya.3.Ringkas,stylo,glemour dan mencapai tahap kepuasan yang maksimum untuk penunggang dan penumpang.4.Mudah untuk diuruskan dan tidak memerlukan kos yang tinggi.5.Menjadi satu kebanggaan dan dianggap sebagai Wira jika mempunyainya.6.Markah : 5 BINTANG





1.Untuk kegunaan persendirian dan perniagaan.2.Penunggang kenderaan ni amat pantang sekali melihat kanak-kanak yang melihatnya.3.Dengan berbekalkan trumpet dan tulang empat karat,si pemiliknya mampu untuk berdikari mencari sesuap roti.4.Gula-gula ini dijual mengikut kuantiti dan bukan mengikut beratnya.5.Anda tidak akan mampu mencuri gula-gula ini kerana ianya diawasi oleh cctv yang yang sudah siap dipasang ditempat-tempat yang anda tidak ketahui.6.Markah : 5 MARKAH






CUBA TEKA APAKAH JENIS KENDERAAN INI....5 BINTANG DIBERIKAN KEPADA ANDA JIKA ANDA MAMPU MENEKANYA DENGAN TEPAT DAN 5 BINTANG DIBERIKAN KEPADA KENDERAAN INI..MARKAH 10 BINTANG!!!








Thursday, June 25, 2009

BOLA TAMPAR


Sejarah dan Perkembangan Bola Tampar.

Asal usul bola tampar telah mencetuskan perdebatan yang hangat. Walaupun asal usulnya tidak jelas, adalah dipercayai bahawa permainan yang hampir sama dengan bola tampar telah dimainkan beberapa ratus tahun dahulu di Amerika Tengah dan Selatan serta di Asia Tenggara. Howard Keith (1942) di dalam bukunya Sports and Games telah melaporkan bahawa bola tampar di Amerika telah diubahsuai daripada Fraust Ball yang diperkenalkan di Jerman pada tahun 1893. Begitu juga dengan permainan Minton yang dibawa ke Amerika oleh David McConnaughly Jr. pada tahun 1895. Kedua-dua jenis permainan tersebut mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan bola tampar Morgan. Walau bagaimanapun, Morgan tetap berpendirian bahawa beliaulah yang telah mencipta permainan bola tampar.Permainan bola tampar mula diperkenalkan pada tahun 1895 di Gimnasium Y.M.C.A., Springfields, Massachusettes, Amerika Syarikat oleh Prof.William J. Morgan (1870-1942) sebagai suatu permainan rekreasi. Morgan sebagai seorang pengarah fizikal telah dipertanggungjawabkan untuk mencipta suatu permainan rekreasi untuk sekumpulan lelaki yang enggan bermain bola keranjang. Pada peringkat mula, bola keranjang dipukul dengan tangan supaya ia sentiasa di udara. Kemudian jaring diletakkan di tengah dan beberapa peraturan diwujudkan. Jaring ditinggikan kepada tujuh kaki namun bermain dengan bola keranjang telah menyebabkan tangan pemain menjadi sakit kerana menahan beratnya. Morgan seterusnya telah meminta pertolongan syarikat Spalding untuk mencipta bola baharu yang dihasilkan dengan menggunakan kulit anak lembu. Sejak itu, permainan ini terus diminati dan diterima oleh Mesyuarat Pengarah Fizikal. Pada mulanya, bola tampar dikenali dengan nama Mintonette dan diubah kepada Volleyball oleh Prof H. T. Halstead pada tahun 1896.
Populariti bola tampar bermula pada tahun 1900 apabila Kanada menjadi negara pertama menerimanya dan kemudiannya diperkenalkan ke India pada tahun yang sama. Sukan bola Tampar terus berkembang apabila ia diperkenalkan ke Cuba (1905), China (1906), Jepun (1908), Puerto Rico(1909) dan Filipina (1910) sebelum ianya diperkenalkan ke Eropah.

Semasa Perang Dunia Pertama, tentera Amerika Syarikat memperkenalkan permainan bola tampar ke Eropah; Yogoslavia (1918), Czechoslovakia dan Poland (1919) serta Rusia (1922). Secara beransur-ansur permainan bola tampar telah berkembang daripada peringkat permainan berbentuk rekreasi kepada sukan yang dipertandingkan. Pada tahun 1934, usaha pertama menubuhkan persatuan antarabangsa dan komisi khas telah bermula. Pada tahun 1936, usaha diteruskan semasa Sukan Olimpik Berlin tetapi telah diganggu oleh Perang Dunia Kedua. Perkembangan tersebut telah menyebabkan banyak persatuan bola tampar ditubuhkan. Persatuan Bola Tampar Amerika Syarikat ditubuhkan pada tahun 1928 dan diikuti oleh Czechoslovakia, Poland, Rusia, Jepun dan Filipina. Perancis, Itali dan Belgium masingmasing telah menubuhkan persatuan bola tampar pada tahun 1936,1945 dan 1946. Pada tahun 1947, Federation Internasionale de Volleyball (FIVB), iaitu sebuah badan rasmi bola tampar dunia ditubuhkan dengan 14 ahli. Presiden pertama badan tersebut ialah Paul Libaud (Perancis) yang memegang jawatan selama 37 tahun.

Gambar sekadar hiasan

Tuesday, June 16, 2009

SEKILAS 58 TAHUN DAHULU


1951 - Komputer mula diperkenalkan kepada umum buat kali pertama secara komersialnya dalam demonstrasi di Philadelphi,Amerika Syarikat AlJahannam.Di kenali sebagai UNIVAC,komputer ini direka oleh Dr John W.Mauchly dan J.Prosper Eckert Jr hasil ubah suai daripada sistem komputer yang diguna pakai oleh tentera (AS).

Sunday, June 14, 2009

TRAGEDI BERDARAH

Masjid AlFurqan

Masjid adalah rumah Allah yang semestinya kita sebagai ummat Islam untuk menjaga dan memelihara keharmoniannya disamping melakukan ibadah.Tanggal 8 Jun 2009,sekali lagi maruah islam dicalar dan dihina dengan berlakunya kes pembunuhan beramai-ramai di Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan,Naratiwat Selatan Thailand tatkala jemaah sedang khusyu' menunaikan Solat Fardhu Isya'.Seramai 11 nyawa yang terkorban.Binatang,Keji,Babi dan tiada lagi istilah yang selayaknya untuk kita gelarkan kepada tindakan 'BACUL' pengganas-pengganas berbaju hitam dan bertopeng,sanggup membunuh tanpa menghiraukan nilai kemanusiaan dan kesucian Rumah Allah itu sendiri.Sesuatu yang cukup 'mustahil' ianya dilakukan oleh orang-orang luar kerana kawasan itu dikawal ketat dengan 10 sekatan jalan raya oleh anggota-anggota Polis dan Tentera yang berwajah bengis dan ganas.Setiap pengunjung-pengunjung dan penduduk setempat itu sendiri senantiasa diperhatikan gerak-geri dan melihat semua kenderaan yang keluar masuk dengan penuh curiga dan sangsi.


Kisah duka Rumah Allah yang dicemari dengan pertumpahan darah di selatan Thailand ini bagaikan satu tragedi yang pasti akan berulang.Ummat dan masyarakat Islam sentiasa dipersalahkan setiap kali berlaku keganasan tanpa ada sebarang penghakiman dan pembuktian yang adil oleh pihak berkuasa Thailand.Ini sudah cukup membuktikan ada pihak yang membakar hati-hati masyarakat Islam di wilayah itu kerana Bangkok sering kali mengetepikan siasatan hukuman dan keputusan mahkamah mengenai keterlibatan anggota-anggota keselamatan mereka.Apa yang bermain difikiran penduduk tempatan tentang kemarahan yang sengaja dicetuskan dan dimanipulasi oleh kumpulan-kumpulan rahsia seperti 'IBLIS' bagi melaga-lagakan hubungan antara Melayu Islam dan Sian Budhha.Terletak kira-kira 50 Km dari Sungai Golok yang mengambil masa antara sejam,penduduk-penduduk disitu ada yang berulang-alik ke Malaysia setiap hari untuk mencari rezeki seperti berniaga dan lain-lain lagi.Namun ianya sengaja dijadikan sangkaan dan andaian yang tidak berasas kononnya wujud gerakan bawah tanah yang memusuhi kerajaan Thailah malah segelintir besar dianggap menjadi tali barut kerajaan bagi memerangi tentera Thailand dan memusnahkan Orang-orang Siam Buddha. Benarkah Malaysia negara pengganas?


Episod serangan yang mengorbankan nyawa ummat Melayu Islam dan Siam Buddha berlarutan hampir sekurun lalu.Prasangka buruk terhadap Ummat Melayu Islam dirasakan paling buruk ketika Thailand dibawah pentadbiran Thaksin Shinawatra.Tragedi pembunuhan di Masjid AlFurqan baru-baru ini mengimbas kembali kekejaman yang sama di Masjid Kerisik,Pattani pada tahun 2004 yang mengorbankan seramai 32 orang.Tidak lupa juga konflik di Tai Bai yang mencalar kesucian Ramadhan pada tahun yang sama.Jika benar sekiranya ia didalangi oleh orang-orang Melayu Islam sendiri maka semestinya ia adalah satu tindakan yang bodoh dan dungu bagi mengejar matlamat yang masih kabur.Dihati kecil ummat Melayu Islam kuat mengatakan bahawa mereka mati secara terang-terangan dihujung senjata anggota-anggota keselamatan kerajaan Thailand kerana tidak ada kes-kes tertentu yang dicanangkan sebagai serangan balas Orang-orang Siam Buddha.

Persoalannya yang timbul,sampai bilakah helah yang mencetuskan kebencian ini hendak dimainkan?Apakah tidak cukup lagi 3000 orang angka korban hingga ke hari ini?Siapakah yang mampu menoktahkan semua ini?



Ditembak di kepala sewaktu menunaikan Solat Isya'


"Ya Allah,tunjukkanlah kebenaran mu dan bantulah mereka untuk mengurangkan kesengsaraan yang dialami demi menunjukkan bahawa Islam itu adalah agama mencintai keamanan dah kesejahteraan." ISLAM PASTI AKAN BANGKIT SEMULA!!!

Monday, June 1, 2009

KENALI MEREKA

KHALED MESH'AL

Beliau dilahirkan di perkampungan Silwad,berdekatan Ramallah pada 1956.Pada tahun 60-an,bapa beliau berpindah ke Kuwait bagi bekerja.Pada tahun 1967,apabila rejim Zionis menjajah Tebing Barat dan menghalau ramai rakyat Palestin dari sana,keluarga beliau berhijrah ke Kuwait bagi menyertai bapanya.Khaled juga turut membesar di sana.Semasa persekolahan lagi,beliau sudah menyertai program-program Islam dan juga program-program berkaitan isu Palestin.Pada tahun 1971,beliau menyertai Ikhwanul Muslimien Palestin yang menetap di Kuwait.Semasa berada di Universiti Kuwait,beliau terkenal sebagai aktivis pelajar Islam.Beliau menubuhkan pelajar,Barisan Kanan Islam.Beliau terlibat dalam pilihan raya mahasiswa dan menjadi wakil semasa menghabiskan pengajian dalam bidang fizik.Selepas berjaya menamatkan pengajian pada 1978,beliau memulakan karier sebagai guru fizik di sekolah-sekolah di Kuwait.Dalam tempoh itulah beliau terlibat dalam merekrut para pelajar supaya minat pada Islam dan cara hidup Islam.Sebagai guru yang berdidikasi,beliau disukai oleh para pelajar dan juga guru di sekolahnya.Pada tahun 1987,selepas HAMAS ditubuhkan oleh pada pemimpin IM di Ghaza,Khaled terpanggil supaya terlibat dalam perancangan jangka masa panjang mereka.Beliau diberi kepercayaan mengepalai HAMAS cawangan Kuwait.Beliau ditugaskan merekrut dan mempopularkan HAMAS dikalangan rakyat Palestin yang tinggal di sana.Atas usaha beliau,pengaruh HAMAS berkembang dengan drastik dikalangan mereka.Malangnya sokongan yang diberi Arafat kepada Saddam Hussein semasa Perang Teluk pertama 1990 memusnahkan segala usahanya.Rakyat Palestin yang tinggal di Kuwait dihalau keluar.Kebanyakan dari mereka berjihrah ke Jordan.Bilangan rakyat Palestin di Jordan membentuk 60 peratus daripada bilangan keseluruhan rakyat Jordan.Di Jordan Khaled ditugaskan mengetuai HAMAS cawangan Jordan.Beliau dipertanggungjawabkan mengurus kutipan dana antarabangsa bagi pergerakan itu.Pada masa itu beliau juga aktif menjalinkan hubungan antara gerakan HAMAS dengan kerajaan Syria,Iran dan beberapa buah negara yg lain.Kebanyakan dana yang disalurkan kepada HAMAS digunakan bagi tujuan kebajikan.Sekolah,masjid,klinik,rumah anak-anak yatim serta aktiviti kebajikan dan sosial berjaya dikembangkan melalui dana itu.Maka tidak hairanlah HAMAS menjadi begitu popular dikalangan rakyat Palestin.Mungkin ada yang menyangka HAMAS mengguna dana yang disalurkan bagi tujuan membuat senjata.INI TIDAK BENAR!!!.HAMAS bersikap profesional.Apa yang disalurkan bagi kebajikan tidak akan disalahgunakan.Fakta ini dinafikan oleh Zionis dan menjadikan Khaled sebagai sasaran dengan menuduh Khaled bertanggungjawab mencari dana bagi keganasan.Pada tahun 1997,melalui agen Mossad,rejim melancarkan operasi membunuh Khaled di Amman.Dua orang agen mereka berjaya mengekori Khaled dan menyuntik telinga beliau dengan racun yang disediakan khas bagi membunuhnya.Walaupun beliau terkena suntikan itu,namun kedua-dua agen itu berjaya ditangkap oleh pegawai-pegawai peribadi Khaled.Mereka diserahkan kepada pihak berkuasa Mesir pada waktu itu.Pihak berkuasa Mesir mengaturkan program penyerahan kedua-dua agen itu kepada rejim Zionis dengan syarat.Antidot kepada racun Khaled dan juga pembebasan Syeikh Ahmad Yassin berserta 19 tahanan Palestin yang lain menjadi syaratnya.Pada zaman Raja Hussein,HAMAS masih lagi bebas bergerak di Jordan.Ibu pejabat HAMAS dibenarkan beroperasi di Amman dan Khaled menjadi ketuanya.Langit tidak selalunya cerah.Selepas kemangkatan Beliau,Raja Abdullah menaiki takhta.Raja Abdullah dikenali sebagai RAKAN BAIK AMERIKA SYRAIKAT DAN TEL AVIV.Beliau mengejutkan dunia dengan tindakan menutup pejabat HAMAS di Amman dan menghalau Khaled beserta pemimpin HAMAS yang lain keluar dari Jordan.Penganalisis politik bersepakat yang tindakan beliau itu adalah atas tekanan Tel aviv.Khaled Mesh'al,Musa Abu Marzouk,Ibrahim Ghousheh dan juga Izzat al-Rushuq antara pemimpin-pemimpin HAMAS yang dihalau keluar dari Jordan pada Ogos 1999.Khaled berhijrah ke Qatar atas tawaran Qatar sehingga tahun 2001.Selepas itu beliau berhijrah ke Syria dan menubuhkan ibu pejabat HAMAS di Damsyik menggantikan ibu pejabat mereka di Amman.Sekarang ini,Khaled masih lagi mengetuai Biro Politik HAMAS yang menjadi unit tertinggi dalam stuktur hierarki HAMAS.Selepas pembunuhan Syeikh Ahmad Yassien dan Dr Abdul Aziz al-Rantissi pada tahun 2004,Khaled menjadi tumpuan media.Namun beliau dikaitkan sebagai pemimpin teringgi HAMAS.Walaupun HAMAS merahsiakan senarai kepimpinan tertinggi mereka,penganalisis politik menjangkakan Khaled adalah tokoh yang paling layak bagi jawatan itu.Telahan penganalisis dan juga media bertambah kuat selepas kemenangan HAMAS dalam pilihan raya 2006.Oleh kerana pemimpin HAMAS yang lain sukar meninggalkan Gaza dan Tebing Barat,Khaled memainkan peranan menjadi DUTA RASMI HAMAS.


Dipetik dari Buku HAMAS Pejuang Kota Suci Baitulmuqaddis karangan Maszlee Malik 2009.

Sunday, May 31, 2009

الحب‮ ‬أغلي‮ ‬من‮ ‬الذهب


كتب دسوقي عمارة‮:

‬بسبب الحب‮.. ‬منحت طالبة جامعية مصوغاتها لحبيبها طالب الثانوي العام‮.. ‬وللتغطية علي اختفاء المصوغات اصابت نفسها بمطواة في جبهتها‮.. ‬وابلغت اللواء فاروق لاشين مدير الادارة العامة لمباحث القاهرة بأن لصا مسلحا اقتحم الشقة واصابها وسرق المصوغات‮.. ‬اكدت تحريات المقدم علاء فاروق رئيس مباحث الساحل كذب البلاغ‮.. ‬وبمواجهتها اعترفت انها مفتعلة الحادث للتغطية علي منح المصوغات لحبيبها ‮٧١ ‬سنة ليبيعها ويمنح ثمنها لصاحب معرض سيارات لسداد ديونه له‮.


Tahukah Anda?




Buraq lebih selesa daripada Mercedes Benz 600 SL.



Buraq merupakan sejenis binatang yang saiznya
panjang dan berwarna putih, lebih kecil daripada
Keldai, selangkah kakinya sejauh mata memandang.
Kelajuan dan kepantasan perjalanannya seperti kilat.
Apabila menaiki bukit, kaki belakangnya menjadi
panjang dan kaki depannya menjadi pendek dan
apabila menuruni curam, kaki depannya menjadi
panjang dan kaki belakangnya menjadi pendek.
Dua telinganya sentiasa bergerak-gerak dan ia
mempunyai dua sayap. Keadaan ini memberi
keselesaan kepada penunggangnya tidak bergegar
dan tidak bergoyang serta tidak terumbang ambing,
sekalipun perjalanannya amat jauh ia sentiasa
berada dalam keadaan nyaman.


Pengajaran



Siapa nak lebih selesa jual kereta Mercedes beli Buraq,
lagipun boleh jimat minyak dan tak payah bayar Road Tax.
Dekat mana nak dapatkan Buraq?
Senang je, baca kisah Isra' dan Mi'raj jumpalah nanti.
.....Selamat membaca buku sirah....

Tuesday, May 19, 2009

Guru Pembina Negara Bangsa

Assalamu'alaikum sebagai pembuka

Kepada cikgu kita

Ini hanya sekadar seloka

Janganlah pula simpan didada

Satu dua tiga empat

Lepas Darab kita bahagi

Cikgu senyum tak kira tempat

Tapi susah nak tengok gigi

Bila membaca mudah terlelap

Mengulangkaji sambil makan

Kalau ada salah dan silap

Harap cikgu maafkan

Ibu kucing kejar mengejar

Anak kucing tidak berbulu

Walau sudah tidak mengajar

Harap cikgu ingat selalu

Keluar kelas tergesa-gesa

Buat cikgu macam member

Guru pendidik Anak bangsa

Thank You Teacher

Bila berlanggar Patah gigi

Pandu kereta berhati-hati

Walau tidak mengajar lagi

Jauh dimata dekat dihati

Tv lama berbelang-belang

Nak marah remote melayang-layang

Cikgu baik bukan kepalang

Tulah yang kitaorang sayang

Pergi pasar beli laksa

Balik makan bawah pokok ru

Bila cikgu jaga periksa

Habis semua pelajar tak dapat meniru

Asyik berjalan disana-sini

Ajar pelajar yang kurang reti

Kalau ramai cikgu camni

Alamak jawabnya tak cukuplah Universiti

Keluar malam jumpa hantu

Lari menyorok dalam reban

Kalau nak makan nasi minyak tu

Kami kat sini jangan lupakan

Kau hadir bagaikan pelangi

Tak bersinar dan tidak menyeri

Tapi kami gembira sekali

Tak tergambar dengan hati

Hampir 3 bulan waktu bersamamu

Tak terasa saat yang berlalu

Kau hadir mencurahkan ilmu

Tanpa ada rasa jemu

Hadirmu tanpa diduga

Pergimu tanpa diminta

Ilmumu amat berguna

Untuk kami jadi berguna

Kau pergi meninggalkan pesan

Untuk kami jadikan dorongan

Waktu bersamamu jadi kenangan

Semoga ia kekal diingatan

Lompat si katak lompat

Lompatnya tinggi-tinggi

Masa berlalu begitu cepat

Berat hati nak lepaskan pergi

Tak sedar sampainya waktu

Tibanya saat kita berpisah

Kalau ada silap dan salah tu

Harap cikgu tak kisah

Kalau ada sumur diladang

Bolehkah kami menumpang mandi

Kalau ada umur yang panjang

Insya-Allah kitakan berjumpa lagi

Siapa pun anda, jika bukan seorang guru, tetap menjadi kakak atau abang yang seharusnya memberi nilai yang baik kepada adik-adik. Siapa pun anda, jika bukan seorang guru, tetap menjadi kawan yang sentiasa menegur dan melengkapi kawannya yang lain kerana percaya seorang kawan yang baik adalah kawan yang sentiasa mahukan yang terbaik untuk kawannya yang lain. MAKA Jadilah guru yang terbaik kepada sesiapa sahaja walaupun anda bukan seorang guru!
Terima kasih cikgu.

Monday, March 16, 2009

Kekanda Di Dapur Malaysia



Assalamualaikum untuk semua..Salam bersua kembali..kita bersama lagi dalam ruangan masakan.Kini kekanda berada di dapur Malaysia tau.Hari ini kekanda nak kongsi bersama pembaca-pembaca blog,resepi sambal Manthoppp kekanda...iaitu SAMBAL PETAYAK ..(PETAI+TEMPOYAK)...Selamat Mencuba!!


BAHAN-BAHAN :


1. 5 Papan Petai yang telah dibersihkan serta dibuang kulitnya
2. 50 sen Ikan Bilis yang telah dibersihkan dan dibelah dua
3. 1 Biji Bawang Besar
4. Sedikit Bawang Putih
5. Sehalai je Daun Kunyit
6. Beberapa Batang Lada Merah Secukup Pedas
7. 3 Sudu Besar Tempoyak


CARA :


1. Panaskan minyak.Hiris bawang bulat-bulat yer..racik halus-halus Daun Kunyit.Tumbuk sehingga lumat Bawang Putih dan Lada Merah.
2. Tumiskan Lada,Bawang Putih berserta Bawang Besar sehingga naik bau harumannya dan setelah itu masukkan Petai,Ikan Bilis dan juga Tempoyak.
3. Gaul sehingga rata dan selepas itu masukkan Daun Kunyit.
4. Akhir sekali masukkan garam,gula dan serbuk perasa secukupnya.
5. Masukkan kedalam bekas makanan kemudian diposkan ke GAZA untuk sahabat-sahabat kita disana( Jika Berminat)...Kalau tidak makan sendiri je..Jumpa Lagi!!

Thursday, February 5, 2009

Visa Di Airport.

Sedikit maklumat daripada penulis untuk kita kongsi bersama dalam ruangan ni mengenai visa.Kita sedia maklum proses-proses untuk mendapatkan visa belajar terutamanya bagi pelajar-pelajar di furu' (Cawangan) amat rumit dan memerlukan masa yang amat lama sekali sehinggakan berbulan-bulan.Penulis sempat bertemu dengan beberapa individu untuk menanyakan kenapa dan mengapa jadi sebegini rupa?jawapanya...sebelum sistem yang cerewet ini diperkenalkan,banyak kes-kes 'JENAYAH' yang telah dilakukan dan ianya melibatkan orang-orang asing di bumi mesir.Bermula dengan kes bunuh,rompak dan mengikuti gerakan 'IM' sahaja cukup membuatkan mabahis-mabahis (Agen Polis Rahsia Mesir) mula mencurigai serta mengekori gerakan orang asing amnya dan pelajar Malaysia khasnya. Persoalannya sekarang..Bagaimanakah sekiranya kita tiada visa pelajar tetapi mahu terbang pulang ke tanah air ataupun keluar dari negara mesir?.
Baru-baru ini penulis pulang ke tanah air tanpa memiliki sebarang cop ataupun tulisan yg membuktikan penulis ini pelajar dan Alhamdulillah penulis dapat pulang ke tanah air tanpa sebarang masaalah.Sudah pasti ianya pertolongan dari Allah.Walaubagaimanapun,penulis berusha utk melepaskan halangan diperingkat Jumruk (Imegresen) dengan satu cara yang boleh kita kongsi bersama seperti berikut:
1)Sekiranya tempoh kita sampai di mesir sehingga kita hendak keluar semula tidak lebih dari 2 minggu tempoh visa yg diberikan,itu tidak sama sekali akan menimbulkan masaalah melainkan kita berdepan dengan 'Pemakan Suap'
2)Sekiranya lebih dari tempoh 2 minggu dan kita berlepas terbang dari Mator Adim (Airport Lama)Insya allah tiada masaalah.Kajian ini hasil dari rakan-rakan yang pulang ke Malaysia.
3)Sekiranya seperti penulis lebih dari 2 minggu dan terbang dari Mator Gadid (Airport Baru)kita akan dipanggil masuk kedalam bilik kecil untuk di soal siasat.Jangan risau atau pun khawatir,kita hanya memerlukan Kad Kernih (Kad Pelajar) atau Kad dari kedutaan atau pun apa sahaja kad yang membuktikan kita pelajar. Selain dari itu juga kita juga perlu memberitahu kepada pihak jumruk bahawa kita masih menantikan proses untuk membuat iqamah hingga ke hari itu.Insya allah segala-galanya akan selesai.
Mudah-mudahan pengalaman ini boleh kita kongsi bersama.Penulis hanya sekadar menceritakan apa yang dilalui penulis.Sekiranya ada perubahan seperti yang tertera diatas..Ma'Lish Ya Am..