Thursday, August 6, 2009

Terciptanya Bubur Asyura 1998.


"Suhairi...ana mahu enta ngan geng-geng enta buat bubur asyura untuk sama-sama kita makan satu asrama..ana tak dapat tolong sebab ana ada hal"...(Pesan Warden yang kami cintai).Mataku terkebil-kebil..biar betul ustaz ni..mane lah aku reti buat?? kalau makan tu boleh ar..Aduss serabut dalam kepala otak ku ini memikirkan bagaimanakah rupa bubur yang aku ciptakan nanti??..kalau jadi bubur lagi kira Alhamdulillah ar..kalau jadi kek ke,kueh bulan ke ape plak aku nak menjawab..kalau budak-budak asrama ni tak kisah lagi tolak kayu,papan dengan besi katil pun jalan...siap terbayang-bayang kalau ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah yang bakal menikmati bubur ini ada yang termuntah sehingga keluar dari hidung dan telinga,ada yg dikejarkan ke hospital dengan menggunakan bas dan yang paling memalukan pelajar-pelajar pompuan mencemuh serta menjijikkan bubur ku ni.."bubur ke sampah sarap ni??.Tidak!!Aku tidak sanggup untuk berhadapan dengannya.

Satu perjumpaan tergempar di adakan setelah selesai sahaja aku berkhayal..beberapa rakan yang boleh diharapkan dapat aku kumpulkan."Ko tahu tak nak buat bubur asyura?".Masing-masing terkebil-kebil bagai memikirkan bubur asyura ni bukan dari spesis makanan."Aku tahu!"sahut seorang rakan yang bersemangat.Aku mula tersenyum dan gembira sambil menantikan respon darinya."Alah dia macam bubur putih tu tapi kaler je coklat sikit.Aku suka gile bubur tu.kat kampung aku tiap-tiap tahun tak penah miss buat..tapi aku tak tahu ar cane plak nak buat bubur tu".Rasa bagaikan ringan je kaki dan tangan untuk dihayunkan.Mujurlah sudah berakhir minggu orentasi pelajar."Gini je lah bie,mula-mula kita buat bubur putih,pastu kita bubuh ar anasir-anasir lain yang boleh membuatkan dia rasa cam bubur asyura",Sahut salah seorang daripada mereka."okay..baik..aku nak ape-ape yang akan terjadi nanti,kita sama-sama tanggungjawab..jangan sorang pun nak melarikan diri eh!".Tiba-tiba.."Bie nanti kalau dah siap kita main tukar-tukar nak ngan budak pompuan??".Abis bergema satu bilik tu dengan teriakan sorak gembira dan ketawa terbahak-bahak.

Bermulalah satu episod yang mengerikan selepas sahaja selesai solat zohor.Masing-masing bersemangat saling tolong-menolong,bantu-membantu sesama sendiri.Pelajar-pelajar di asrama punyalah ramai yang turut serta memeriahkan lagi episod tu.Rasa macam ada salah seorang daripadanya bekerja dalam syarikat penyiaran menyaksi dan merekodkan untuk siaran dikaca tv menjelang ramadhan nanti.Walaubagaimanapun,hanya orang-orang yang tertentu je yang diberi kuasa untuk pegang senduk besar dan bahan-bahan masakan itu sahaja.Pantang je salah seorang dari chef-chef yang terlantik menyuarakan.."wei..nak bubuh ni tak??"..Kami sebulat suara bersepakat..."BUBUH!!!"..sambil ketawa.Selesai sahaja solat asar,satu bubur telah selamat dengan jayanya dicipta.Tapi malangnya warna tidak melambangkan ianya bubur asyura dan agak pudar."Rasa ada,tapi rupa macam bubur nasi je bie?".Kata pakar perasa.Aku dengan selambanya.."Amin..ko pegi beli kicap!"Setelah sebotol besar kicap abis dituangkan kedalam bubur sambil ketawa terbahak-bahak yang tidak ada noktahnya dari awal lagi,Alhamdulillah,akhirnya tercipta lah 'Bubur Asyura'.Kami semua bersepakat tidak ada salah seorang dari kami yang tidak mengatakan itulah Bubur Asyura yang paling enak dan lazat diatas muka bumi ini.Sekarang tibalah masanya,Saat yang kami tunggukan,berdebar-debar rasanya untuk mengetahui apakah reaksi dari warden setelah menikmati satu mangkuk bubur kami.Pada masa itu,hanya tinggal kami sepasukan sahaja yang berada.Pelajar-pelajar lain sudah melarikan diri masing-masing."Mmmmmm..Sedap!!Boleh tahan gak bubur enta".Kami menarik nafas dengan lega.Bagaikan si pesalah terlepas dari hukuman pancung.Tatkala pada waktu malamnya,kami dan rakan-rakan yang lain sibuk mencuci periuk belanga sambil terhibur dengan persembahan yang telah kami cipta pada siangnya..datang seorang budak.."bie budak pompuan mintak resepi bubur kita!!.Hairan,pelik dan ajaib bagaimana bubur yang tidak mempunyai kaki boleh sampai kesana?.Sekali lagi kami ketawa terbahak-bahak yang cukup maksimum menyedari kemantapan sentuhan kami yang sangat cukup berbisa.Permintaan itu tidak kami hampakan.

Begitulah satu kisah penulis yang ingin dikongsi bersama sempena Nisfu Sya'ban pada hari ini.Satu kisah yang pada mulanya penuh dengan mimpi seram dan ngeri tetapi Alhamdulillah pada akhirnya terukir satu memori indah yang tidak dapat dilupakan.Terima kasih segalanya diucapkan kepada rakan-rakan yang terlibat dalam mengukir kenangan manis ini dan tidak lupa juga kepada Warden yang percaya sepenuhnya kepada kami tanpa menyoal siasat terlebih dahulu latar belakang kami.hehehehehe.Kesimpulannya,Tiada perkara yang mustahil boleh berlaku sekiranya ada kerjasama dari semua pihak serta percaya pada diri sendiri.Jumpa lagi.