Thursday, June 25, 2009

BOLA TAMPAR


Sejarah dan Perkembangan Bola Tampar.

Asal usul bola tampar telah mencetuskan perdebatan yang hangat. Walaupun asal usulnya tidak jelas, adalah dipercayai bahawa permainan yang hampir sama dengan bola tampar telah dimainkan beberapa ratus tahun dahulu di Amerika Tengah dan Selatan serta di Asia Tenggara. Howard Keith (1942) di dalam bukunya Sports and Games telah melaporkan bahawa bola tampar di Amerika telah diubahsuai daripada Fraust Ball yang diperkenalkan di Jerman pada tahun 1893. Begitu juga dengan permainan Minton yang dibawa ke Amerika oleh David McConnaughly Jr. pada tahun 1895. Kedua-dua jenis permainan tersebut mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan bola tampar Morgan. Walau bagaimanapun, Morgan tetap berpendirian bahawa beliaulah yang telah mencipta permainan bola tampar.Permainan bola tampar mula diperkenalkan pada tahun 1895 di Gimnasium Y.M.C.A., Springfields, Massachusettes, Amerika Syarikat oleh Prof.William J. Morgan (1870-1942) sebagai suatu permainan rekreasi. Morgan sebagai seorang pengarah fizikal telah dipertanggungjawabkan untuk mencipta suatu permainan rekreasi untuk sekumpulan lelaki yang enggan bermain bola keranjang. Pada peringkat mula, bola keranjang dipukul dengan tangan supaya ia sentiasa di udara. Kemudian jaring diletakkan di tengah dan beberapa peraturan diwujudkan. Jaring ditinggikan kepada tujuh kaki namun bermain dengan bola keranjang telah menyebabkan tangan pemain menjadi sakit kerana menahan beratnya. Morgan seterusnya telah meminta pertolongan syarikat Spalding untuk mencipta bola baharu yang dihasilkan dengan menggunakan kulit anak lembu. Sejak itu, permainan ini terus diminati dan diterima oleh Mesyuarat Pengarah Fizikal. Pada mulanya, bola tampar dikenali dengan nama Mintonette dan diubah kepada Volleyball oleh Prof H. T. Halstead pada tahun 1896.
Populariti bola tampar bermula pada tahun 1900 apabila Kanada menjadi negara pertama menerimanya dan kemudiannya diperkenalkan ke India pada tahun yang sama. Sukan bola Tampar terus berkembang apabila ia diperkenalkan ke Cuba (1905), China (1906), Jepun (1908), Puerto Rico(1909) dan Filipina (1910) sebelum ianya diperkenalkan ke Eropah.

Semasa Perang Dunia Pertama, tentera Amerika Syarikat memperkenalkan permainan bola tampar ke Eropah; Yogoslavia (1918), Czechoslovakia dan Poland (1919) serta Rusia (1922). Secara beransur-ansur permainan bola tampar telah berkembang daripada peringkat permainan berbentuk rekreasi kepada sukan yang dipertandingkan. Pada tahun 1934, usaha pertama menubuhkan persatuan antarabangsa dan komisi khas telah bermula. Pada tahun 1936, usaha diteruskan semasa Sukan Olimpik Berlin tetapi telah diganggu oleh Perang Dunia Kedua. Perkembangan tersebut telah menyebabkan banyak persatuan bola tampar ditubuhkan. Persatuan Bola Tampar Amerika Syarikat ditubuhkan pada tahun 1928 dan diikuti oleh Czechoslovakia, Poland, Rusia, Jepun dan Filipina. Perancis, Itali dan Belgium masingmasing telah menubuhkan persatuan bola tampar pada tahun 1936,1945 dan 1946. Pada tahun 1947, Federation Internasionale de Volleyball (FIVB), iaitu sebuah badan rasmi bola tampar dunia ditubuhkan dengan 14 ahli. Presiden pertama badan tersebut ialah Paul Libaud (Perancis) yang memegang jawatan selama 37 tahun.

Gambar sekadar hiasan

Tuesday, June 16, 2009

SEKILAS 58 TAHUN DAHULU


1951 - Komputer mula diperkenalkan kepada umum buat kali pertama secara komersialnya dalam demonstrasi di Philadelphi,Amerika Syarikat AlJahannam.Di kenali sebagai UNIVAC,komputer ini direka oleh Dr John W.Mauchly dan J.Prosper Eckert Jr hasil ubah suai daripada sistem komputer yang diguna pakai oleh tentera (AS).

Sunday, June 14, 2009

TRAGEDI BERDARAH

Masjid AlFurqan

Masjid adalah rumah Allah yang semestinya kita sebagai ummat Islam untuk menjaga dan memelihara keharmoniannya disamping melakukan ibadah.Tanggal 8 Jun 2009,sekali lagi maruah islam dicalar dan dihina dengan berlakunya kes pembunuhan beramai-ramai di Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan,Naratiwat Selatan Thailand tatkala jemaah sedang khusyu' menunaikan Solat Fardhu Isya'.Seramai 11 nyawa yang terkorban.Binatang,Keji,Babi dan tiada lagi istilah yang selayaknya untuk kita gelarkan kepada tindakan 'BACUL' pengganas-pengganas berbaju hitam dan bertopeng,sanggup membunuh tanpa menghiraukan nilai kemanusiaan dan kesucian Rumah Allah itu sendiri.Sesuatu yang cukup 'mustahil' ianya dilakukan oleh orang-orang luar kerana kawasan itu dikawal ketat dengan 10 sekatan jalan raya oleh anggota-anggota Polis dan Tentera yang berwajah bengis dan ganas.Setiap pengunjung-pengunjung dan penduduk setempat itu sendiri senantiasa diperhatikan gerak-geri dan melihat semua kenderaan yang keluar masuk dengan penuh curiga dan sangsi.


Kisah duka Rumah Allah yang dicemari dengan pertumpahan darah di selatan Thailand ini bagaikan satu tragedi yang pasti akan berulang.Ummat dan masyarakat Islam sentiasa dipersalahkan setiap kali berlaku keganasan tanpa ada sebarang penghakiman dan pembuktian yang adil oleh pihak berkuasa Thailand.Ini sudah cukup membuktikan ada pihak yang membakar hati-hati masyarakat Islam di wilayah itu kerana Bangkok sering kali mengetepikan siasatan hukuman dan keputusan mahkamah mengenai keterlibatan anggota-anggota keselamatan mereka.Apa yang bermain difikiran penduduk tempatan tentang kemarahan yang sengaja dicetuskan dan dimanipulasi oleh kumpulan-kumpulan rahsia seperti 'IBLIS' bagi melaga-lagakan hubungan antara Melayu Islam dan Sian Budhha.Terletak kira-kira 50 Km dari Sungai Golok yang mengambil masa antara sejam,penduduk-penduduk disitu ada yang berulang-alik ke Malaysia setiap hari untuk mencari rezeki seperti berniaga dan lain-lain lagi.Namun ianya sengaja dijadikan sangkaan dan andaian yang tidak berasas kononnya wujud gerakan bawah tanah yang memusuhi kerajaan Thailah malah segelintir besar dianggap menjadi tali barut kerajaan bagi memerangi tentera Thailand dan memusnahkan Orang-orang Siam Buddha. Benarkah Malaysia negara pengganas?


Episod serangan yang mengorbankan nyawa ummat Melayu Islam dan Siam Buddha berlarutan hampir sekurun lalu.Prasangka buruk terhadap Ummat Melayu Islam dirasakan paling buruk ketika Thailand dibawah pentadbiran Thaksin Shinawatra.Tragedi pembunuhan di Masjid AlFurqan baru-baru ini mengimbas kembali kekejaman yang sama di Masjid Kerisik,Pattani pada tahun 2004 yang mengorbankan seramai 32 orang.Tidak lupa juga konflik di Tai Bai yang mencalar kesucian Ramadhan pada tahun yang sama.Jika benar sekiranya ia didalangi oleh orang-orang Melayu Islam sendiri maka semestinya ia adalah satu tindakan yang bodoh dan dungu bagi mengejar matlamat yang masih kabur.Dihati kecil ummat Melayu Islam kuat mengatakan bahawa mereka mati secara terang-terangan dihujung senjata anggota-anggota keselamatan kerajaan Thailand kerana tidak ada kes-kes tertentu yang dicanangkan sebagai serangan balas Orang-orang Siam Buddha.

Persoalannya yang timbul,sampai bilakah helah yang mencetuskan kebencian ini hendak dimainkan?Apakah tidak cukup lagi 3000 orang angka korban hingga ke hari ini?Siapakah yang mampu menoktahkan semua ini?



Ditembak di kepala sewaktu menunaikan Solat Isya'


"Ya Allah,tunjukkanlah kebenaran mu dan bantulah mereka untuk mengurangkan kesengsaraan yang dialami demi menunjukkan bahawa Islam itu adalah agama mencintai keamanan dah kesejahteraan." ISLAM PASTI AKAN BANGKIT SEMULA!!!

Monday, June 1, 2009

KENALI MEREKA

KHALED MESH'AL

Beliau dilahirkan di perkampungan Silwad,berdekatan Ramallah pada 1956.Pada tahun 60-an,bapa beliau berpindah ke Kuwait bagi bekerja.Pada tahun 1967,apabila rejim Zionis menjajah Tebing Barat dan menghalau ramai rakyat Palestin dari sana,keluarga beliau berhijrah ke Kuwait bagi menyertai bapanya.Khaled juga turut membesar di sana.Semasa persekolahan lagi,beliau sudah menyertai program-program Islam dan juga program-program berkaitan isu Palestin.Pada tahun 1971,beliau menyertai Ikhwanul Muslimien Palestin yang menetap di Kuwait.Semasa berada di Universiti Kuwait,beliau terkenal sebagai aktivis pelajar Islam.Beliau menubuhkan pelajar,Barisan Kanan Islam.Beliau terlibat dalam pilihan raya mahasiswa dan menjadi wakil semasa menghabiskan pengajian dalam bidang fizik.Selepas berjaya menamatkan pengajian pada 1978,beliau memulakan karier sebagai guru fizik di sekolah-sekolah di Kuwait.Dalam tempoh itulah beliau terlibat dalam merekrut para pelajar supaya minat pada Islam dan cara hidup Islam.Sebagai guru yang berdidikasi,beliau disukai oleh para pelajar dan juga guru di sekolahnya.Pada tahun 1987,selepas HAMAS ditubuhkan oleh pada pemimpin IM di Ghaza,Khaled terpanggil supaya terlibat dalam perancangan jangka masa panjang mereka.Beliau diberi kepercayaan mengepalai HAMAS cawangan Kuwait.Beliau ditugaskan merekrut dan mempopularkan HAMAS dikalangan rakyat Palestin yang tinggal di sana.Atas usaha beliau,pengaruh HAMAS berkembang dengan drastik dikalangan mereka.Malangnya sokongan yang diberi Arafat kepada Saddam Hussein semasa Perang Teluk pertama 1990 memusnahkan segala usahanya.Rakyat Palestin yang tinggal di Kuwait dihalau keluar.Kebanyakan dari mereka berjihrah ke Jordan.Bilangan rakyat Palestin di Jordan membentuk 60 peratus daripada bilangan keseluruhan rakyat Jordan.Di Jordan Khaled ditugaskan mengetuai HAMAS cawangan Jordan.Beliau dipertanggungjawabkan mengurus kutipan dana antarabangsa bagi pergerakan itu.Pada masa itu beliau juga aktif menjalinkan hubungan antara gerakan HAMAS dengan kerajaan Syria,Iran dan beberapa buah negara yg lain.Kebanyakan dana yang disalurkan kepada HAMAS digunakan bagi tujuan kebajikan.Sekolah,masjid,klinik,rumah anak-anak yatim serta aktiviti kebajikan dan sosial berjaya dikembangkan melalui dana itu.Maka tidak hairanlah HAMAS menjadi begitu popular dikalangan rakyat Palestin.Mungkin ada yang menyangka HAMAS mengguna dana yang disalurkan bagi tujuan membuat senjata.INI TIDAK BENAR!!!.HAMAS bersikap profesional.Apa yang disalurkan bagi kebajikan tidak akan disalahgunakan.Fakta ini dinafikan oleh Zionis dan menjadikan Khaled sebagai sasaran dengan menuduh Khaled bertanggungjawab mencari dana bagi keganasan.Pada tahun 1997,melalui agen Mossad,rejim melancarkan operasi membunuh Khaled di Amman.Dua orang agen mereka berjaya mengekori Khaled dan menyuntik telinga beliau dengan racun yang disediakan khas bagi membunuhnya.Walaupun beliau terkena suntikan itu,namun kedua-dua agen itu berjaya ditangkap oleh pegawai-pegawai peribadi Khaled.Mereka diserahkan kepada pihak berkuasa Mesir pada waktu itu.Pihak berkuasa Mesir mengaturkan program penyerahan kedua-dua agen itu kepada rejim Zionis dengan syarat.Antidot kepada racun Khaled dan juga pembebasan Syeikh Ahmad Yassin berserta 19 tahanan Palestin yang lain menjadi syaratnya.Pada zaman Raja Hussein,HAMAS masih lagi bebas bergerak di Jordan.Ibu pejabat HAMAS dibenarkan beroperasi di Amman dan Khaled menjadi ketuanya.Langit tidak selalunya cerah.Selepas kemangkatan Beliau,Raja Abdullah menaiki takhta.Raja Abdullah dikenali sebagai RAKAN BAIK AMERIKA SYRAIKAT DAN TEL AVIV.Beliau mengejutkan dunia dengan tindakan menutup pejabat HAMAS di Amman dan menghalau Khaled beserta pemimpin HAMAS yang lain keluar dari Jordan.Penganalisis politik bersepakat yang tindakan beliau itu adalah atas tekanan Tel aviv.Khaled Mesh'al,Musa Abu Marzouk,Ibrahim Ghousheh dan juga Izzat al-Rushuq antara pemimpin-pemimpin HAMAS yang dihalau keluar dari Jordan pada Ogos 1999.Khaled berhijrah ke Qatar atas tawaran Qatar sehingga tahun 2001.Selepas itu beliau berhijrah ke Syria dan menubuhkan ibu pejabat HAMAS di Damsyik menggantikan ibu pejabat mereka di Amman.Sekarang ini,Khaled masih lagi mengetuai Biro Politik HAMAS yang menjadi unit tertinggi dalam stuktur hierarki HAMAS.Selepas pembunuhan Syeikh Ahmad Yassien dan Dr Abdul Aziz al-Rantissi pada tahun 2004,Khaled menjadi tumpuan media.Namun beliau dikaitkan sebagai pemimpin teringgi HAMAS.Walaupun HAMAS merahsiakan senarai kepimpinan tertinggi mereka,penganalisis politik menjangkakan Khaled adalah tokoh yang paling layak bagi jawatan itu.Telahan penganalisis dan juga media bertambah kuat selepas kemenangan HAMAS dalam pilihan raya 2006.Oleh kerana pemimpin HAMAS yang lain sukar meninggalkan Gaza dan Tebing Barat,Khaled memainkan peranan menjadi DUTA RASMI HAMAS.


Dipetik dari Buku HAMAS Pejuang Kota Suci Baitulmuqaddis karangan Maszlee Malik 2009.