Monday, December 21, 2009

CORETAN MEMORI KU DISINI




Blue Lagoon Resort,Teluk Kemang Port Dickson.

9-11 Desember 2009.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan yang maha kuasa pentadbir seluruh alam dan isinya.Selawat serta salam buat junjungan mulia Rasullullah s.a.w serta sahabat-sahabatnya.
Alhamdulillah akhirnya aku sekeluarga dapat menjejakkan kaki buat kali kedua bersama-sama disini.Satu tempat yang penuh dengan memori manis dan penuh pengharapan ianya akan berulang kembali.Namun kuasa Allah membatasi segalanya.Segala kenangan yang pernah tertulis disini tidak akan berulang lagi dan meninggalkan satu impak yang cukup besar.Disini segala-galanya tercipta.

Tibanya kami disini seperti biasa budak-budak kecik ni sibuk menempah bilik."baby nak tido sini dengan mama"..."Aku ngan abg tido bilik ni..satu lagi bilik kasi mak dan ayah"...Aku??? tido mane??.."cam biasalah ko bujang lagi..tido ruang tamu sambil-sambil tu jadi guard tengok-tengokkan umah ni..."..Hai beginilah nasib,diriku yang malang oh Tuhan..heheheh..tapi aku percaya tido malamku meriah sebab anak-anak saudaraku pasti menemanku.Emak tengah sibuk mengemas dan bersiap-siap didapur untuk menyediakan santapan tengah hari.Hatiku tersentak melihat emak sambil melenangkan air mata didapur kerana teringatkan abang sewaktu dahulu pernah bersama-sama.Rasanya semuanya berlalu terlalu pantas.Aku terus masuk kedapur untuk memecahkan suasana sedih sambil-sambil menyapa emak."Mak nak masak ape hari ni??Kalau pekena asam pedas ni ngan sambal petai mesti wangi je bilik air" emak tersenyum sambil mengeringkan air mata.

Satu ketika dulu,pantai ini menjadi kenangan.Kami berkumpul sekeluarga.Gelak dan tawa bersama-sama.berlari-lari ditepian pantai,bermain bola bersama,bergambar,usik mengusik,bergurau senda dan hampir kesemuanya aktiviti-aktiviti kami habiskan bersama-sama.Emak dan kakak-kakak bergotong royong masak didapur bersama,ayah dan 'ABANG'-abang sibuk ke pasar mencari juadah untuk kami bersama dan aku sibuk melayan karenah-karenah anak-anak saudara.Sekarang,tetap kami melakukan benda yang sama,tapi tanpa ABANG,kami merasakan bagaikan ada yang tak kena seperti ada sahaja yang memperhatikan tetapi tidak dapat dilihat dengan kaca mata.

Menginap disini memang cukup best sekali.Mana taknya semua kemudahan-kemudahan telah disediakan dengan cukup sekali.Bagaikan Raja yang sedang mengabiskan cuti.Tempat dikawal rapi oleh si penjaga resort.Rumah mewah bagaikan muzium ni pun lengkap dengan penghawa dingin,air panas,tempat barbecue dan paling seronok tu ada astro! boleh layan cerita-cerita arab..Wa Hisytini Ya Masr..almaklum la kat umah kota tinggi tak pasang astro sebab siaran tv penuh dengan rangkaian Malaysia,Singapura dan Indonesia..Waduh2 Gratis semuanya buk!!.Pagi-pagi je Pak Uda!!!..jom lah gi mandi...Agenda pagi melayan anak-anak saudara yang pompuannya mandi swimming pool..Tengah hari sikit air laut plak pasang..melayan yang hero-hero plak mandi laut sampai ke Zohor.Agak-agak perut dan terasa lapar naik..balik umah makanan tengah hari telah siap dihidangkan oleh pelayan-pelayan yang berkelas ANTARABANGSA..heheheh..Abis..tidak ku sanggkakan kulitku telah bertukar menjadi Warga Bangladesh..tidak..tidak..

Setelah selesai je solat asar,waktu bersama sekeluarga ditepi pantai.Si kecil sibuk membuat istana pasir.Hero-hero sibuk bergurau senda bersama pelampung-pelampung yang disewa manakala mak dan ayah hanya tersenyum melihat gelagat-gelagat cucu-cucu bermain.Menjelang malam pula kami dihidangkan dengan makanan-makanan 'barbecue'.Mujurlah tepi pantai ni angin kuat..jadi tak payahlah sangat nak berkipas.Hanya pastikan makanan-makanan di panggang dan dibakar sebaiknya.Well Done!

Begitulah rutin harian ku selama 3 hari disini.Tambahan lagi kami didatangi oleh tetamu yang istimewa dari kampung..Mak itam dan anak-anaknya.Semakin meriah dan menghiburkan sehinggakan kadang kala kami dapat melupakan sedikit demi sedikit kenangan-kenangan yang manis dahulunye pernah kami lalui bersama 'ABANG'namun kenangan bersama mu tetap kami ingat sampai bila-bila kerana pergimu tiada pengganti.Semoga coretanku kali ini menjadi satu sinar dan harapan ianya akan berulang lagi disini..mungkin aku akan datang lagi dengan "Keluarga ku Sendiri"..heheheh..dan aku yakin keluarga ini akan tetap bersama lagi disini walaupun yang datang dan pergi silih berganti...Love U All So Much...MUahhh!

Thursday, December 3, 2009

MAKA BERMULALAH EPISOD-EPISOD KEHIDUPAN

Lumrahnya tatkala kaki di bumi malaysia,pelbagai rancangan yang telah disusun untuk menentukan hala hidup dimasa akan datang.Dengan berbekalkan segulung ijazah dan pengalaman yang masih muda,kita perlu mencari satu kekuatan untuk bergerak saing dengan yang lain.Usia semakin meningkat,masa berlalu begitu pantas.Sekiranya lambat bergerak dan bertindak kita akan terus terleka.

KERJAYA.
Tidak dinafikan setiap manusia mempunyai angan-angan dan cita-cita dalam hidup.Tiada manusia yang tidak inginkan keselesaan dan kebahagian disamping mengecapi matlamat hidup serta membahagiakan kedua orang tuanya.Mustahil sekiranya kita menjadikan alasan tiada peluang pekerjaan yang serasi sedangkan jika kita lihat berduyun-duyun pekerja asing yang masuk ke negara kita mencari pekerjaan dengan bebasnya.Pada pendapat penulis pilihlah apa jua bidang pekerjaan sekalipun asalkan ianya halal dan dapat memanfaatkan segala ilmu yang kita telah pelajari.Usahlah terlalu memikirkan kata orang lain yang senantiasa menuding jari.Jadilah seorang manusia yang seperti hujan..membasahi tanah yang gersang..menghidupkan pepohon yang mati dan membekalkan air sungai-sungai yang jernih.Usahlah hanya mementingkan dunia semata-mata sehinggakan maruah digadai dan agama boleh dijual beli seperti hujan yang yang tidak putus-putus turun,bisa merosakkan dan mengorbankan isi alam sepenuhya.Nauzubillah Min Zalik..
KEBAHAGIAN ORANG TUA.
Mereka telah banyak berkorban demi membesarkan anak-anak sehingga berjaya didalam hidup.Anak adalah segala-galanya dimata mereka.Tanpa seorang anak,manusia itu masih dilabelkan fakir dan miskin walaupun hartanya berjuta-juta ringgit!.Sekiranya Mati seorang anak Adam tu,tinggallah segala harta-harta yang dikumpulkannya melainkan tiga perkara dan salah satu darinya anak yang soleh yang mendoakannya.Kita harus bijak untuk mengatur masa depan kita tanpa mengguriskan hati perasaan ibu bapa kita.Setitik air susu yang kita minum,tidak menyamai nilai dengan kita mendukung ibu selama 3 tahun mengelilingi ka'bah di Baitullah.Usahlah kita membiarkan air mata mereka menitis kerana sedih dan kecewa tetapi menitis kerana gembira dan bangga terhadap anaknya.Ibu dan Ayah..kaulah segala-galanya.
KAHWIN.
Penulis sangat berbesar hati ketika berhimpun bersama-sama sanak saudara di Hari Raya AidilAdha,dikalangan mereka tak putus-putus meng 'rekemen'kan calon-calon untuk dijadikan teman hidup."Alah..ko kawan-kawan je dulu..kenal hati budi"...ada yang "makcik kenal budak ni..penah datang sini..tak sombong,baik dan hormat orang tua"..hehehehe..kadang-kadang tak boleh tahan,tergelak gak kat situ.Yang lagi kelakar tu.."budak ni kan walaupun anak orang kaya..baik sangat-sangat..mak teh buat sambal belacan tumbuk pun di makan tau!!!..."mungkin dia lapar sangat kot"..sahut aku.Semua tergelak besar.Apa-apa pun aku mengucapkan jutaan terima kasih diatas keperihatinan makcik-makcik.Uhibbukum Hubban Jamman!!!

Kawin ni bukan main pondok-pondok.Sampai je waktu tengah hari.."Helmi!!! sudah lah tu main..balik umah makan tengah hari!!!...masa kecik-kecik dulu.Banyak lagi hadaf yang perlu dicari dan kejar sebelum bersiap sedia ke arah itu.Kalau dah jodoh tak kemana kan?.Cumanya persiap dan perkemaskan diri sebelum kearah tu untuk membentuk satu institusi kekeluargaan yang berpaksikan islam bagi menjamin kebahagian didunia dan akhirat kelak.Amin Ya Rabb!

Sekian dahulu nukilan pada hari ini,coretan ini semata-mata untuk diri penulis ini sendiri supaya tidak terus alpa dengan ranjau kehidupan di hari-hari mendatang.Doakan si penulis terus berjaya dalam mengejar cita-cita.Wassalam.