Monday, February 20, 2012

Sekadar Renungan....

GILA KUASAAAA...satu ungkapan yang acapkali kita dengar dan benci sebencinya dengan ungkapan itu.Tetapi itulah hakikat dan realitinya,jika seseorang mempunyai kuasa..dengan akal yang singkat serta ilmu yang cetek..seseorang itu akan bertindak dengan nafsunya dan dendam yang cukup mendalam untuk menetapkan satu keputusan yang bodoh.Lebih menyedihkan lagi latar belakang agama hanya sekadar topeng untuk menganggap sesuatu keputusan yang dibuat betul dan benar.Penulis terpanggil untuk membuat coretan ini berdasarkan amatan dan PENGALAMAN sendiri.Kadang-kadang sedar atau tidak setiap tindakan seseorang tu bukan menunjukkan profesionalnya tetapi menunjukkan kebodohannya mereka sendiri.Jadilah seperti padi di bendang..semakin banyak isinya semakin tunduk bukan seperti lalang yang akur ditiup angin dan riak serta takabur meninggi ketika membesar sedangkan tidak ada gunanya hanya sekadar memenuhi ruang yang kering dan tandus.
MENGAPA di zaman yang millenium,canggih dan moden ini masih ada lagi individu seperti ini??sedangkan perkara yang sama pernah berlaku di zaman jahilliyah yang mana satu zaman kuasa penentu segalanya.Mereka lupa ada satu kuasa yang lebih berkuasa dari mereka.Adakah mereka ini pewaris jahilliyah sedangkan mereka tahu membaca alquraan,tafsir dan hukum hakam agama.Sepotong ayat yang ingin penulis berkongsi dan bersesuain dengan topik kita pada kali ini,Firman Dari Allah AzzaWajalla..Surah Al-Baqarah Ayat 10

فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَهُمُ اللهُ مَرَضًا وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ

" DALAM HATI MEREKA ADA PENYAKIT,LALU ALLAH MENAMBAH PENYAKIT ITU,DAN MEREKA MENDAPAT AZAB YANG PEDIH DENGAN APA YANG MEREKA DUSTAKAN "

Ayat ini memang bersesuaian jika kita kaitkan dengan hati manusia.Dengan hati yang kotor lahir lah sifat yang jijik seperti hasad,dengki,dendam dan sebagainya.Golongan seperi ini lah yang senantiasa memikirkan perancangan hari esok untuk menunjukkan betapa bodoh dan dunggunya mereka dengan kuasa yang mereka ada.Mereka juga tidak akan teragak-agak menggunakan kuasa yang ada sekiranya hadaf dan matlamat mereka tidak tercapai.Sedarlah wahai sahabat,masih ada ruang dan peluang untuk kita memperbetulkan kesilapan kita.Sesungguhnya kuasa yang ada ini tidak langsung memberi manfaat kepada kita bahkan satu hari ini akan menghancurkan diri kita sendiri.Bertindaklah mengikut kewarasan pemikiran sebagai seorang pejuang yang berpaksikan pada agama,bukan kerana kepentingan duniawi semata-mata.Biarlah kita menjadi miskin didunia asalkan kita akan kaya dan terselamat di akhirat kelak.Kebenaran itu pasti akan terbongkar satu hari nanti bagi melenyapkan segala kebatilan yang ada.Semoga nukilan ini bermanfaat dan menjadi pengajaran serta ingatan buat penulis ini sendiri dan mereka-mereka yang membacanya.Mudah-mudahan Allah akan memberi kita rahmat dan kesedaran kepada kita dalam mencari keredhaannya.Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa terhadap setiap makhluk ciptaanya.Wallahu A'lam Minna.Semoga berjumpa lagi di coretan akan datang.Wassalam.

Friday, February 10, 2012

Selamat Bersua Kembali Setelah Sekian Lama Menyepi!!!!!


Assalamualaikum serta Salam Sejahtera kepada peminat-peminat setia blog ku ini.Terlebih dahulu penulis meminta maaf kerana setelah sekian lama menyepi tanpa khabar berita.Jauh disudut hati ini ingin mengasingkan diri apetah lagi kering dengan idea-idea untuk berkongsi bersama,tetapi penulis benar-benar tidak berkesempatan untuk menulis.Apa-apa pun sekarang penulis telah kembali seperti dahulu tampil menyumbang beberapa nukilan utk tatapan bersama.
Sekarang penulis tengah menghitung hari untuk meninggalkan sekolah dimana tempat pertama penulis kenal erti pendidik.banyak sejarah-sejarah yang pernah diukir.Suka dan duka selama 2 tahun tidak akan dilupakan.Terutama pada anak-anak murid yang cukup memberi satu perasaan sayang yang tidak terhingga.Tawa riang,gelak ketawa serta menangis merupakan satu impak yang cukup ternilai harganya.Semakin dekat tarikh terakhir bertugas,semakin berat rasanya inggin meninggalkannya dan semakin mesra anak-anak murid bersama penulis.
Ustaz nak benti eh??? kenapa?? tak sayang kat kita ker?? Saya akan rindu pada ustaz..Ya Allah..cukup mendalam ungkapan itu.Seperti ingin mengalirkan air mata.Tak sampai hati melihat riak wajah yang sedih mereka.Ustaz bukan tak sayangkan kamu semua..tapi ustaz pergi mengejar cita-cita ustaz yang semakin hampir..ustaz nak sambung belajar...ohhhh..ye ker??nanti kitaorang doakan kat ustaz dapat 5 A eh...eheheheh...dalam hati( Bila plak aku nak repeat UPSR ni ) sambil tersenyum menahan gelak ketawa.....kadang-kadang penulis menganggap mereka semua seperti anak sendiri..sehari tak berjumpa rasakan tidak ada kegembiraan dalam hidup sebagai seorang pendidik.Tambahan lagi tahun ni penulis menjadi guru kelas darjah 1 Harmoni.Ada yang memanggil PAPA...AYAH...DADDY..
Setiap manusia tidak inginkan perpisahan.Lebih-lebih lagi bersama insan yang di sayangi dan dicintai.Percayalah sesungguhnya USTAZ...PAPA...AYAH...DADDY...bukan pergi menghilang untuk membuatkan kamu semua sedih dan duka..tetapi demi mengejar cita-cita yang semakin hampir.Ingatan doa dan harapan meninggi supaya menjadi anak-anak yang soleh dan solehah kepada semua anak-anak murid.Penulis tidak akan sekali melupakan nama-nama mereka kerana sudah terpahat nama-nama mereka didalam hati ini.Janganlah diucapkan "Selamat Tinggal" tetapi ucaplah "Semoga Berjumpa Lagi"..I'am Always remember our sweet memories coz I'am Falling in love with YOU........Penulis akan merindui kamu semua.....Terima Kasih Murid-murid AdDarissssssss.......(2010-2012).