Sunday, May 31, 2009

Tahukah Anda?




Buraq lebih selesa daripada Mercedes Benz 600 SL.



Buraq merupakan sejenis binatang yang saiznya
panjang dan berwarna putih, lebih kecil daripada
Keldai, selangkah kakinya sejauh mata memandang.
Kelajuan dan kepantasan perjalanannya seperti kilat.
Apabila menaiki bukit, kaki belakangnya menjadi
panjang dan kaki depannya menjadi pendek dan
apabila menuruni curam, kaki depannya menjadi
panjang dan kaki belakangnya menjadi pendek.
Dua telinganya sentiasa bergerak-gerak dan ia
mempunyai dua sayap. Keadaan ini memberi
keselesaan kepada penunggangnya tidak bergegar
dan tidak bergoyang serta tidak terumbang ambing,
sekalipun perjalanannya amat jauh ia sentiasa
berada dalam keadaan nyaman.


Pengajaran



Siapa nak lebih selesa jual kereta Mercedes beli Buraq,
lagipun boleh jimat minyak dan tak payah bayar Road Tax.
Dekat mana nak dapatkan Buraq?
Senang je, baca kisah Isra' dan Mi'raj jumpalah nanti.
.....Selamat membaca buku sirah....

Tuesday, May 19, 2009

Guru Pembina Negara Bangsa

Assalamu'alaikum sebagai pembuka

Kepada cikgu kita

Ini hanya sekadar seloka

Janganlah pula simpan didada

Satu dua tiga empat

Lepas Darab kita bahagi

Cikgu senyum tak kira tempat

Tapi susah nak tengok gigi

Bila membaca mudah terlelap

Mengulangkaji sambil makan

Kalau ada salah dan silap

Harap cikgu maafkan

Ibu kucing kejar mengejar

Anak kucing tidak berbulu

Walau sudah tidak mengajar

Harap cikgu ingat selalu

Keluar kelas tergesa-gesa

Buat cikgu macam member

Guru pendidik Anak bangsa

Thank You Teacher

Bila berlanggar Patah gigi

Pandu kereta berhati-hati

Walau tidak mengajar lagi

Jauh dimata dekat dihati

Tv lama berbelang-belang

Nak marah remote melayang-layang

Cikgu baik bukan kepalang

Tulah yang kitaorang sayang

Pergi pasar beli laksa

Balik makan bawah pokok ru

Bila cikgu jaga periksa

Habis semua pelajar tak dapat meniru

Asyik berjalan disana-sini

Ajar pelajar yang kurang reti

Kalau ramai cikgu camni

Alamak jawabnya tak cukuplah Universiti

Keluar malam jumpa hantu

Lari menyorok dalam reban

Kalau nak makan nasi minyak tu

Kami kat sini jangan lupakan

Kau hadir bagaikan pelangi

Tak bersinar dan tidak menyeri

Tapi kami gembira sekali

Tak tergambar dengan hati

Hampir 3 bulan waktu bersamamu

Tak terasa saat yang berlalu

Kau hadir mencurahkan ilmu

Tanpa ada rasa jemu

Hadirmu tanpa diduga

Pergimu tanpa diminta

Ilmumu amat berguna

Untuk kami jadi berguna

Kau pergi meninggalkan pesan

Untuk kami jadikan dorongan

Waktu bersamamu jadi kenangan

Semoga ia kekal diingatan

Lompat si katak lompat

Lompatnya tinggi-tinggi

Masa berlalu begitu cepat

Berat hati nak lepaskan pergi

Tak sedar sampainya waktu

Tibanya saat kita berpisah

Kalau ada silap dan salah tu

Harap cikgu tak kisah

Kalau ada sumur diladang

Bolehkah kami menumpang mandi

Kalau ada umur yang panjang

Insya-Allah kitakan berjumpa lagi

Siapa pun anda, jika bukan seorang guru, tetap menjadi kakak atau abang yang seharusnya memberi nilai yang baik kepada adik-adik. Siapa pun anda, jika bukan seorang guru, tetap menjadi kawan yang sentiasa menegur dan melengkapi kawannya yang lain kerana percaya seorang kawan yang baik adalah kawan yang sentiasa mahukan yang terbaik untuk kawannya yang lain. MAKA Jadilah guru yang terbaik kepada sesiapa sahaja walaupun anda bukan seorang guru!
Terima kasih cikgu.

Monday, March 16, 2009

Kekanda Di Dapur Malaysia



Assalamualaikum untuk semua..Salam bersua kembali..kita bersama lagi dalam ruangan masakan.Kini kekanda berada di dapur Malaysia tau.Hari ini kekanda nak kongsi bersama pembaca-pembaca blog,resepi sambal Manthoppp kekanda...iaitu SAMBAL PETAYAK ..(PETAI+TEMPOYAK)...Selamat Mencuba!!


BAHAN-BAHAN :


1. 5 Papan Petai yang telah dibersihkan serta dibuang kulitnya
2. 50 sen Ikan Bilis yang telah dibersihkan dan dibelah dua
3. 1 Biji Bawang Besar
4. Sedikit Bawang Putih
5. Sehalai je Daun Kunyit
6. Beberapa Batang Lada Merah Secukup Pedas
7. 3 Sudu Besar Tempoyak


CARA :


1. Panaskan minyak.Hiris bawang bulat-bulat yer..racik halus-halus Daun Kunyit.Tumbuk sehingga lumat Bawang Putih dan Lada Merah.
2. Tumiskan Lada,Bawang Putih berserta Bawang Besar sehingga naik bau harumannya dan setelah itu masukkan Petai,Ikan Bilis dan juga Tempoyak.
3. Gaul sehingga rata dan selepas itu masukkan Daun Kunyit.
4. Akhir sekali masukkan garam,gula dan serbuk perasa secukupnya.
5. Masukkan kedalam bekas makanan kemudian diposkan ke GAZA untuk sahabat-sahabat kita disana( Jika Berminat)...Kalau tidak makan sendiri je..Jumpa Lagi!!

Thursday, February 5, 2009

Visa Di Airport.

Sedikit maklumat daripada penulis untuk kita kongsi bersama dalam ruangan ni mengenai visa.Kita sedia maklum proses-proses untuk mendapatkan visa belajar terutamanya bagi pelajar-pelajar di furu' (Cawangan) amat rumit dan memerlukan masa yang amat lama sekali sehinggakan berbulan-bulan.Penulis sempat bertemu dengan beberapa individu untuk menanyakan kenapa dan mengapa jadi sebegini rupa?jawapanya...sebelum sistem yang cerewet ini diperkenalkan,banyak kes-kes 'JENAYAH' yang telah dilakukan dan ianya melibatkan orang-orang asing di bumi mesir.Bermula dengan kes bunuh,rompak dan mengikuti gerakan 'IM' sahaja cukup membuatkan mabahis-mabahis (Agen Polis Rahsia Mesir) mula mencurigai serta mengekori gerakan orang asing amnya dan pelajar Malaysia khasnya. Persoalannya sekarang..Bagaimanakah sekiranya kita tiada visa pelajar tetapi mahu terbang pulang ke tanah air ataupun keluar dari negara mesir?.
Baru-baru ini penulis pulang ke tanah air tanpa memiliki sebarang cop ataupun tulisan yg membuktikan penulis ini pelajar dan Alhamdulillah penulis dapat pulang ke tanah air tanpa sebarang masaalah.Sudah pasti ianya pertolongan dari Allah.Walaubagaimanapun,penulis berusha utk melepaskan halangan diperingkat Jumruk (Imegresen) dengan satu cara yang boleh kita kongsi bersama seperti berikut:
1)Sekiranya tempoh kita sampai di mesir sehingga kita hendak keluar semula tidak lebih dari 2 minggu tempoh visa yg diberikan,itu tidak sama sekali akan menimbulkan masaalah melainkan kita berdepan dengan 'Pemakan Suap'
2)Sekiranya lebih dari tempoh 2 minggu dan kita berlepas terbang dari Mator Adim (Airport Lama)Insya allah tiada masaalah.Kajian ini hasil dari rakan-rakan yang pulang ke Malaysia.
3)Sekiranya seperti penulis lebih dari 2 minggu dan terbang dari Mator Gadid (Airport Baru)kita akan dipanggil masuk kedalam bilik kecil untuk di soal siasat.Jangan risau atau pun khawatir,kita hanya memerlukan Kad Kernih (Kad Pelajar) atau Kad dari kedutaan atau pun apa sahaja kad yang membuktikan kita pelajar. Selain dari itu juga kita juga perlu memberitahu kepada pihak jumruk bahawa kita masih menantikan proses untuk membuat iqamah hingga ke hari itu.Insya allah segala-galanya akan selesai.
Mudah-mudahan pengalaman ini boleh kita kongsi bersama.Penulis hanya sekadar menceritakan apa yang dilalui penulis.Sekiranya ada perubahan seperti yang tertera diatas..Ma'Lish Ya Am..