Monday, December 21, 2009

CORETAN MEMORI KU DISINI




Blue Lagoon Resort,Teluk Kemang Port Dickson.

9-11 Desember 2009.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan yang maha kuasa pentadbir seluruh alam dan isinya.Selawat serta salam buat junjungan mulia Rasullullah s.a.w serta sahabat-sahabatnya.
Alhamdulillah akhirnya aku sekeluarga dapat menjejakkan kaki buat kali kedua bersama-sama disini.Satu tempat yang penuh dengan memori manis dan penuh pengharapan ianya akan berulang kembali.Namun kuasa Allah membatasi segalanya.Segala kenangan yang pernah tertulis disini tidak akan berulang lagi dan meninggalkan satu impak yang cukup besar.Disini segala-galanya tercipta.

Tibanya kami disini seperti biasa budak-budak kecik ni sibuk menempah bilik."baby nak tido sini dengan mama"..."Aku ngan abg tido bilik ni..satu lagi bilik kasi mak dan ayah"...Aku??? tido mane??.."cam biasalah ko bujang lagi..tido ruang tamu sambil-sambil tu jadi guard tengok-tengokkan umah ni..."..Hai beginilah nasib,diriku yang malang oh Tuhan..heheheh..tapi aku percaya tido malamku meriah sebab anak-anak saudaraku pasti menemanku.Emak tengah sibuk mengemas dan bersiap-siap didapur untuk menyediakan santapan tengah hari.Hatiku tersentak melihat emak sambil melenangkan air mata didapur kerana teringatkan abang sewaktu dahulu pernah bersama-sama.Rasanya semuanya berlalu terlalu pantas.Aku terus masuk kedapur untuk memecahkan suasana sedih sambil-sambil menyapa emak."Mak nak masak ape hari ni??Kalau pekena asam pedas ni ngan sambal petai mesti wangi je bilik air" emak tersenyum sambil mengeringkan air mata.

Satu ketika dulu,pantai ini menjadi kenangan.Kami berkumpul sekeluarga.Gelak dan tawa bersama-sama.berlari-lari ditepian pantai,bermain bola bersama,bergambar,usik mengusik,bergurau senda dan hampir kesemuanya aktiviti-aktiviti kami habiskan bersama-sama.Emak dan kakak-kakak bergotong royong masak didapur bersama,ayah dan 'ABANG'-abang sibuk ke pasar mencari juadah untuk kami bersama dan aku sibuk melayan karenah-karenah anak-anak saudara.Sekarang,tetap kami melakukan benda yang sama,tapi tanpa ABANG,kami merasakan bagaikan ada yang tak kena seperti ada sahaja yang memperhatikan tetapi tidak dapat dilihat dengan kaca mata.

Menginap disini memang cukup best sekali.Mana taknya semua kemudahan-kemudahan telah disediakan dengan cukup sekali.Bagaikan Raja yang sedang mengabiskan cuti.Tempat dikawal rapi oleh si penjaga resort.Rumah mewah bagaikan muzium ni pun lengkap dengan penghawa dingin,air panas,tempat barbecue dan paling seronok tu ada astro! boleh layan cerita-cerita arab..Wa Hisytini Ya Masr..almaklum la kat umah kota tinggi tak pasang astro sebab siaran tv penuh dengan rangkaian Malaysia,Singapura dan Indonesia..Waduh2 Gratis semuanya buk!!.Pagi-pagi je Pak Uda!!!..jom lah gi mandi...Agenda pagi melayan anak-anak saudara yang pompuannya mandi swimming pool..Tengah hari sikit air laut plak pasang..melayan yang hero-hero plak mandi laut sampai ke Zohor.Agak-agak perut dan terasa lapar naik..balik umah makanan tengah hari telah siap dihidangkan oleh pelayan-pelayan yang berkelas ANTARABANGSA..heheheh..Abis..tidak ku sanggkakan kulitku telah bertukar menjadi Warga Bangladesh..tidak..tidak..

Setelah selesai je solat asar,waktu bersama sekeluarga ditepi pantai.Si kecil sibuk membuat istana pasir.Hero-hero sibuk bergurau senda bersama pelampung-pelampung yang disewa manakala mak dan ayah hanya tersenyum melihat gelagat-gelagat cucu-cucu bermain.Menjelang malam pula kami dihidangkan dengan makanan-makanan 'barbecue'.Mujurlah tepi pantai ni angin kuat..jadi tak payahlah sangat nak berkipas.Hanya pastikan makanan-makanan di panggang dan dibakar sebaiknya.Well Done!

Begitulah rutin harian ku selama 3 hari disini.Tambahan lagi kami didatangi oleh tetamu yang istimewa dari kampung..Mak itam dan anak-anaknya.Semakin meriah dan menghiburkan sehinggakan kadang kala kami dapat melupakan sedikit demi sedikit kenangan-kenangan yang manis dahulunye pernah kami lalui bersama 'ABANG'namun kenangan bersama mu tetap kami ingat sampai bila-bila kerana pergimu tiada pengganti.Semoga coretanku kali ini menjadi satu sinar dan harapan ianya akan berulang lagi disini..mungkin aku akan datang lagi dengan "Keluarga ku Sendiri"..heheheh..dan aku yakin keluarga ini akan tetap bersama lagi disini walaupun yang datang dan pergi silih berganti...Love U All So Much...MUahhh!

Thursday, December 3, 2009

MAKA BERMULALAH EPISOD-EPISOD KEHIDUPAN

Lumrahnya tatkala kaki di bumi malaysia,pelbagai rancangan yang telah disusun untuk menentukan hala hidup dimasa akan datang.Dengan berbekalkan segulung ijazah dan pengalaman yang masih muda,kita perlu mencari satu kekuatan untuk bergerak saing dengan yang lain.Usia semakin meningkat,masa berlalu begitu pantas.Sekiranya lambat bergerak dan bertindak kita akan terus terleka.

KERJAYA.
Tidak dinafikan setiap manusia mempunyai angan-angan dan cita-cita dalam hidup.Tiada manusia yang tidak inginkan keselesaan dan kebahagian disamping mengecapi matlamat hidup serta membahagiakan kedua orang tuanya.Mustahil sekiranya kita menjadikan alasan tiada peluang pekerjaan yang serasi sedangkan jika kita lihat berduyun-duyun pekerja asing yang masuk ke negara kita mencari pekerjaan dengan bebasnya.Pada pendapat penulis pilihlah apa jua bidang pekerjaan sekalipun asalkan ianya halal dan dapat memanfaatkan segala ilmu yang kita telah pelajari.Usahlah terlalu memikirkan kata orang lain yang senantiasa menuding jari.Jadilah seorang manusia yang seperti hujan..membasahi tanah yang gersang..menghidupkan pepohon yang mati dan membekalkan air sungai-sungai yang jernih.Usahlah hanya mementingkan dunia semata-mata sehinggakan maruah digadai dan agama boleh dijual beli seperti hujan yang yang tidak putus-putus turun,bisa merosakkan dan mengorbankan isi alam sepenuhya.Nauzubillah Min Zalik..
KEBAHAGIAN ORANG TUA.
Mereka telah banyak berkorban demi membesarkan anak-anak sehingga berjaya didalam hidup.Anak adalah segala-galanya dimata mereka.Tanpa seorang anak,manusia itu masih dilabelkan fakir dan miskin walaupun hartanya berjuta-juta ringgit!.Sekiranya Mati seorang anak Adam tu,tinggallah segala harta-harta yang dikumpulkannya melainkan tiga perkara dan salah satu darinya anak yang soleh yang mendoakannya.Kita harus bijak untuk mengatur masa depan kita tanpa mengguriskan hati perasaan ibu bapa kita.Setitik air susu yang kita minum,tidak menyamai nilai dengan kita mendukung ibu selama 3 tahun mengelilingi ka'bah di Baitullah.Usahlah kita membiarkan air mata mereka menitis kerana sedih dan kecewa tetapi menitis kerana gembira dan bangga terhadap anaknya.Ibu dan Ayah..kaulah segala-galanya.
KAHWIN.
Penulis sangat berbesar hati ketika berhimpun bersama-sama sanak saudara di Hari Raya AidilAdha,dikalangan mereka tak putus-putus meng 'rekemen'kan calon-calon untuk dijadikan teman hidup."Alah..ko kawan-kawan je dulu..kenal hati budi"...ada yang "makcik kenal budak ni..penah datang sini..tak sombong,baik dan hormat orang tua"..hehehehe..kadang-kadang tak boleh tahan,tergelak gak kat situ.Yang lagi kelakar tu.."budak ni kan walaupun anak orang kaya..baik sangat-sangat..mak teh buat sambal belacan tumbuk pun di makan tau!!!..."mungkin dia lapar sangat kot"..sahut aku.Semua tergelak besar.Apa-apa pun aku mengucapkan jutaan terima kasih diatas keperihatinan makcik-makcik.Uhibbukum Hubban Jamman!!!

Kawin ni bukan main pondok-pondok.Sampai je waktu tengah hari.."Helmi!!! sudah lah tu main..balik umah makan tengah hari!!!...masa kecik-kecik dulu.Banyak lagi hadaf yang perlu dicari dan kejar sebelum bersiap sedia ke arah itu.Kalau dah jodoh tak kemana kan?.Cumanya persiap dan perkemaskan diri sebelum kearah tu untuk membentuk satu institusi kekeluargaan yang berpaksikan islam bagi menjamin kebahagian didunia dan akhirat kelak.Amin Ya Rabb!

Sekian dahulu nukilan pada hari ini,coretan ini semata-mata untuk diri penulis ini sendiri supaya tidak terus alpa dengan ranjau kehidupan di hari-hari mendatang.Doakan si penulis terus berjaya dalam mengejar cita-cita.Wassalam.

Monday, November 30, 2009

Antara Secebis Senyuman Dan Linangan Airmata.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh




Terlebih dahulu si penulis ingin memohon maaf kerana sudah lama tidak bersua didalam blog ini..dek kerana PERTAMA kesibukan menghadapi peperiksaan tasfiah thn 4..KEDUA menunggu natijah peperiksaan yang mampu meragut nyawa..hehehehe..KETIGA berjalan dan bersiar dikota kaherah dan beberapa kawasan furu' untuk kali terakhirnya..KEEMPAT bersukan dan bergurau senda bersama teman-teman sebelum pulang ke tanah air yang tercinta.Alhamdulillah segala yang dirancang berjalan dengan baik dan akhirnya aku pulang ke tanah air dengan segulung Syahadah Muakatah..(Asliah thn depan) untuk ku hadiahkan kepada Ayah Bonda dan Keluarga.Segala penat lelahku,kritikan yg ku terima dan peringkat kesabaran yang maksimum dapat ku pertahankan.Untuk sahabat-sahabat yang masih berada disana..tingkatkan usaha,teluskan niat dihati,pertahankan kesabaran..insyaAllah kejayaan bakal menjemput dan mengiringi mu kelak.

Apa yang penulis ingin ungkapkan diruangan kali ini adalah apa yang dirasakan tatkala ingin mengangkat kaki meninggalkan bumi yang penuh barakah dan bumi yang banyak mengajar akan erti realiti kehidupan disamping mengejar mencari ilmu pengetahuan.Di dalam hati yang merasakan kepuasan dengan penuh kegembiraan setelah berjaya menamatkan pengajian di mesir,namun tidak dapat dinafikan kesedihan untuk meninggalakan Al-Azhar.Disebalik linangan air mata tersembunyi DUA maksud yang sangat berbeza.Seolah-olah jasadku tidak sabar ingin terbang melayang pulang ke tanah air manakala hati dan perasaan sekeras-kerasnya ingin terus menetap di mesir.Mungkin tidak semua yang merasakan perasaan ini,tetapi percayalah ianya datang dengan tidak diduga dan kuat sekali.

Mesir adakah aku akan datang lagi?? menyingkap kembali segala memori..yang pastinya senantiasa berlegar-legar..Antara bingkisan senyuman dan linangan airmata perpisahan..tidak termampu untuk dijawab sehingga kehari ini..sekiranya aku tidak akan lagi ke sana..Hati ini menjadi saksi yang namamu tetap terpahat disanubari.

"Ketika tiba saat perpisahan,usahlah kita berduka dan bersedih kerana ianya akan lebih nampak bermakna bila berjauhan seperti gunung-ganang yang lebih nampak cantik dan anggun jika terlihat dari padang mahupun dataran."
Segala ilmu dan pengalaman hidup yang telah ku kecapi selama ini tidak akan ku sia-siakan...Insya Allah Ya Rabb!!!



Thursday, August 6, 2009

Terciptanya Bubur Asyura 1998.


"Suhairi...ana mahu enta ngan geng-geng enta buat bubur asyura untuk sama-sama kita makan satu asrama..ana tak dapat tolong sebab ana ada hal"...(Pesan Warden yang kami cintai).Mataku terkebil-kebil..biar betul ustaz ni..mane lah aku reti buat?? kalau makan tu boleh ar..Aduss serabut dalam kepala otak ku ini memikirkan bagaimanakah rupa bubur yang aku ciptakan nanti??..kalau jadi bubur lagi kira Alhamdulillah ar..kalau jadi kek ke,kueh bulan ke ape plak aku nak menjawab..kalau budak-budak asrama ni tak kisah lagi tolak kayu,papan dengan besi katil pun jalan...siap terbayang-bayang kalau ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah yang bakal menikmati bubur ini ada yang termuntah sehingga keluar dari hidung dan telinga,ada yg dikejarkan ke hospital dengan menggunakan bas dan yang paling memalukan pelajar-pelajar pompuan mencemuh serta menjijikkan bubur ku ni.."bubur ke sampah sarap ni??.Tidak!!Aku tidak sanggup untuk berhadapan dengannya.

Satu perjumpaan tergempar di adakan setelah selesai sahaja aku berkhayal..beberapa rakan yang boleh diharapkan dapat aku kumpulkan."Ko tahu tak nak buat bubur asyura?".Masing-masing terkebil-kebil bagai memikirkan bubur asyura ni bukan dari spesis makanan."Aku tahu!"sahut seorang rakan yang bersemangat.Aku mula tersenyum dan gembira sambil menantikan respon darinya."Alah dia macam bubur putih tu tapi kaler je coklat sikit.Aku suka gile bubur tu.kat kampung aku tiap-tiap tahun tak penah miss buat..tapi aku tak tahu ar cane plak nak buat bubur tu".Rasa bagaikan ringan je kaki dan tangan untuk dihayunkan.Mujurlah sudah berakhir minggu orentasi pelajar."Gini je lah bie,mula-mula kita buat bubur putih,pastu kita bubuh ar anasir-anasir lain yang boleh membuatkan dia rasa cam bubur asyura",Sahut salah seorang daripada mereka."okay..baik..aku nak ape-ape yang akan terjadi nanti,kita sama-sama tanggungjawab..jangan sorang pun nak melarikan diri eh!".Tiba-tiba.."Bie nanti kalau dah siap kita main tukar-tukar nak ngan budak pompuan??".Abis bergema satu bilik tu dengan teriakan sorak gembira dan ketawa terbahak-bahak.

Bermulalah satu episod yang mengerikan selepas sahaja selesai solat zohor.Masing-masing bersemangat saling tolong-menolong,bantu-membantu sesama sendiri.Pelajar-pelajar di asrama punyalah ramai yang turut serta memeriahkan lagi episod tu.Rasa macam ada salah seorang daripadanya bekerja dalam syarikat penyiaran menyaksi dan merekodkan untuk siaran dikaca tv menjelang ramadhan nanti.Walaubagaimanapun,hanya orang-orang yang tertentu je yang diberi kuasa untuk pegang senduk besar dan bahan-bahan masakan itu sahaja.Pantang je salah seorang dari chef-chef yang terlantik menyuarakan.."wei..nak bubuh ni tak??"..Kami sebulat suara bersepakat..."BUBUH!!!"..sambil ketawa.Selesai sahaja solat asar,satu bubur telah selamat dengan jayanya dicipta.Tapi malangnya warna tidak melambangkan ianya bubur asyura dan agak pudar."Rasa ada,tapi rupa macam bubur nasi je bie?".Kata pakar perasa.Aku dengan selambanya.."Amin..ko pegi beli kicap!"Setelah sebotol besar kicap abis dituangkan kedalam bubur sambil ketawa terbahak-bahak yang tidak ada noktahnya dari awal lagi,Alhamdulillah,akhirnya tercipta lah 'Bubur Asyura'.Kami semua bersepakat tidak ada salah seorang dari kami yang tidak mengatakan itulah Bubur Asyura yang paling enak dan lazat diatas muka bumi ini.Sekarang tibalah masanya,Saat yang kami tunggukan,berdebar-debar rasanya untuk mengetahui apakah reaksi dari warden setelah menikmati satu mangkuk bubur kami.Pada masa itu,hanya tinggal kami sepasukan sahaja yang berada.Pelajar-pelajar lain sudah melarikan diri masing-masing."Mmmmmm..Sedap!!Boleh tahan gak bubur enta".Kami menarik nafas dengan lega.Bagaikan si pesalah terlepas dari hukuman pancung.Tatkala pada waktu malamnya,kami dan rakan-rakan yang lain sibuk mencuci periuk belanga sambil terhibur dengan persembahan yang telah kami cipta pada siangnya..datang seorang budak.."bie budak pompuan mintak resepi bubur kita!!.Hairan,pelik dan ajaib bagaimana bubur yang tidak mempunyai kaki boleh sampai kesana?.Sekali lagi kami ketawa terbahak-bahak yang cukup maksimum menyedari kemantapan sentuhan kami yang sangat cukup berbisa.Permintaan itu tidak kami hampakan.

Begitulah satu kisah penulis yang ingin dikongsi bersama sempena Nisfu Sya'ban pada hari ini.Satu kisah yang pada mulanya penuh dengan mimpi seram dan ngeri tetapi Alhamdulillah pada akhirnya terukir satu memori indah yang tidak dapat dilupakan.Terima kasih segalanya diucapkan kepada rakan-rakan yang terlibat dalam mengukir kenangan manis ini dan tidak lupa juga kepada Warden yang percaya sepenuhnya kepada kami tanpa menyoal siasat terlebih dahulu latar belakang kami.hehehehehe.Kesimpulannya,Tiada perkara yang mustahil boleh berlaku sekiranya ada kerjasama dari semua pihak serta percaya pada diri sendiri.Jumpa lagi.