Monday, June 1, 2009

KENALI MEREKA

KHALED MESH'AL

Beliau dilahirkan di perkampungan Silwad,berdekatan Ramallah pada 1956.Pada tahun 60-an,bapa beliau berpindah ke Kuwait bagi bekerja.Pada tahun 1967,apabila rejim Zionis menjajah Tebing Barat dan menghalau ramai rakyat Palestin dari sana,keluarga beliau berhijrah ke Kuwait bagi menyertai bapanya.Khaled juga turut membesar di sana.Semasa persekolahan lagi,beliau sudah menyertai program-program Islam dan juga program-program berkaitan isu Palestin.Pada tahun 1971,beliau menyertai Ikhwanul Muslimien Palestin yang menetap di Kuwait.Semasa berada di Universiti Kuwait,beliau terkenal sebagai aktivis pelajar Islam.Beliau menubuhkan pelajar,Barisan Kanan Islam.Beliau terlibat dalam pilihan raya mahasiswa dan menjadi wakil semasa menghabiskan pengajian dalam bidang fizik.Selepas berjaya menamatkan pengajian pada 1978,beliau memulakan karier sebagai guru fizik di sekolah-sekolah di Kuwait.Dalam tempoh itulah beliau terlibat dalam merekrut para pelajar supaya minat pada Islam dan cara hidup Islam.Sebagai guru yang berdidikasi,beliau disukai oleh para pelajar dan juga guru di sekolahnya.Pada tahun 1987,selepas HAMAS ditubuhkan oleh pada pemimpin IM di Ghaza,Khaled terpanggil supaya terlibat dalam perancangan jangka masa panjang mereka.Beliau diberi kepercayaan mengepalai HAMAS cawangan Kuwait.Beliau ditugaskan merekrut dan mempopularkan HAMAS dikalangan rakyat Palestin yang tinggal di sana.Atas usaha beliau,pengaruh HAMAS berkembang dengan drastik dikalangan mereka.Malangnya sokongan yang diberi Arafat kepada Saddam Hussein semasa Perang Teluk pertama 1990 memusnahkan segala usahanya.Rakyat Palestin yang tinggal di Kuwait dihalau keluar.Kebanyakan dari mereka berjihrah ke Jordan.Bilangan rakyat Palestin di Jordan membentuk 60 peratus daripada bilangan keseluruhan rakyat Jordan.Di Jordan Khaled ditugaskan mengetuai HAMAS cawangan Jordan.Beliau dipertanggungjawabkan mengurus kutipan dana antarabangsa bagi pergerakan itu.Pada masa itu beliau juga aktif menjalinkan hubungan antara gerakan HAMAS dengan kerajaan Syria,Iran dan beberapa buah negara yg lain.Kebanyakan dana yang disalurkan kepada HAMAS digunakan bagi tujuan kebajikan.Sekolah,masjid,klinik,rumah anak-anak yatim serta aktiviti kebajikan dan sosial berjaya dikembangkan melalui dana itu.Maka tidak hairanlah HAMAS menjadi begitu popular dikalangan rakyat Palestin.Mungkin ada yang menyangka HAMAS mengguna dana yang disalurkan bagi tujuan membuat senjata.INI TIDAK BENAR!!!.HAMAS bersikap profesional.Apa yang disalurkan bagi kebajikan tidak akan disalahgunakan.Fakta ini dinafikan oleh Zionis dan menjadikan Khaled sebagai sasaran dengan menuduh Khaled bertanggungjawab mencari dana bagi keganasan.Pada tahun 1997,melalui agen Mossad,rejim melancarkan operasi membunuh Khaled di Amman.Dua orang agen mereka berjaya mengekori Khaled dan menyuntik telinga beliau dengan racun yang disediakan khas bagi membunuhnya.Walaupun beliau terkena suntikan itu,namun kedua-dua agen itu berjaya ditangkap oleh pegawai-pegawai peribadi Khaled.Mereka diserahkan kepada pihak berkuasa Mesir pada waktu itu.Pihak berkuasa Mesir mengaturkan program penyerahan kedua-dua agen itu kepada rejim Zionis dengan syarat.Antidot kepada racun Khaled dan juga pembebasan Syeikh Ahmad Yassin berserta 19 tahanan Palestin yang lain menjadi syaratnya.Pada zaman Raja Hussein,HAMAS masih lagi bebas bergerak di Jordan.Ibu pejabat HAMAS dibenarkan beroperasi di Amman dan Khaled menjadi ketuanya.Langit tidak selalunya cerah.Selepas kemangkatan Beliau,Raja Abdullah menaiki takhta.Raja Abdullah dikenali sebagai RAKAN BAIK AMERIKA SYRAIKAT DAN TEL AVIV.Beliau mengejutkan dunia dengan tindakan menutup pejabat HAMAS di Amman dan menghalau Khaled beserta pemimpin HAMAS yang lain keluar dari Jordan.Penganalisis politik bersepakat yang tindakan beliau itu adalah atas tekanan Tel aviv.Khaled Mesh'al,Musa Abu Marzouk,Ibrahim Ghousheh dan juga Izzat al-Rushuq antara pemimpin-pemimpin HAMAS yang dihalau keluar dari Jordan pada Ogos 1999.Khaled berhijrah ke Qatar atas tawaran Qatar sehingga tahun 2001.Selepas itu beliau berhijrah ke Syria dan menubuhkan ibu pejabat HAMAS di Damsyik menggantikan ibu pejabat mereka di Amman.Sekarang ini,Khaled masih lagi mengetuai Biro Politik HAMAS yang menjadi unit tertinggi dalam stuktur hierarki HAMAS.Selepas pembunuhan Syeikh Ahmad Yassien dan Dr Abdul Aziz al-Rantissi pada tahun 2004,Khaled menjadi tumpuan media.Namun beliau dikaitkan sebagai pemimpin teringgi HAMAS.Walaupun HAMAS merahsiakan senarai kepimpinan tertinggi mereka,penganalisis politik menjangkakan Khaled adalah tokoh yang paling layak bagi jawatan itu.Telahan penganalisis dan juga media bertambah kuat selepas kemenangan HAMAS dalam pilihan raya 2006.Oleh kerana pemimpin HAMAS yang lain sukar meninggalkan Gaza dan Tebing Barat,Khaled memainkan peranan menjadi DUTA RASMI HAMAS.


Dipetik dari Buku HAMAS Pejuang Kota Suci Baitulmuqaddis karangan Maszlee Malik 2009.

No comments: