Wednesday, April 23, 2008

"A Sincere Acknowledgement"

Sometimes...We still can't describe how precious someone for us even we've million words with us...
Sometimes...We still can't own a loyal relationship even we've million dollars with us...
Sometimes
...We still can't get back home even if we've million hands to guide us...
Sometimes
...We still can't melt a piece of heart even we've million strengths with us...
But...Just with you by my side...Its enough to make me feel alive and ready to do anything and face everything even if its beyond human's thinking...

Thanxx..Happy Birthday "A.K.A.R"...May Allah fulfil all your wishes and bless your entire life and our holy relationship...

Tuesday, April 22, 2008

3 KEGEMBIRAAN LUAR BIASA PELAJAR-PELAJAR AL-AZHAR

1) Najah (Lulus) Dalam Peperiksaan.

Peperiksaan di Universiti Al-azhar adalah satu medan peperangan yang amat mengerikan,menghantui dan mencabar kelakian sesorang itu.Sesuatu yang luar jangkaan kebiasaan akan berlaku.Tidak mustahil apa yg kita baca dah hafaz tidak keluar dalam kertas soalan.Kita tidak boleh terlalu mengharap pada muqarar (kebiasaan masuk dalam periksa) kerana kadang-kadang ianya merupakan jerat yang berbisa.Jika kita dah terkena jerat..mula lah kita menghabiskan masa dalam peperiksaan dengan termenung jauh..berkhayal..fikir-fikir bila nak tempah tarikh balik malaysia..apa alasan yang sewajarnya diberikan pada keluarga jika tidak najah tahun ini..bola sepak PMHK (Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan) nak main dengan Negeri ke BAKAN..berkira-kira berapa dah madah (subjek) yang senasib dengannya..segala-galanye akan bermain di fikiran kita.Apa-apa alasan sekali pun persedian awal amat penting sekali untuk menghadapinya jangan diharapkan keputusan yg baik jika usha tiada."Natijah dah keluar...kau tak pegi tgk ke?".Dada mula tak tenteram..Si Jantung berdegup tanpa lagu dan lirik..fikiran mula meracau..kaki seumpama tidak berpijak ditanah..terbang tanpa berpakain SUPERMAN..Tengok-tengok je..Alhamdulillah aku najah..rasa nak menjerit kat kuliah..YAHOOOOO..!!!

2) Dapat Zakat ataupun bantuan selain FAMA (Father And Mother).

Duit merupakan segala-galanya.Jika kita ada duit macam-macam kita boleh buat.Boleh upgrade komputer,beli kitab-kitab,Hanset baru,pergi UKAY atau umrah dan macam-macam lagi.Kalau kita kira-kira duit bulanan tolak umah sewa,makan,kitab-kitab kuliah,bil air,elektrik,internet dan asob (Air Tebu) berapa je lah yang masih kita boleh simpan??cepat-cepatlah kita sedar bahawa keluarga hantar kita kat sini utk belajar dan menimba ilmu sebanyak-banyak mana yg mungkin bukan untuk bersuka ria.Kadang-kadang bila kita tengok sahabat-sahabat yang agak mewah,teringin di hati kecil jadi sepertinya.Pantang jumpa je x-co BAKAN,bukan nak tanye "enta sehat??" tapi soalan yang pertama sekali.."Zakat ape cite ekk..bile nak dapat??".Kesian korang buat kat X-co cam tu..tak baik..berdosa tau..sayangilah dan jagailah perasaan X-co kita..belailah dia dengan penuh kasih sayang.Bila dapat je msg "Sila ambil Zakat anda Di Safarah (Kedutaan) pada hari urusan pelajar" YAHOOO...!!!sepantas kilat kita akan pergi.Rasa macam nak tidur je kat safarah esok kita org pertama yang ambil zakat.Ketika ini lah kalau kita berjalan-jalan kita akan dapat saksikan pelajar-pelajar malaysia akan membanjiri di kedai-kedai makan (Open Table),Suk-suk (Pasaraya) komputer,kedai-kedai Hanset dan tempat-tempat membeli-belah.Apa-apa cara sekali pun gunakan lah duit ZAKAT dengan cara yang haq dan sebaik-baiknya.


3) Nama Muqayyad (Diterima).

Bait Muslim adalah satu organisasi yang ditubuhkan oleh golongan-golangan Mutazawwijin (berkeluarga) dan salah satu dari tugas-tugas Bait Muslim ini adalah sebagai "Orang Tengah" dalam proses mencari pasangan.Bila kita berbaik je dengan Pak Dam (Ustaz yang sudah berkahwin)mula ar nanti org lain sangkakan kita ni kemaruk hendak mencari pasangan..tak baik,FITNAH tu..padahal ustaz tu sama-sama membesar dan kawan rapat kita sejak dalam perut ibu masing-masing lagi.OK berbalik kita pada Bait Muslim tu tadi,setelah kita sudah melakukan proses-proses pentakdiman @ merisik (Sila Rujuk AJK BAit Muslim) kita akan ternanti-nanti dan tertungu-tunggu apakah jawapan si dia? Mula-mula dapat msg "Ustaz beri ana tempoh".Kita akan rasakan Sehari bagaikan setahun lamanya,ketika itu makan pun tak selera,lupa dah mandi ke belom,duduk termenung di balakoni dan di atas katil sambil tangan memegang handset sambil memikirkan nasib yang bakal menimpa..dinasihatkan banyak-banyak berdoa dan jangan mudah putus asa!!Bunga bukan sekuntum...ehehehe.Okay nak cerita gembira ni jika sebaliknya..dapat je msg "Ustazku Yg dihormati dan disegani Ana terima Ustaz seadanya"waaaaaaa..bukan YAHOOO lagi...LULULULULUWEIIIIIIIII..kegembiraan tidak terkata lagi seolah-olah bunga-bunga cantik yg mekar mengembang memenuhi seluas mata memandang,terukir senyuman dimana-mana sahaja walaupun didalam tandas...sambil berkata.."hensem jugak aku ni rupanya" membelek2 janggut dan misai.Lepas ni boleh dah memikirkan apa tindakaan susulan di Mesir atau pun di Malaysia.Mesir murah tau...


S@ei mengucapkan syabas dan tahniah jika anda pernah mengalami ketiga-tiga kegembiraan diatas atau pun salah satu daripadanya..semoga berjumpa lagi..

Thursday, April 17, 2008

Kekanda Di Dapur

GAMBAR sekadar hiasan



Assalamualaikum..Izayyuku? bertemu kita diruangan "Dapur Bujang".Hari ni Kekanda akan tunjukkan pada korang semua satu menu yg agak mudah utk dipelajari dan dimasak.Menu kali ini ASAM PEDAS ASYIR BAWABAT.


BAHAN-BAHAN :

01. Ayam @ Daging @ Ikan (Secukup Nafsu Korang)
02. 2 Biji Bawang Besar (Basol)
03. 4 Biji Bawang Putih (Tum)
04. 5-10 Lada Basah Merah (Falafil Ahmar)
05. Lada Kering Yg Sudah Dikisar (Falafil Mujaffaf)
06. Tomato Puri (Solsoh)
07. Belacan (Tiada dalam Kamus)
08. Asam Keping
09. Cuka
10. Daun Kusybarah (Subs Daun Kesum)


CARA :

01.Panaskan minyak masak utk ditumis,masukan sedikit belacan kemudian bawang putih yg telah diketuk diikuti bawang besar yg telah dikisar.Tumis sehingga kedua-dua bawang betul masak dan wangi (Jgn Letak M.Wangi).

02.Masukkan lada kering yg mengikut kehendak kepedasan korang semua,tumis sehingga betul-betul masak untuk mengelakkan kesesakkan lalu lintas ke bilik air.Selepas itu masukkan lada basah merah yg telah di kisar.Biarkan seketika.

03.Masukkan beberapa sudu Tomato Puri,kacau sehingga sebati.Masukkan sedikit cuka dan asam keping dan masukkan air.Tutup periuk korang,kecikkan api dan biarkan bebarapa minit sehingga kuah mendidih.Sambil menunggu,anda boleh hidupkan YM anda.

04.Setelah mendidih masukkan Ayam @ Daging @ Ikan yang telah dibersihkan diikuti Daun Kusybarah.Anda juga boleh masukkan sayur-sayuran seperti bendir atau terung ketika ini.masukkan garam dan Ammil Hag (Ajinomoto) jika perlu secukup rasa.Biarkan Haiwan yg anda masukkan masak secukupnya dalam keadaan api dapur yg kecik.Sekarang anda boleh sambung chatting ataupun basuh segala peralatan masakan yang telah anda gunakan (Qaul Rajih).

05.Tutup api dapur anda dan Asam Pedas Asyir Bawabat sedia untuk dihidangkan.Mudahkan?sambil masak boleh chatting dan dapur anda bersih.Selamat mencuba yer!!


PERINGATAN:Jika anda menggunakan ikan keli,Sila perap ikan anda dengan asam jawa atau limau kasturi terlebih dahulu utk mengurangkan bau hanyir ikan.

Saturday, April 12, 2008

Denmark..Belanda..???

Baru-baru ini seluruh umat Islam telah digemparkan dengan tayangan filem 'Fitna'oleh segilintir pihak kafir yg senantiasa mahukan tanggapan yg negatif dan buruk terhadap islam.Tidak cukup dengan lakaran kartun yg secara terang-terangan bertujuan menghina islam dan kini islam di hina lagi.Adakah islam kini dijadikan bahan kutukan,hinaan dan mudah dipermain-mainkan?manakala kita sebagai penganutnya sekadar hanya mampu menonton dan menyaksikan episod seterusnya.Ini bukannya Samarinda yang membuatkan kita tertunggu-tunggu di Torrent Malaya!!Kemana sensitiviti umat-umat islam yang memonopoli pelbagai agama diseluruh dunia ini?.Usah kita menuding jari menyalahkan mengapa bangsa-bangsa Arab tidak bersatu untuk bangkit menentang musuh-musuh islam.Takkan lah kalau ada org tunjal-tunjal kepala kita dan kita hanya cakap "takpe-takpe main lah kepala kita puas-puas nanti balik kita bitahu abg kita!!"sedangkan kita tak pasti abg kita tu berani ke tak dan lagi menyedihkan lagi penakut dari kita kan awak.Islam itu milik kita..hak kita..kita sewajarnya menjaga dan mempertahankannya.

Boikot dan terus boikot!Inilah slogan yang telah dilancarkan dikebanyakkan blog-blog sahabat kita dimesir.Ini adalah satu cara diantara cara-cara yg terbaik untuk kita bangkit bersama-sama "menggembling kekuatan"kerana ekonomi mampu mempengaruhi naik dan turun sesebuah negara itu.Janganlah kita sesekali fikirkan kalau kita nak boikot semua barang-barang tu kita nak guna ape??..Dah kalau cam tu tak yah guna ape-ape duk senyap-senyap kat rumah ngapal Al-Quran pikse kan 'just around the corner' tak pun masak nasi ayam bagi kawan-kawan makan..sedekah tu.Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,setiap hari jika kita mengikuti perkembangan berita mengenai
Iraq,Palestin,lubnan,Pakistan,Shishan dan negara-negara islam yang lain ada sahaja pertumpahan darah.Umat Islam dibunuh,dirogol,dibakar,disepak,disiksa sehingga mati.Nilai nyawa tak ubah seperti binatang yg boleh diperlakukan sewenang-wenangnya.Ibu meratapi anaknye yang mati terbujur dalam dakapannya,si ayah hanya mampu melinangkan air mata menyaksikan kekejaman manakala anak-anak kecil putus kaki dan tangan menangis teresak-esak seperti tidak tahu ape yg terjadi.Jeritan kesakitan dan kesengsaraan kedengaran disana sini.Berbondong-bondong(bukan mee bandung)manusia lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri.Adakah definisi ini yang kita mahukan dinegara kita sehinggakan baru kita mula sedar islam dizalimi?.Sedarlah diriku dan sahabat-sahabat ku yang lain.Hentikan dan Cukuplah dengan kezaliaman hari ini jangan dihunus dan dirobek luka yg baru sedangkan luka parah yang sedia ada kian terasa hari demi hari.Haiyyana Bil Jihad!!!

Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung,alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan,jangan putih mata,tulang dan jangan kuning gigi.Gunalah akal pemberian Allah sebaik-baiknya jangan dibiarkan Yang berkuasa dengan kezaliman terus berkuasa.Pangkah jangan tak pangkah.Masing-masing kena fikirkan sekarang apa yang wajib dibuat bagi menyahut saranan menentang musuh-musuh islam.Apa yang kita harapkan semoga diri kita khasnya dan umat-umat islam diseluruh dunia amnya mulai sedar dan bangkit berjuang hingga ke titisan darah terakhir.Setiap permulaan ada akhirnya dan terpulang kepada individu itu sendiri utk mencorak dan menamatkan senario ciptaanya.Sesungguhnya Allah Ta'ala tidak akan mengubah sesebuah kaum itu sehinggakan kaum itu sendiri yg mengubahnya.Benarlah kata-kata Allah itu yang Maha Agung.Untuk akhirnya renung-renungkan,fikir-fikirkan dan BERTINDAKLAH!Sesungguhnya Allah Ta'ala itu telah memuliakan hamba-hambanya dengan Islam.Janganlah kita belot,cuai dan tidak bertanggung jawab diatas anugerah Islam yang Allah telah Berikan.

Monday, April 7, 2008

الاذكار

قال الا مام الشافعى رحمه الله تعالى
اصبر على مر الجفا من معلم فاءن رسوب العلم في نفراته

Kiamat

Mati ialah kiamat kecil sebelum semua orang dihimpunkan dalam kiamat besar bila semua orang sudah mati. Perkembangan pengetahuan sains menunjukkan bahawa dunia semua bergerak kepada kemusnahan, proses dan pergerakan bumi dibuktikan sedang menuju ke arah kehancuran, hanya jangka masa sahaja tidak dapat ditentukan bilakah kemusnahan sebenar akan berlaku.
Orang bercakap soal paras suhu yang semakin meningkat, Panas dunia semakin bertambah, Eropah dan Belanda akan ditenggelami air berikutan pencairan besar-besaran salji di kutub Utara dan Selatan. Sekarang ini, sudah mengubah kebiasaan suhu dunia. Salji didapati berlaku di kawasan yang tak pernah ada salji, begitu juga sebaliknya panas melampaui batas biasa di satu-satu tempat. Semua ini petunjuk kepada manusia yang hendak mengambil pengajaran daripada kejadian-kejadian yang berlaku supaya menginsafi diri.
Manusia akan menemui keadilan sebenarnya. Dalam konteks kehidupan dunia sebenar tidak ada keadilan yang mutlak. Terdapat kes di mana orang ramai merasakan unsur kezaliman sudah berlaku tetapi ianya terlepas daripada pengadilan. Namun keadilan di hari akhirat tidak akan terlepas walaupun sebesar biji zarah. Keadilan yang berbentuk "absolute justice" hanya merupakan milik Allah.
Dalam kesibukan bekerja dan disibukkan lagi dengan banyak aktiviti hidup sehingga terlupa untuk memikirkan perkara-perkara asasi.Melihat dalam diri, suluh dalam minda debu-debu yang pada mulanya nipis menjadi tebal, kelabu dan hitam. Bila sudah menjadi hitam cahaya tidak boleh menembusinya lagi. Konsep ini dipanggil zikrullah. Sentiasa mengingati Allah dan tidak terputus hubungan dengan Allah walau sedetik sekalipun. Walaupun mungkin kita putuskan hubungan tetapi Allah tidak pernah memutuskan hubungan. Kerana itu zikrullah ini boleh membawa manusia kepada proses tazkiyah.
Satu istilah lain ialah refleksi; melihat ke belakang, melihat persekitaran dan boleh juga melihat ke hadapan. Namun proses ini dinamakan Fikrullah. Adunan zikrullah dan fikrullah membolehkan kita melihat ke dalam, ke belakang melalui liku-liku hidup. Pada dasarnya Al-Falah atau kemenangan itu mestilah didasari kepada kualiti dalaman yang melibatkan aqidah dan menghidupkan hati, jiwa dan memotivasikan kendiri dan sebaliknya tidak hanya bergantung kepada intelektual sahaja. Moga-moga kita dapat meningkatkan kesedaran diri kerana sebenarnya kejayaan dan keuntungan adalah berpaksi kepada kualiti diri manusia dan kejiwaannya.

Sunday, April 6, 2008

Di Alam Fantasi...



Sukar untuk ditafsir, walau tidak pernah bersua muka, cukup hanya berkenalan di alam maya, perasaan kasih dan sayang ada kalanya melebihi mereka yang berada di hadapan mata..mungkin inikah sekadar mainan lena..Adakah ini yg dinamakan "CInTA"sedangkan cinta yg hakiki hanya pada yg Esa..Ya ALLAH! Berikan daku kekuatan utk menghadapinya agar aku terus terjaga dari buaian lena dan tidak terlalu mengharap padanya....