Thursday, December 3, 2009

MAKA BERMULALAH EPISOD-EPISOD KEHIDUPAN

Lumrahnya tatkala kaki di bumi malaysia,pelbagai rancangan yang telah disusun untuk menentukan hala hidup dimasa akan datang.Dengan berbekalkan segulung ijazah dan pengalaman yang masih muda,kita perlu mencari satu kekuatan untuk bergerak saing dengan yang lain.Usia semakin meningkat,masa berlalu begitu pantas.Sekiranya lambat bergerak dan bertindak kita akan terus terleka.

KERJAYA.
Tidak dinafikan setiap manusia mempunyai angan-angan dan cita-cita dalam hidup.Tiada manusia yang tidak inginkan keselesaan dan kebahagian disamping mengecapi matlamat hidup serta membahagiakan kedua orang tuanya.Mustahil sekiranya kita menjadikan alasan tiada peluang pekerjaan yang serasi sedangkan jika kita lihat berduyun-duyun pekerja asing yang masuk ke negara kita mencari pekerjaan dengan bebasnya.Pada pendapat penulis pilihlah apa jua bidang pekerjaan sekalipun asalkan ianya halal dan dapat memanfaatkan segala ilmu yang kita telah pelajari.Usahlah terlalu memikirkan kata orang lain yang senantiasa menuding jari.Jadilah seorang manusia yang seperti hujan..membasahi tanah yang gersang..menghidupkan pepohon yang mati dan membekalkan air sungai-sungai yang jernih.Usahlah hanya mementingkan dunia semata-mata sehinggakan maruah digadai dan agama boleh dijual beli seperti hujan yang yang tidak putus-putus turun,bisa merosakkan dan mengorbankan isi alam sepenuhya.Nauzubillah Min Zalik..
KEBAHAGIAN ORANG TUA.
Mereka telah banyak berkorban demi membesarkan anak-anak sehingga berjaya didalam hidup.Anak adalah segala-galanya dimata mereka.Tanpa seorang anak,manusia itu masih dilabelkan fakir dan miskin walaupun hartanya berjuta-juta ringgit!.Sekiranya Mati seorang anak Adam tu,tinggallah segala harta-harta yang dikumpulkannya melainkan tiga perkara dan salah satu darinya anak yang soleh yang mendoakannya.Kita harus bijak untuk mengatur masa depan kita tanpa mengguriskan hati perasaan ibu bapa kita.Setitik air susu yang kita minum,tidak menyamai nilai dengan kita mendukung ibu selama 3 tahun mengelilingi ka'bah di Baitullah.Usahlah kita membiarkan air mata mereka menitis kerana sedih dan kecewa tetapi menitis kerana gembira dan bangga terhadap anaknya.Ibu dan Ayah..kaulah segala-galanya.
KAHWIN.
Penulis sangat berbesar hati ketika berhimpun bersama-sama sanak saudara di Hari Raya AidilAdha,dikalangan mereka tak putus-putus meng 'rekemen'kan calon-calon untuk dijadikan teman hidup."Alah..ko kawan-kawan je dulu..kenal hati budi"...ada yang "makcik kenal budak ni..penah datang sini..tak sombong,baik dan hormat orang tua"..hehehehe..kadang-kadang tak boleh tahan,tergelak gak kat situ.Yang lagi kelakar tu.."budak ni kan walaupun anak orang kaya..baik sangat-sangat..mak teh buat sambal belacan tumbuk pun di makan tau!!!..."mungkin dia lapar sangat kot"..sahut aku.Semua tergelak besar.Apa-apa pun aku mengucapkan jutaan terima kasih diatas keperihatinan makcik-makcik.Uhibbukum Hubban Jamman!!!

Kawin ni bukan main pondok-pondok.Sampai je waktu tengah hari.."Helmi!!! sudah lah tu main..balik umah makan tengah hari!!!...masa kecik-kecik dulu.Banyak lagi hadaf yang perlu dicari dan kejar sebelum bersiap sedia ke arah itu.Kalau dah jodoh tak kemana kan?.Cumanya persiap dan perkemaskan diri sebelum kearah tu untuk membentuk satu institusi kekeluargaan yang berpaksikan islam bagi menjamin kebahagian didunia dan akhirat kelak.Amin Ya Rabb!

Sekian dahulu nukilan pada hari ini,coretan ini semata-mata untuk diri penulis ini sendiri supaya tidak terus alpa dengan ranjau kehidupan di hari-hari mendatang.Doakan si penulis terus berjaya dalam mengejar cita-cita.Wassalam.

No comments: