Monday, July 27, 2009

HIKMAH-HIKMAH BERPUASA

Berpuasa merupakan salah satu daripada lima rukun Islam. Ia juga merupakanibadah yang juga tidak sedikit ganjaran dan kelebihan yang diganjarkan untuknya.Tidak sampai sebulan sahaja lagi kita akan disambut oleh bulan yang penuh barakah yang ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam didunia untuk melipat gandakan amalan kita dengan penuh pengharapan supaya menjadi bekalan yang kekal abadi ketika kita berhijrah di alam barzakh.Tatkala itu segala harta,pangkat dan nama kita tinggalkan,hanya mengharapkan segala amalan yang kita kerjakan didunia.Puasa ini sering disalah ertikan oleh segelintir pihak yang menganggap ianya satu ibadah yang membebankan sehingga ada yang menjadikan alasan..gastrik,nak pengsan dan bermacam-macam lagi alasan yang tidak munasabah.Islam benar-benar memberi kelonggaran kepada umatnya untuk tidak berpuasa asalkan alasan itu kukuh dan munasabah tetapi wajib untuk menggantikannya pada hari yang lain.

Perbincangan yang akan diungkapkan didalam blog ini hanyalah sekadar berlandaskan akal yang logik dan bukannya satu perkara yang perlu dibahaskan oleh golongan falsafah,pakar ahli bahasa atau pengasas ideologi-ideologi manusia.Ianya adalah semata-mata kebenarannya oleh Allah S.A.W lalu akal mendapat hidayah serta ketetapan iman dengannya.
Puasa mula difardhukan pada bulan Syaaban tahun kedua Hijrah. Hikmah kefardhuannya terbahagi kepada beberapa bahagian:
Pertama:
Kefardhuannya berbentuk ibadah. Ibadah merupakan salah satu bentuk amalan kesyukuran hamba kepada Tuhannya. Seperti yang telah diterangkan sebelum ini bahawa nikmat yang diberikan oleh Allah Subhanahu wa ta‘ala tidak terhingga.
FirmanNya yang bermaksud:

“Jika kamu hitung nikmat Allah, tiadalah sanggup menghitungnya,”[Ibrahim : 34]

Kedua:
Mengajar manusia agar dapat menjaga dan menunaikan amanah serta tidak mengkhianatinya. Amanah yang diberikan ini memerlukan kekuatan dan keyakinan yang tinggi untuk dilaksanakan. Ini teruji apabila ia berada dalam keseorangan yang memungkinkan ia makan dan minum tanpa sesiapa yang mengetahui. afsu Ammarah(menyuruh ke arah kejahatan) sentiasa berbisik lantas menggoda agar ia mengkhianatinya. Ia tewas lantas mengikut kehendak nafsunya. Dalam sedar atau tidak ia telah mengkhianati amanah Tuhannya. Orang yang khianat pasti akan di azab setimpal dengan perbuatan mungkar itu.

Ketiga:
Sifat kebinatangan tidak mempunyai tujuan tertentu melainkan hanya melampiaskan nafsu makan, minum dan hubungan jenis (seks). Apabila manusia mampu mengawal nafsunya dari kegemaran ini dia berjaya membersihkan hati dan rohnya dari kebuasan kebinatangan yang maha gila. Lalu dia terlebih hampir kepada martabat para tentera nur Ilahi iaitu para Malaikat. Faktor ini menjadi sebagai pemangkin minat dan gemar seseorang untuk melaksanakan amanah dengan seikhlas mungkin demi mencapai darjat yang dijanjikan.Jika dikaji dan diteliti sejarah hidup ulamak, ahli zuhud, para abid, pemikir, ahlifalsafah, pencipta ideologi dan selain mereka pasti didapati bahawa kejayaan mereka terhasil dari ikatan tali perut mereka dari kelazatan makanan dan minuman yang mencantas pemikiran tajam.

Keempat:
Hasil dari kajian doktor, makanan dan minuman yang banyak diambil boleh mencetuskan pelbagai penyakit urat saraf. Terdapat hadith yang diriwayatkan yang bermaksud:

“Perut merupakan tempat (lahir) penyakit, pantang larang merupakan asas kesembuhan (ubat).”

Juga dikatakan jika seseorang makan banyak, minum juga terpaksa dilebihkan.Makan banyak juga menyebabkan tidur yang berlebihan. Sesiapa yang melazimi perbuatan demikian dia telah mensia-siakan kehidupannya.Jika engkau melihat doktor ketika hendak melakukan pemeriksaan kepada pesakitnya dia akan menyuruh pesakitnya mengosongkan perutnya daripada sebarang makanan untuk menghindarkan sebarang penyakit. Ini semua untuk kesihatan. Begitujuga puasa yang disyariatkan mempunyai hikmah kesihatan yang tinggi terkandung.

Kelima:
Melemahkan syahwat seks kebinatangan yang menyamakan taraf manusia dengan binatang. Untuk mengawal nafsu kebinatangan ia memerlukan kesungguhandan keyakinan yang tinggi. Jika seorang miskin tidak mampu untuk berkahwin sedangkan nafsunya memuncak maka disunatkan baginya untuk berpuasa. Puasadapat menahan atau mengurangkan nafsu yang bergolak.Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:

“Wahai pemuda! Barangsiapa yang mampu (menyediakan) perbelanjaanperkahwinan berkahwinlah, dan barangsiapa tidak mampu berpuasalah,sesungguhnya puasa itu padanya ada pendinding.”[Hadith Sahih, Riwayat Muslim di dalam Kitab Nikah]

Keenam:
Ketika seorang manusia berkeadaan lapar dan dahaga maka perasaannya terkenang pada kehidupan si miskin yang serba kekurangan untuk menahan lapar dan dahaga. Perasaan ini mengajak dirinya untuk menghulurkan sedikit bantuan bagi menggembirakan kehidupan si miskin itu.
Sesungguhnya hikmah bagi segala pensyariatan ini tidak terhingga lantas tidak mampu dinilai dan dihisab. Sesuatu yang tidak dilakukan semuanya maka janganlahia ditinggalkan kesemuanya.semoga hikmah-hikmah ini dapat kita manfaatkan bersama dalam proses kita tercari-cari untuk mendalami ibadah puasa dan nilai yang murni yang tersirat diatas pengorbanan kita menahan lapar dan dahaga di bulan Ramadhan.
Luqman Al-Hakim pernah berkata kepada anaknya bermaksud:

“Wahai anakku!Apabila perut dipenuhi, lemahlah pemikiran, bisulah segala hikmah, diamlah segalaanggota untuk melakukan ibadah.” WALLAH HU A'LAM MINNI.

No comments: