Thursday, January 7, 2010

Salam Azam Tahun Baru

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh untuk teman-teman semua.


Salam sejahtera buat rakan-rakan yang berada di Malaysia, Mesir ataupun yang berada dimana jua sekalipun.Alhamdulillah kini kita telah masuk ditahun yang baru 2010.Penulis percaya pelbagai azam dan cita-cita yang baru telah kita niatkan bagi menempuhi satu perjalan yang baru.Penulis mendoakan apa jua yang kita rancang yang baik pada tahun yang baru ini, moga-moga Allah S.W.T permudahkan dan dimakbulkan Insya Allah.Usahlah kita sedih dan berduka cita jika sesuatu yang kita impikan itu tidak kesampaian kerana ada manfaat tersirat yang akhirnya kita juga akan tahu kesudahannya.



Guru...adalah satu bidang profesional yang tidak terlintas di hati penulis.Sebut sahaja 'cikgu' kita akan terfikir betapa susah dan payahnya untuk menyampaikan sesuatu ilmu dengan jayanya.Ada yang berpendapat ianya hanya sesuai dipikul olah seseorang perempuan kerana fitrah seorang perempuan dikurniakan oleh Allah dengan sifat-sifat keibuan,bijak bertutur kata, penyabar , kasih sayang yang tinggi, kreatif dalam menyampaikan ilmu dan pandai mengambil hati.Manakala lelaki sebaliknya kurang penyabar , cepat bosan dan tidak gemar dengan perkara yang remeh temeh kebanyakkannya.Walaubagaimanupun dengan kelemahan-kelemahan yang kita ada, ini tidak bererti kaum adam ini hanya menyerahkan semata-mata tugas ini kepada kaum hawa.Kita harus memberi peluang kepada diri sendiri dan belajar memperbaikinya.



Sebagai seorang 'lelaki' tanggung jawab adalah besar sama sekali.Ia meliputi skop yang meluas bukan sekadar menjadi pemimpin keluarga malah menjadi pemimpin bagi mereka yang berada dibawah tanggung jawabnya.Sifat tarbiyyah dan ta'lim merupakan pokok dan asas yang tidak boleh diabaikan selain dari sifat-sifat sebagai seorang pemimpin yang lain.Tambahan pula sebagai seseorang yang bergelar mahasiswa agama ni sudah tentu ada perkara dan ilmu yang kita wajib berkongsi sama dalam memastikan ilmu Allah ini tidak akan 'mati' begitu sahaja.Penulis percaya kepuasan menyampaikan ilmu itu bukan sekadar anak muridnya berjaya dan cemerlang dalam peperiksaan tetapi menjadi seorang yang alim serta memanfaatkan ilmu yang dipelajarinya.Usahlah kita seringkali mempertikaikan dengan ganjaran dan habuan yang kita terima tetapi kita lupa ganjaran dan habuan yang Allah S.W.T berikan kepada kita sebagai bekalan kita diakhirat kelak.Tiada kejayaan yang boleh kita kecapi sekiranya tidak ada pengorbanan dan keikhlasan.



Semoga Allah senantiasa memberikan ruang dan peluang untuk penulis demi menyahut seruan sebagai seorang pendidik, mendidik insan-insan yang tulus dalam mengenal erti sebuah kehidupan seorang hamba kepada penciptanya.Mudah-mudahan lakaran ini menjadi pemangkin untuk penulis sendiri dan manfaat kita bersama.InsyaAllah


No comments: