Friday, January 29, 2010

HARI-HARIKU YANG PENUH BERMAKNA

Selamat Pagi Ustaz Suhairi !!!..Terima kasih..silakan duduk..dan baca doa...Terima Kasih Ustaz Suhairi !!!..begitulah skrip setiap pagi penulis berhadapan dgn murid..ada yg masih sangap bagaikan baru bangun dari tidur..sambil dibelai-belai oleh penghawa dingin yang tidak pernah di offkan sepanjang kelas berjalan.Kita bersua kembali hari ini setelah sekian lama penulis tidak menaip di blog kerana sedia maklum penulis memang agak sibuk menjadi pendidik walaupun sekadar di pusat tuisyen tetapi amanah yang Allah berikan amatlah berat dan besar sekali.Tambahan pula penulis tidak mempunyai pengalaman langsung sebagai seorang pendidik, banyak perkara-perkara dan skil-skil mengajar yang semestinya dipelajari dan dikaji.

Minggu pertama penulis merasakan begitu letih sekali sehinggakan tidur awal selepas solat isyak.Banyak pekerjaan yang pernah dilakukan sehinggakan menjadi seorang kuli di stor dan pekerja kebun sepenuh masa tetapi tugas seorang pendidik ini lebih berat dari itu.Ini disebabkan oleh seharian kita bermain dengan minda dan fizikal.Sekarang penulis baru tahu betapa lepak dan penatnya menjadi seorang pendidik.Ini baru pusat tuisyen apatah lagi menajadi pendidik sepenuh masa.?? penulis cukup kagum dan tabrik spring !!! pada sang guru-guru di sekolah-sekolah diperingkat rendah , menengah dan ipt.Peluang dan pengalaman ini tidak akan penulis lupakan , mudah-mudahan.Pada awalnya penulis beperwatakkan garang dan bengis ketika dalam kelas sehinggakan ada yang menangis dan takut.Almaklum arr lelaki kan mana boleh tahan sabar kalau apa yang di ajar tak faham-faham walaupun beribu kali diulang.Memang betul-betul mencabar kajantanan seorang lelaki..heheheheh..

Pada minggu seterusnya penulis cuba ingin bertukar cara yang baharu dengan lebih mesra , bergurau senda dan lebih rapat lagi dengan pelajar-pelajar.Setiap sahaja kelas pasti ada cerita-cerita yang mencuit hati yang diselitkan untuk hiburan pelajar setiap hari.Adakan ada sampai yang berkata "Ustaz cukup laa..tak nak lagi ar gelak..sakit perut ni"..bagi pendapat penulis seloka ini perlu diselitkan supaya pelajar senantiasa mengambil perhatian dan tidak mudah bosan dengan apa yang disampaikan oleh pendidik.Penulis paling gemar jika mengajar subjek bahasa arab dan sirah islam kerana banyak ilmu-ilmu diluar buku teks yang boleh dikongsi dan diceritakan bersama.Secara tidak langsung penulis terpaksa mencari dan menghafaz kisah-kisah sejarah para-para nabi dan ulama' terdahulu serta peristiwa-peristiwa penting didalam islam.Ini memang cukup berharga dan bernilai sekali buat penulis.

Okay..antara soalan-soalan yang cukup mencuit hati yang penulis ingin berkongsi dengan pembaca-pembaca blog ini..heheheh..paham-paham je lah kan cikgu baru..murid-murid ramai yang ingin kenal lebih mesra lagi..sebelum itu, ini adalah sekadar hiburan semata-mata dan bukan lah untuk menunjuk-menunjuk apatah lagi untuk riak dan berbangga diri...nauzubillahi min zalik!!!....1) Ustaz dah kawin blom?? tu pakai cincin?? Umur ustaz berapa?? Ustaz asal negeri mana?? Dulu sekolah kat mane?? Lama tak ustaz mengajar kat sini?? nape tak suka ke ustaz?? sukaaaaaaaaaaaaaaa...sayang tak kat ustaz?? sayangggggggggggggggggggg hehehehe...penulis ape lagi time ni arr jual minyak...ustaz ni nampak tua ke muda walaupun umo dah 30 ?? mudaaaaaaaaaaaaaaa..nampak hensem tak?? hensemmmmmmmmmmmmmmm....ustaz pakailah songkok jgn lah bukak...tak nampak hensem laa....eheheheheh..pecah perut gak layan budak-budak ni...okay tu soalan yg biasa diajukan boleh murid-murid yang tahap pemikiran rendah lagi..2)Soalan yang agak mencabar untuk dijawab....Nape ustaz tak kawin-kawin lagi?? kenapa ustaz mula-mula garang tapi sekarang kelakar?? boleh tak nanti ustaz kalau dah kawin bawak baby ustaz dalam kelas ?? Ada gak soalan yang menjangkau tahap pemikiran seorang kanak-kanak lagi...antaranya..Kenapa zaman sekarang ramai orang yang suka ambil tahu pasal orang lain?? Apa ustaz nak buat kalau Dajal ke Ya'juj Ma'juj tetiba ada depan ustaz?? Betulke semua ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah ni baik..tak buat dosa?? waaaaaaaaa...budak ni boleh tahan gak soalan dia.Berbeza pula dengan tahap pemikiran murid-murid tahun 5-6.Penulis pada mulanya terkejut dengan perkembangan tahap pemikiran anak-anak sekarang.Mereka cukup berbeza dengan penulis dan murid-murid pada zaman waktu dahulu.Mereka lebih cepat matang dan cukup mesra sampaikan tidak takut pada penulis.Sering kali penulis menanya umur murid-murid ini dengan berulang kali.Hai Ustaz !!! sambil melambai-lambai tangan...mengukirkan senyuman manis dan menggoda.Penulis ada mengajar dikelas tahun 5 XX (Kelas pertama) yang kesemuanya pelajar-pelajar perempuan,penulis amat berhati-hati dalam mengatur ayat dan pergaulan kerana mereka semua bukan sekadar pandai dalam pelajaran tetapi hal-hal yang lain.

Begitulah senario-senario dan perilaku hal murid-murid sekarang.mereka perlu diacu dengan acuan yang betul dan sejajar dengan pendidikan islam sentiasa, agar mereka tidak mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir yang boleh menghancurkan kehidupan mereka tatkala dewasa nanti.Selain contoh yang baik dari tenaga-tenaga pengajar,penulis merasakan ibu bapa yang lebih aula (utama) untuk mencorakkan kehidupan mereka.Waallahu A'lam Minni. Semoga berjumpa lagi.

No comments: