Friday, February 10, 2012

Selamat Bersua Kembali Setelah Sekian Lama Menyepi!!!!!


Assalamualaikum serta Salam Sejahtera kepada peminat-peminat setia blog ku ini.Terlebih dahulu penulis meminta maaf kerana setelah sekian lama menyepi tanpa khabar berita.Jauh disudut hati ini ingin mengasingkan diri apetah lagi kering dengan idea-idea untuk berkongsi bersama,tetapi penulis benar-benar tidak berkesempatan untuk menulis.Apa-apa pun sekarang penulis telah kembali seperti dahulu tampil menyumbang beberapa nukilan utk tatapan bersama.
Sekarang penulis tengah menghitung hari untuk meninggalkan sekolah dimana tempat pertama penulis kenal erti pendidik.banyak sejarah-sejarah yang pernah diukir.Suka dan duka selama 2 tahun tidak akan dilupakan.Terutama pada anak-anak murid yang cukup memberi satu perasaan sayang yang tidak terhingga.Tawa riang,gelak ketawa serta menangis merupakan satu impak yang cukup ternilai harganya.Semakin dekat tarikh terakhir bertugas,semakin berat rasanya inggin meninggalkannya dan semakin mesra anak-anak murid bersama penulis.
Ustaz nak benti eh??? kenapa?? tak sayang kat kita ker?? Saya akan rindu pada ustaz..Ya Allah..cukup mendalam ungkapan itu.Seperti ingin mengalirkan air mata.Tak sampai hati melihat riak wajah yang sedih mereka.Ustaz bukan tak sayangkan kamu semua..tapi ustaz pergi mengejar cita-cita ustaz yang semakin hampir..ustaz nak sambung belajar...ohhhh..ye ker??nanti kitaorang doakan kat ustaz dapat 5 A eh...eheheheh...dalam hati( Bila plak aku nak repeat UPSR ni ) sambil tersenyum menahan gelak ketawa.....kadang-kadang penulis menganggap mereka semua seperti anak sendiri..sehari tak berjumpa rasakan tidak ada kegembiraan dalam hidup sebagai seorang pendidik.Tambahan lagi tahun ni penulis menjadi guru kelas darjah 1 Harmoni.Ada yang memanggil PAPA...AYAH...DADDY..
Setiap manusia tidak inginkan perpisahan.Lebih-lebih lagi bersama insan yang di sayangi dan dicintai.Percayalah sesungguhnya USTAZ...PAPA...AYAH...DADDY...bukan pergi menghilang untuk membuatkan kamu semua sedih dan duka..tetapi demi mengejar cita-cita yang semakin hampir.Ingatan doa dan harapan meninggi supaya menjadi anak-anak yang soleh dan solehah kepada semua anak-anak murid.Penulis tidak akan sekali melupakan nama-nama mereka kerana sudah terpahat nama-nama mereka didalam hati ini.Janganlah diucapkan "Selamat Tinggal" tetapi ucaplah "Semoga Berjumpa Lagi"..I'am Always remember our sweet memories coz I'am Falling in love with YOU........Penulis akan merindui kamu semua.....Terima Kasih Murid-murid AdDarissssssss.......(2010-2012).

No comments: