Thursday, May 22, 2008

Sedarkah Kita



بسم الله الرحمن االرحيم



'Akal' merupakan satu ciptaan Allah yang terlalu tinggi nilainya.Dengan akal,manusia dianggap lebih tinggi darjat dan martabatnya sekiranya ia digunakan dengan waras dan berpaksikan Islam manakala tanpa akal manusia akan lebih hina dari seekor haiwan.Itulah perbezaan yg jelas yang tidak boleh tidak kita nafikan.Bola sepak merupakan satu permainan yang di gilai oleh kaum lelaki.Namun pun begitu masih ada segelintir pihak HAWA turut meminatinya.Lihat saja di Malaysia sekarang,kedai-kedai sukan turut jua menjual kelengkapan bola sepak untuk perempuan.Pada pandangan penulis,ianya bukan lah satu kesalahan yang besar untuk kaum-kaum hawa bermain asalkan tempatnya tertutup dan tiada percampuran di antara lelaki dan perempuan.Akal yang sehat bermulanya dari tubuh badan yang sihat.

Semalam,penulis baru sahaja menonton pertandingan akhir bola sepak liga-liga juara Eropah bersama rakan-rakan yang lain.Alhamdulillah kemenangan berpihak pada kelab Manchester United.Tiada kejadian-kejadian yang buruk berlaku semalam.Tingkap-tingkap dan pintu-pintu ditutup dengan rapinya kerana takut-takut jeritan suara kegembiraan mengganggu jiran-jiran tetangga arab yang lain.Pernah dulu penulis dan rakan-rakan yang lain 'mengamuk' kerana Tuan Rumah mencabut siaran bola sepak dari rumahnya disebabkan keganasan-keganasan yang tidak boleh dibendung lagi.Jeritan suara-suara akan kedengaran sehingga akhir perlawanan.Penulis sengaja menceritakan kisah ini kerana ada segelintir pihak yang mudah hilang kewarasan akalnya ketika menyaksikan bola sepak.Menjerit Golllllllll..tari menari dihadapan rakan-rakan yang lain tanpa segan dan silu.Ada antara 'kita' sanggup mencemuh memaki dengan bahasa-bahasa kasar untuk menunjukkan rasa ketidak puas hatian.Apa yang lebih menyedihkan sehinggakan berlaku insiden-insiden 'membakar-membakar'sesama sendiri yang akhirnya boleh menyebabkan pergaduhan.Cuba kita renung-renungkan semula dengan akal yang waras..Apakah kita dapat sekiranya mereka menang?.Mereka memperolehi berjuta-juta dollar...kita dapat apa?.Sanggup kah kita lihat mereka sedang bergembira meraikan kemenangan besar sedangkan kita sesama sendiri..bergaduh..berdendam sehinggakan ada perasaan benci-membenci sesama kita!Siapa mereka itu..Islam ke?..dan siapa pula rakan-rakan kita..Kafir ke?.Waktu kita susah siapa lagi yang kita harapkan melainkan rakan-rakan..bolehkah kita mengharapkan Chelsea?ataupun Manchester United?jika kita sakit ataupun berhadapan dengan masaalah keewangan?.Lihat saja berapa ramai umat-umat islam yang leka,menangguhkan solat semata-mata untuk kepentingan hawa dan nafsu.Tergamakkah kita melihat musuh-musuh islam ketawa dengan bangganya diatas kejayaan mereka melalaikan umat-umat islam dengan hanya kerana 'sebijik bola' dihiasi dengan arak,judi dan wanita.Penulis benar-benar terpanggil untuk menulis coretan ini kerana bimbang satu hari ini perkara yang kecil ini akan menjadi satu permasalahan yang besar sehinggakan boleh merumitkan lagi keadaan.Pertimbangkanlah..nescaya kita akan merasakan sesuatu kerugian yang amat besar nilainya.Jadikan lah bola sepak tu sebagai satu 'hiburan' sahaja untuk mengisi ruang-ruang yang ada disamping kita mengutamakan tujuan kita sebenar berada disini kerana selagi hayat dikandung badan..tiada yang lebih penting melainkan tuntutan ilmu Allah dan perjuangan Islam yang kita bawa bersama.Hargailah nilai persahabatan islam kerana ianya lebih mendatangkan manfaat kepada kita.

Dikesempatan ini penulis ingin memohon maaf sekiranya ada salah dan silap,keterlanjuran ataupun terkasar bahasa pada rakan-rakan yang lain.Setiap manusia tidak akan dapat lari dari melakukan kesilapan.Coretan ini bukannya menunjukkan diri penulis ini yang terbaik tetapi untuk tatapan penulis sendiri dalam membentuk keperibadian syakhsiah islam.Rakan-rakan disini sudah kenal kan sapa diri penulis ini sebenarnya.Semoga kita dapat maanfaatkan bersama. Yang baik itu datang dari Allah dan yang lemah itu berpunca dari diri penulis ini sendiri.


تبنا الى الله ورجعنا الى الله وندمنا على ما فعلنا

No comments: