Monday, May 19, 2008

Uniknya Peperiksaan Di Sini

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.



Setiap manusia tidak akan terlepas dari ujian dan cabaran dalam meniti hidup sebagai hamba kepada Allah s.w.t.Sebagai seorang yg bergelar Muslim wajib menerima apa jua Qada' dan Qadar yang telah ditentukan kerana setiap ujian tu untuk menilai tahap ketaqwaan peribadi seseorang dan ada hikmat disebaliknya.Rasullullah s.a.w sendiri tidak putus-putus diuji ketika mana baginda mengembangkan ajaran islam bersaing dengan pembesar-pembesar Quraisy yang senantiasa menghalang dalam menyebarkan agama Allah.Namun,Rasullullah tidak pernah gentar,takut dan tidak penah mundur walau setapak sekali pun demi untuk memastikan nikmat Islam untuk sama-sama dirasai oleh umat-umatnya hingga ke hari ini.

Firman Allah Ta'ala dalam Surah Al-Mulk :

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

"Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun"

Ujian ataupun peperiksaan merupakan gelanggang pertarungan pelajar-pelajar.Di Mesir,bukan kata peperiksaan sahaja malah kehidupan seharian juga merupakan ujian yang terpaksa ditempuhi.Suasana peperiksaan di universiti al-azhar memang mempunyai satu keunikan yang aku rasakan tidak akan dapat dirasai oleh universiti-universiti lain.Belum masuk peperiksaan lagi,kita akan diuji dengan pelbagai rintangan yang mencabar.Dihari pertama,kebiasaanya pelajar-pelajar akan berasak-asak di tembok kuliah berebut dgn arab melihat kertas yang ditampal untuk memastikan tempat peperiksaan.Masa ini sesiapa yang berbadan besar agak bernasib baik utk masuk bertarung!manakala yang berbadan kecil hanya mampu menunggu dibelakang terkebil-kebil mata meminta pertolongan.Syukur Alhamdulillah,Allah kurniakan ku berbadan besar.Setelah mengenal pasti lokasi perperiksaan,pelajar-pelajar akan bergegas pula mencari.Masa ini kita akan dapat saksikan masing-masing sibuk naik tangga,turun tangga,kehulu kehilir kerana kadang-kadang berlaku kesilapan dalam susunan angka giliran dan tempat peperiksan.."Enta Lajnah Kam?La' La' Musy Hina!!" masa tu naik berpeluh-peluh walaupun musim sejuk kerana masa peperiksaan sedang dijalankan.Setelah puas mencari akhir aku jumpa..."Ya Allah kat sini ke tempat aku???"sambil tangan mengepit hidung...meja ku disebelah BANK..pernah dulu pengalaman yg tidak akan ku lupakan,pada masa tu tempat terlalu padat sehingga kan pihak universiti terpaksa memasang khemah-khemah diluar.Ketika peperiksaan sedang dijalankan hujan turun dengan lebat sehinggakan kain atap kemah tidak mampu untuk menampung air hujan,lalu....kedebusss!!...mangsa-mangsa selamat dipindahkan.

Senyap merupakan sesuatu yg agak ganjil ketika peperiksaan sedang dijalankan.Ini amat berbeza dengan suasana di malaysia dan dinegara-negara yg lain." Ta'ala Syai..Min Li Aizz Syai..Baskawit.."..arab-arab yang bekerja di Kafeteria sibuk mempromosikan jualan mereka.Dari sudut negatifnye..perkara ini memang tidak sepatutnya berlaku kerana kita memerlukan suasana yg tenang untuk memerah otak..tetapi disitu ada jugak positifnya kerana bila kita makan dan minum sedikit sebanyak boleh menyumbangkan satu inspirasi untuk kita mengarang jawapan.selamat mencuba!.Pemerhati-pemerhati yang bertugas ketika peperiksaan bukan dikalangan pensyarah-pensyarah universiti dan kebanyakkan dari mereka merupakan guru-guru yang mengajar disekolah-sekolah rendah dan menengah yang lain.Mereka ini agak peramah dan sentiasa cuba mencari waktu untuk bersembang-sembang...Kadang-kadang sengaja je ambil kotak pensil ke..pembaris ke..sambil bertanya.." Min Nin Dah?..Misr Wala Eh??..Tibb..Induku Hagat Dih Fi Malizia??..wajib kita melayan kerana disitu melambangkan rakyat-rakyat malaysia tidak kurang hebat peramahnya dan tidak sombong.

Tiba-tiba pensyarah masuk dalam dewan peperiksan....." Maliziaaaaaaaa...Ahlan Wasahlan..Kaifa Imtihan??? Kuwaiss??? Kullu Tamam??...Tib..Maas Salamah Yabni.."lalu terus keluar.Ketika itu pelajar-pelajar terpingga-pingga..hairan..apakah yang sedang berlaku dan yang akan berlaku?Rupa-rupanya pensyarah hanya sekadar masuk bertanya khabar bukan untuk masuk memberi 'clue' jawapan.Masa peperiksaan kebiasaannya diberi selama 3 jam.Tetapi luar biasanya orang arab mampu menjawab hanya dengan setengah jam.Setelah berlalu lebih kurang 2 jam..kita akan dapat saksikan dewan-dewan peperiksaan lengang..kosong..kecuali dewan peperiksaan pelajar-pelajar asing seperti Malaysia khasnya.Disini satu lagi kelebihan yg dapat kita banggakan,bahawa rakyat-rakyat Malaysia sangat berhati-hati menjawab peperiksaan dan menggunakan waktu yang ada sebaik-baiknya.Ketika inilah ujian yang terakhir yang bakal kita akan hadapi dimana pemerhati-pemerhati yang bertugas sibuk memberitahu masa akan tamat.."Yalla Ya Malizia....Matkhallas Yabni..Ya Am..Haram Alaikk..."dan ada juga dikalangan mereka yang menjadikan alasan utk balik kerumah lebih awal kerana ada pertandingan bola sepak diantara kelab Al-Ahly (Kelab Yang Cukup Tersohor Di Mesir).

Apa-apa pun segala ujian yang kita hadapi,kita harus menerimanya dengan hati yang ikhlas dan terbuka.Jangan kita salahkan kegagalan dalam peperiksaan kita di Mesir disebabkan oleh faktor-faktor diatas kerana diantara kita,ada juga yang berjaya dengan cemerlangnya.Tepuk dada tanya persiapan kita.Jangan disebabkan seekor pijat habis semua bantal-bantal,tilam dan katil dibakar.Hanya fikiran yang waras dan bijak hanya dapat mampu menyesuaikan diri kita walaupun dimana jua kita berada.Sepotong ayat Al-Quran yang boleh kita kongsi bersama dalam Surah Muhammad bagi mengakhiri kalam ku ini :

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ

"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu menolong Allah nescaya Allah akan menolong kamu dan meneguhkan kamu"

Benarlah Kata-kata Allah Yang Maha Agung.

No comments: